AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Isnin, 23 April 2012

Sketsa Sebuah Kehidupan....

Semalam terbaca tentang seorang pelajar jatuh bangunan, hari ini  terbaca kisah seorang bakal pengantin mati di bunuh. Sebulan lalu anak kecil berusia 5 tahun  mati dibakar...setiap hari di dada akhbar,di skrin televisyen waima melalui saluran alam siber...berita kematian,pembunuhan,kecurian,pemerkosaan pastinya akan terpampang.

Terdetik di hati setiap sanubari kita sebagai seorang manusia,seorang ibu,ayah,anak,waima seorang guru mahupun seorang pelajar,pasti akan tertanya-tanya "masih selamatkah aku jika aku berseorangan di rumah atau bersendirian di jalan atau di tempat menunggu bas??" Sedangkan jika berkumpulan pun masih boleh menerima kecelakaan inikan pula jika berseorangan .

Ya!Allah di manakah silapnya? Kembalilah kepada hukum,perundangan dan peraturan Allah SWT. Perundangan Allah SWT itu sesuai di semua tempat,di setiap masa....tiada keraguan di dalamnya..kerana ia datang dari Allah SWT yang menjadikan kita.

Siapa kita untuk mempertikai dan menolak hukum dan perundangan Allah SWT. Sedangkan kita juga "dicipta" dan "dijadikan" oleh Allah SWT. Jangan sampai kita menjadi KUFUR kerana menolak undang-undang Allah yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis.

Hanya kerana kita membelakangkan undang-undang Allah..maka dengan itu Allah menguji kita..mampukah undang-undang manusia mengatasi undang-undang Allah??? Jawapannya pasti tidak boleh kerana undang-undang manusia itu terlalu jauh dangkal berbanding undang-undang Allah.

Kerana undang-undang manusia hanyalah ciptaan manusia yang terbatas akal fikiran dan kemampuannya dalam berfikir. Manusia hanyalah makhluk Allah yang dicipta oleh Allah..bukan "terjadi" dengan sendiri.

Hakikatnya....undang-undang ciptaan manusia dan manusia itu sendiri terlalu banyak kelemahan dan kekurangannya. Kenapa perlu mendabik dada dan bangga? Jika Allah menghendaki sesuatu kebaikan atau keburukan..itu semua tidak mustahil bagi Allah SWT.

Fikir-fikirkanlah kembalillah kepada perundangan Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Tidak akan sesat umatku jika mereka berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan