AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Selasa, 31 Ogos 2010

HAKIKAT KEMERDEKAAN



MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Merdekakah kita? Merdeka menurut pandangan Islam ialah kebebasan dari menurut jejak langkah jahiliah....menuju kebenaran.


Berpegang dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah,mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan. Islam agama yang "syumul" lengkap...tiada sebarang kekurangan dan kekhilafan...Islam datangnya dari ALLAH...agama yang suci ...datang dari Pencipta yang Maha Agong,Maha Berkuasa,Maha Bijaksana,Maha Adil,Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Merdekakanlah diri kita dari penjajahan "jahiliah"...yang pastinya akan membawa kehancuran dan kemusnahan..benteng utama "kemerdekaan" dan "kebebasan" seorang hamba Allah..ialah apabila dia mengambil ISLAM sebagai cara hidup...ISLAM "The Way of Life"

Hanya ISLAM...yang membawa kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup umat manusia...manusia tidak akan terbelenggu dengan kebejatan dan kebobrokan nafsu manusia...manusia bebas bertindak,bersuara dan memerintah menurut landasan Allah SWT.

Tiada satu pun yang sempurna di dunia ini kecuali ALLAH SWT..manusia serba kekurangan. Bergantung dan berharaplah hanya kepada ALLAH SWT kerana hanya Dia yang maha mengetahui segala-galanya...waima dari sebesar-besar raksaksa hingga sekecil-kecil zarah ...tidak akan terlepas dari pandangan Allah SWT.

Kenapa mesti membebaskan diri dari pandangan ALLAH...kembalilah mengamalkan dan menghayati segala ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW...sesungguhnya kita umat Islam telah lama MERDEKA....kerana kita telah membebaskan diri kita dari belenggu jajahan "JAHILIAH"...

Namun..jika kita belum berjaya membebaskan rantai "Jahiliah" ini...maka sesungguhnya kita belum "MERDEKA"...hati-hati kita masih dijajah ,peribadi dan akhlak kita juga turut dijajah dengan "JAHILIAH"...."JAHILIAH: bermaksud bodoh dari sudut agama"

Sekiranya kejahilan ini tidak dibuang jauh dari dalam diri kita...maka selama-lamanya kita masih belum "MERDEKA".

Jumaat, 27 Ogos 2010

Hebatkah Kita???




Siapakah kita
Untuk Mengatakan
Diri Kita Hebat....

Sehebat mana pun kita
Tiada kehebatan yang dapat
Menandingi Kehebatan Allah SWT


Sebenar-benarnya
Kita memang bukanlah
Seorang Yang Hebat
Kita Hanyalah
Hamba Allah yang maha kerdil

Kembalikanlah
Fitrah Kita
Dengan Mengakui
Kehebatan dan Kekuasaan
Allah SWT

Jika kehebatan
Menjadi milik kita
Pastinya kita
Akan menjadi
Manusia yang Bongkak
Takbur
Ujub dan riak


Bermuhasabahlah
Mudah-mudahan kita
Akan merasakan
Bahawa kita hanyalah
Hamba Allah
Yang sekadar dipinjamkan
sezarah kehebatan Allah SWT


Mudah-mudahan
Kita terus
Menjadi
Hamba Allah yang sentiasa
Bersyukur di atas nikmat
Kurniaan Allah SWT

Ketenangan...Kesabaran...Di Ramadhan


Ketenanganku di ganggu buat seketika...hari ini...
Di kala menanda kertas peperiksaan percubaan dan berbual bicara bersama sahabat
Tiba-tiba di datangi...

Sukar untuk dinukilkan namun...di Ramadhan ini benar-benar akan menguji kesabaran kita sebagai seorang pendidik...

Kesabaran dan ketenangan sebenar-benarnya memainkan peranan waima sebagai seorang pendidik,ibu,bapa malah anak-anak...

Di kala dan tika inilah kita memang akan diuji...di sinilah kesabaran dan ketenangan kita akan diuji...sama ada kita memang benar-benar "kuat" atau "lemah"...menurut sebuah hadis yang bermaksud: "Sekuat-kuat manusia adalah orang yang mampu menahan marah"

Dan di dalam satu hadis juga yang membawa maksud " Jika berada dalam keadaan marah...jika dalam keadaan berdiri hendaklah kita duduk...tapi jika perasaan marah itu tidak juga hilang..maka hendaklah kita berwuduk"

Berwuduk dapat menenangkan hati kita yang sedang marah..kerana marah ini datangnya dari "syaitan" dan "nafsu amarah"...jika nafsu amarah ini tidak di kawal maka segala macam perkara yang buruk akan berlaku...tidak kira kita ini siapa....


Jangan biarkan nafsu amarah ini menguasai diri kita..beristighfarlah...mudah-mudahan Allah memberikan kita ketenangan ....

Selasa, 10 Ogos 2010

Salam Ramadhan...Ramadhan Kareem


Selamat Berpuasa
Selamat Bersahur
Selamat Beriftar

Selamat Bertadarus
Selamat Berterawikh

Selamat Bersedekah
Selamat Berzakat Fitrah
Selamat Berbelanja dengan Berhikmah
Selamat Berbuka Puasa dengan Juadah yang Sederhana

Selamat Menjaga Nafsu Amarah
Selamat Menahan Diri daripada perkara-perkara yang akan membatalkan PUASA
Selamat Diri dari segala kata-kata umpat

Selamat juga dari bermalas-malasan
Selamatkan juga diri dari tidur yang keterlaluan
Selamatkan juga diri dari berlumba-lumba membuat kuih,membeli langsir yang baru

Insafkan diri dengan kekurangan insan-insan yang memerlukan
Insafkan diri dengan insan-insan yang dhaif,miskin dan terbiar

Jangan lupa untuk bersedekah "ayat al-Quran " dan "doa" buat ibu dan ayah yang telah tiada...

