AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Isnin, 25 Oktober 2010

SMRA


Alunan lagu terkini dan terhangat "Maher Zain :Open Your Eyes" mengejutkanku...seawal 6.30 pagi menerima panggilan anak daraku...."Ummi...Che'a tertinggal fail pink...ada nota kat dalam fail"...

"Bang...nampaknya..abang kena hantar fail ni..Che'a perlukannya"
"Ok..nanti abang hantar lepas hantar Mas dan Fateh"

Macam-macam perkara berada dipemikiranku...ye-lah hari ini hari pertama puteriku hendak menduduki peperiksaan SMRA...doaku moga puteriku memperolehi kecemerlangan di dalam SMRA nya..dan dapatlah dia melanjutkan pelajarannya ke KELANTAN...

Sepanjang perjalanan dari T6 ke Simpang Renggam...hatiku di sapa kerisauan....mudah-mudahan puteriku diberikan ketenangan dan kemudahan oleh Allah untuk menjawab peperiksaannya.

Puteriku akan menjalani peperiksaan SMRA bermula dari 25/10 - 29/10/2010...

Berdegap-degup jantung..seolah-olah diri sendiri yang akan menduduki peperiksaan..ye-lah semua soalan bahasa pengantarnya Bahasa Arab....

Begitu jugalah perasaan emak dan ayah..suatu ketika dulu ketika aku menduduki peperiksaan...hanya keputusan cemerlang sahaja yang dapat menggembirakan hati kedua-duanya....

Sekarang tiba masanya ...aku pula merasakannya...begitu cepat dan pantasnya masa berlalu...sedar-sedar aku sudah memilik puteri yang sedang meningkat remaja....


Doa Ummi dan Abi ,moga Che'a (puteri kami) dan Fateh (putera bongsu kami)...memperolehi kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat dan sentiasa memperolehi ketenangan,kelapangan dan kefahaman di dalam menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi.... Amin.

Selasa, 19 Oktober 2010

Ujub...Riak..... Takabur



Jangan biarkan diri kita dihiasi sifat Riak,Ujub dan Takabur....kerana sesungguhnya sifat-sifat mazmummah ini adalah sebahagian daripada perbuatan "SYIRIK"..iaitu "SYIRIK KHAFI"...


"Kenapa perlu ada sifat ini ..dalam diri kita yang bernama manusia ye..."?

Segala-galanya berpunca dari satu bentuk daging yang ada dalam diri kita ...bentuk daging yang dikenali sebagai "Hati"....dari hati lahirnya peribadi dan akhlak....dan lahir juga pertuturan....

Segala-galanya berkait rapat dengan diri kita..malah terlalu rapat.."jika hati tidak dibaja dan disirami dengan kalimah suci" maka dan mungkin akan lahir peribadi yang riak,ujub dan takabur....


Jika merasakan diri lebih baik dari orang lain...tidak pernah mengaku kekurangan diri..tetapi mencanang kelebihan diri malah terkadang sengaja melayarkan "kekurangan" dan "kejahilan" orang lain..maka hati-hatilah dengan diri sendiri.

Tidak ada manusia yang sempurna...rawatlah hati..muhasabahlah diri...dekatkan diri dan lazimkan bibir dengan kalimah-kalimah suci agar diri kita tidak berterusan mencari kesalahan orang.

Hati-hati di dalam memilih sahabat
Hati-hati di dalam pertuturan
Hati-hati di dalam pergaulan
Kerana hati-hati kita kadang-kadang
boleh tergelinicir menjadi hati-hati
yang sakit....

Untuk memelihara hati yang sakit
dekatkanlah dan lunakkanlah hati
dengan kalimah yang suci
biasa dan lazimkan diri dengan menyebut "zikrullah"
moga hati-hati yang "mati"
akan dibaja dengan siraman "kalimah suci"
dan hati-hati ini akan menjadi lunak
dan bersedia menerima kelebihan dan kekurangan diri'
dan orang lain.

Tidak ada guna mencari kesilapan
Tetapi bersama-samalah memperbaiki kesilapan
kerana tidak ada manusia yang sempurna
kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT

Tidak perlu berbangga diri dengan kelebihan yang dimiliki
kerana itu pun milik Allah
dan kita hanya dipinjamkan dengan kesempurnaan itu
tiada pangkat,tiada harta ,tiada rupa yang akan menghadap pengadilan Allah
tetapi amal ibadat yang akan menghadap pengadilan Ilahi

Tidak manusia itu dipandang tinggi darjat dan kedudukannya kerana
memiliki harta,pangkat dan kedudukan
tetapi manusia itu di pandang tinggi di sisi Allah kerana
"KETAQWAANNYA" kepada Illahi.


