AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Khamis, 16 Februari 2012

Melepak dan Berpeleseran WAJIB Dijauhi


Ke kelas 5ST hari ini..memulakan P&P..dengan tajuk "Kehidupan Di Dunia Ibarat Perantau"..

Perantau sinonim "musafir" @ "penggembara"...

Maksudnya kita adalah hanya sebagai perantau @ musafir @ penggembara yang hanya singgah sebentar cuma di bumi Allah ini. Kehidupan yang kekal abadi hanyalah di akhirat...

Menarik....Tertarik dengan petikan "melepak dan berpeleseran..Wajib..wajib..wajib dijauhi"...

Ini bermakna..jika kita melakukan dua perkara di atas maka hukumnya..berdosa...kerana dua perkara ini adalah "lagha" @ sia-sia..yang boleh mendatangkan banyak keburukan berbanding kebaikan.

Maka...wajiblah kita menjauhi dan menghindarinya...daripada melepak baiklah kita penuhi masa senggang kita dengan perkara-perkara kebaikan...

Kedua-dua perkara ini juga pastinya akan menimbulkan "bunga-bunga fitnah dan zina".....Fitnah? Zina?

Ye-lah kalau dah melepak dengan golongan "ajnabi" (golongan lelaki dan perempuan yang bukan mahram) atau (golongan lelaki dan perempuan yang batal wuduknya bila bersentuhan)..

Pastinya akan menimbulkan FITNAH..diikuti dengan berpeleseran atau dengan kata lain "berfoya-foya" atau "merewang"..pastinya akan membawa kita kepada "dunia khayalan dan dunia fantasi"...

Bila berdua-duaan antara anak Adam dan Hawa yang bukan "mahram"..pastinya yang ketiga itu adalah "SYAITAN"...

Di sinilah bermulanya panahan SYAITAN dan Hawa NAFSU yang memainkan peranan...pastinya ia akan kecundang...dan apa-apa pun boleh berlaku...Nauzubillahi min zalik...

Di dalam ISLAM..sesungguhnya anak-anak tiada "BUDAYA COUPLE"..waima dalam tempoh pertunangan pun HARAM berdua-duaan..ini kan pula tiada langsung ikatan...


"BERCINTA selepas BERKAHWIN" sebenarnya lebih indah berbanding "BERCINTA sebelum BERKAHWIN"...

 Mencintai seseorang itu kerana ALLAH lebih bermakna daripada kita MENCINTAI seseorang itu kerana NAFSU...

ISLAM itu Cukup INDAH dan MUDAH..tidak pernah MENYUKARKAN..cuma kita sebagai UMAT ISLAM sahaja yang MENYUKARKAN ajaran ISLAM....

BACK to ISLAM...FAITH with IMAN....AL-QURAN dan HADIS sebagai PANDUAN ....

Pastinya hidup kita akan terus berada di LANDASAN YANG BENAR...dan INSYA'ALLAH jalan KESESATAN dan KEBATILAN akan jauh kita TINGGALKAN...

NIKMATILah hidup ini  sebagai MUKMIN cemerlang DUNIA & AKHIRAT.