Jadikanlah Ramadhan kali ini dan seterusnya ...sebagai bulan untuk bermujahadah,bermuhasabah,beristiqamah dalam melaksanakan ibadat...kerana kita hanya hamba Allah yang lemah dan kerdil....


Selamat Menyambut Ramadhan..buat semua..

Rabu, 4 Ogos 2010

Al-Quran Mukjizat Teragung Nabi Muhammad SAW



Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada malam 17 Ramadhan...dan bermulalah mukjizat suci Allah SWT yang terpelihara kesuciannya sehingga ke hari kiamat.

Tiada manusia yang dapat menandingi kehebatan kalimah-kalimah dan ayat-ayat Al-Quran...kerana ayat al-Quran didatangkan oleh Allah SWT kepada insan dan kekasihnya yang tercinta (Nabi Muhammad SAW)


AL-Quran Mukijizat Teragung

Jadikanlah aya-ayat al-Quran sebagai peneman di kala kita kerungsingan dan kesunyian,jadikanlah ayat-ayat al-Quran sebagai ubat penawar kepada kesakitan-kesakitan dan penyakit.

Jadikanlah ayat-ayat al-Quran sebagai sumber rujukan,kajian ilmiah kerana di dalam al-Quran terkandung berjuta-juta maklumat dan ilmu..hanya hambaNya yang berfikir sahaja yang akan mengkaji kehebatan dan keagungan al-Quran.

Jadikanlah ayat-ayat al-Quran sebagai perundangan di dalam sebuah keluarga,masyarakat dan negara..kerana di dalam al-Quran telah digariskan segala perundangan dan "qanun" dari Allah SWT.

Maha suci Allah SWT dari sebarang kekurangan. Sesungguhnya Allah SWT adalah maha pencipta...dan maha kaya dengan segala kekuasaan di langit dan di bumi.Tiada makhluk yang terlepas dari pandangan dan penglihatan Allah SWT. Segala yang terang dan tersembunyi segala-galanya di dalam pengetahuan Allah SWT.

Berpeganglah Kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Berpeganglah kita dengan Al-Quran dan as-Sunnah.Sesungguhnya manusia tidak akan sesat selama-lamanya ...itulah janji Allah yang menjanjikan kepastian nikmat di dunia dan di akhirat.

Malangnya hari ini,kita kadang-kadang dan terus meninggalkan penghayatan kita terhadap ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW melalui wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT.

Perudangan,tatacara hidup,hubungan manusia dengan manusia ,hubungan manusia dengan alam dan hubungan manusia dengan Allah...telah digaris dan disempurnakan di dalam al-Quran..namun semuanya terbiar kaku di dada waktu..dibiarkan terpinggir...tanpa mengambil sekelumit iktibar dan pengajaran dari ayat-ayat yang diturunkan Allah SWT....dan balasan azab kepada kaum terdahulu..juga bencana alam yang berlaku di akhir-akhir zaman ini...langsung tidak membekas di hati kita sebagai umat dan hamba Allah yang kerdil;

Setiap hari di dada-dada akhbar,di layar-layar internet,televisyen waima di corong-corong radio...berita kebobrokan dan kegawatan akhlak ,akidah semakin mencanak dan meletus umpama letupan gunung berapi yang telah memuntahkan laharnya tanpa henti...menghentam semua hidupan dan makhluk yang berada dipersekitarannya.

Penyakit Yang Semakin Membarah

Barah yang semakin kritikal...seolah-olah tiada ubat,vaksin dan penawar yang dapat mengubat dan menahannya daripada sebarang penularan....sesunggunhnya manusia...sudah semakin lupa,alpa,lalai,ghaflah dalam menunaikan amanah sebagai "Khalifah Allah"...yang diutus untuk memakmur dan mengimarahkan alam ini.

Kembalilah kita kepada peninggalan Nabi Muhammad SAW iaitu al-Quran dan As-Sunnah..tiada jalan penyelesaian yang terbaik kecuali kembali kepada ajaran Allah SWT...

Isnin, 2 Ogos 2010

Hidupkan Sunnah Bersahur


Ramadhan bakal menjelmakan dirinya...seluruh umat Islam akan berpuasa selama sebulan.Rukun Islam ketiga ditunaikan.Kewajipan bagi kita hamba Allah .

Bersahur perkara sunat yang dituntut semasa memulakan "saum"@ puasa. Berdasarkan sebuah hadis Imam Muslim meriwayatkan : " Beza di antara puasa umat Islam dan puasa ahli kitab ialah kita disyariatkan (disunatkan) bersahur"

Hadis riwayat al-Bukhari dan Imam Muslim: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Bersahurlah sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan"

Ibn Hajar as-Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari berkata,keberkatan melalui sahur diperolehi kerana beberapa perkara iaitu:

* mengikut Sunnah Rasulullah SAW
* tidak menyamai ahli kitab
* menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
* mengelakkan akhlak yang buruk kerana lapar
* menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana
waktu itu (sahur)sangat mustajab
* dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur

Maka rebutlah keberkatan berpuasa dengan bersahur. Dengan bersahur menepati kehendak Islam disamping dapat menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Jika kita mengatakan bersahur sebelum tidur malam dengan alasan tidak mahu bangun untuk "bersahur"...sesungguhnya ia bukan "sahur" namanya...tetapi "supper"@ (makan lewat malam).

Rebutlah juga keberkatan bersahur dengan melewatkan waktu bersahur.


Rujukan : Majalah SOLUSI -isu no:22
Ruangan : HADIS oleh Ustaz Syed Mohd.Norhisyam b. Tuan Padang