Jangan mempesonakan diri kita sekadar satu "pangkat","jawatan" dan "kedudukan" yang kita miliki....
kerana ia sekadar satu "amanah" dan "tanggungjawab" yang wajib dilaksanakan
dengan penuh "amanah" "ikhlas" dan tanpa ada sekelumit pun perasaan "riak.ujub dan takabur"

Biarlah kita dipandang hina di sisi manusia...tetapi tidak di pandang hina oleh Allah ....kehinaan di sisi Allah tanpa bertaubat akan menzahirkan "kehinaan" di sisi manusia..kerana Allah maha mengetahui segala perbuatan hambaNya. Wallahu'alam
.

Isnin, 18 Oktober 2010

Kesesakan....@ kegawatan....@kekeringan...


Pabila masuk minggu ke-3..terasa sesak..gawat dan kering...poketnya....itulah kurasakan. Namun kadang-kadang bila difikir-fikirnya..sewajarnya aku wajib bersyukur..kerana aku tidak perlu turun ke laut...menabur benih di ladang...membanting tulang di bendang...dan sesungguhnya aku tidak perlu berpanas dan berhujan untuk mencari rezeki.

Sewajarnya kesyukuran ini..aku panjatkan ke hadrat Ilahi...aku masih punya kekuatan dan kudrat malah masih waras....jesteru itu..kenapa mesti mengeluh ...????

Itulah sebenar-benarnya sifat manusia (aku) kadang-kadang dan selalunya mengeluh..."jangan di pandang orang yang kaya...tapi lihatlah orang yang susah"..itulah kata-kata suamiku...jika aku selalu bercakap tentan "wang""duit" dan juga "rupiah"....

Kadang-kadang dan selalu juga berbahas dan berdebat dengan suami..."mana boleh kita hidup tanpa wang" walaupun wang bukan untuk hidup...tapi kita memerlukan "wang" untuk meneruskan hidup...

Jangan terlalu "obses" dengan wang..kerna rezeki itu Allah datangkan dengan pelbagai bentuk dan rupa...terlalu banyak rupanya kecetekan ilmu dan kejahilanku...rupa-rupanya aku...bukanlah "orang yang sabar" rupanya.

Pesan ayah..."berbelanjalah mengikut kadar kemampuan kita....jangan bermewah..."

Ah! di kala dan di saat inilah (ketika kewangan meruncing)...barulah menyedari betapa manusia ni memang "tidak pernah bersyukur" dengan apa yang dimiliki... Wallahu'alam....

Selasa, 12 Oktober 2010

Percubaan SPM 2010


Hari ini pergi menghadiri Mesyuarat JKD Panitia Pendidikan Islam...Post Mortem dan mungkin juga analisa keputusan percubaan bagi matapelajaran Pendidikan Islam daerah Kluang (SPM).

Alhamdulillah..dapat tempat ke tujuh (kira-kira top ten) di atas SSAJ. Rasa-rasanya tiada apa yang hendak dibanggakan dengan keputusan ini. Namun bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pelajar-pelajar @ anak-anak didikku mampu buat yang terbaik.

Di sebalik kaca...rupa-rupanya ada mutiara yang terlalu berharga. Tahniah ! Tahniah ! buat anak-anakku...kerana berjaya...mudah-mudahan kecemerlangan ini dapat dikekal dan dipertingkatkan...sama-samalah kita berusaha mencari keberkatan ilmu...kerana ia dapat membawa kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan pelajar sekolah berasrama penuh,sekolah kluster,sekolah elit dan sekolah berprestij...namun Alhamdulillah,kita mampu bersaing...yang penting USAHA,DOA dan TAWAKAL di dalam mengharungi dunia "pelajar".

Tiada yang mustahil jika kita berusaha dan bergantung harap semata-mata kepada Allah SWT..hanya DIA-lah pembuka ruang,penunjuk jalan dan pengurnia hidayah...andai kita mencari...kerana "sebutir mutiara" terlalu sukar untuk ditemui..jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh.

Siapa pun kita...kita hanya hamba Allah...mintalah padaNya...sesungguhnya DIA maha mendengar...rayuan dan rintihan hambaNya...dan amat rugi bagi mereka yang menidakkan kekuasaan dan rahmat Allah SWT.

Jangan sesekali bersifat riak,ujub dan takabur...kerana "syirik khafi" ini akan melenyapkan segala amalan kita seperti "api yang membakar" tiada apa yang tinggal...kecuali debu-debu yang berterbangan.


Bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan Ilahi kepada kita..agar kita sentiasa bermuhasabah di setiap gerak laku...kita..kerana kita ni "bukannya baik sangat" atau "kita bukanlah manusia yang sempurna"....


Didiklah diri kita dengan sikap merendah diri dan tawaduk...agar setiap apa yang kita terima sama ada ujian,musibah,nikmat akan dapat kita hadapi dengan penuh ketenangan...Insya'Allah.

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di Bulan ZulKaedah


Menjamu sahabat handai,rakan taulan,kaum kerabat dan pelajar...di awal bulan Zulkaedah...pejam celik pejam celik..rupa-rupanya Syawal dah berakhir.

Memang pantas sekali masa...meninggalkan kita...sedar-sedar...bakal jemaah haji telah mula terbang meninggalkan tanah air menerima jemputan Ilahi sebagai tetamu...di bulan Zulkaedah dan Zulhijjah.

Fuh...bila lagi nak mengikut jejak dan memijakkan kaki di bumi Anbia sebagai tetamu Allah..Subhanallah..tak cukup-cukup duit di simpanan...

Bujang kecilku..sentiasa bertanya.."Ummi bila lagi kita nak pergi ke Mekah?"...satu pertanyaan yang sukar untuk dijawab

Andai aku punya wang berjuta...mahu saja aku membawa semua kaum keluargaku..menunaikan ibadah teragung ini...namun kecukupan dari segi rezeki belum mengizinkan...namun dilubuk hati...ketetapan keazaman yang kuat untuk aku dan kaum keluarga..ke Baitullah....Insya'Allah



Ya!Allah..moga kau memberikan kecukupan dan kemewahan dari sudut rezeki..agar kami dapat menunaikan ibadah teragung Mu....

Selasa, 5 Oktober 2010

PMR 2010


PMR sudah menampakkan diri dan menghadirkan diri menemui kekasih-kekasih mereka di seluruh pelusuk negara hari ini.Persediaan selama 9 bulan dengan menimba ilmu...hari ini dan seterusnya hingga 12 hb...bermulanya peperangan menghadapi tentera-tentera "kertas" yang mempunyai kalimah namun tidak "bernyawa"

Pertempuran yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal..rohani dan jasmani.Betapa "cerdik" dan bijaksananya kita..apabila berhadapan dengan tentera-tentera bisu yang berkalimah ini ..kekadang kita...terkecundang...kerana persediaan pertempuran di saat-saat akhir.

Jangan menyerah kalah sebelum tamat pertempuran...kerana perjuangan ini belum "berakhir"...masih terlalu banyak halangan yang perlu dan akan kita tempuhi...hanya kekuatan mental.fizikal,rohani dan jasmani...di samping pertolongan dari Allah SWT...mampu menjadikan kita "insan yang terbaik"

Tanpa akal yang cerdas dan bijak kurniaan Allah...dan kealpaan dalam memanfaatkan kebijaksanaan akal...mungkin kita akan menjadi seperti...manusia-manusia yang bergelendangan dan bergelimpangan....hanya masa dan diri sendiri sahaja yang mampu mengubahnya..menjadi yang terbaik.

Waima anak-anak istimewa pun teruja untuk menduduki peperiksaan dan pertempuran ini..apatah lagi anak-anak yang sempurna..sewajarnya...telah bersedia untuk menempuh peperangan ini.

Sekarang segala-galanya terletak di batu jembala anak-anak untuk menentukan keterusan kecemerlangan atau keunduran suatu kegagalan..walaupun gagal sekali bukan bermakna "gagal buat selama-lamanya" tanpa usaha,doa dan tawakal..sudah pasti kita menempah "tiket kegagalan".

Oleh itu...persiapkan diri dengan USAHA,DOA dan TAWAKAL...kerana dengan "tiga serangkai"...Allah SWT pasti akan membantu dan mendengar doa hambaNya yang meminta dan memohon.

Moga "pertempuran" sebagai titik tolak dan langkah pertama anak-anak untuk mengorak langkah yang lebih gagah menuju kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat.