AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Khamis, 27 Januari 2011

Caca Marba: Keutamaan amalan membaca 10 surah al Quran yang mu...

Caca Marba: Keutamaan amalan membaca 10 surah al Quran yang mu...: "AL-QURAN: 10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w SURAH AL-FATIHAHAmalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti ..."

Isnin, 24 Januari 2011

Berita Terkejut dan Mengejutkan.....

Semalam 23/1/2011....kira-kira jam 9.00 pagi menerima panggilan dari bonda...mengkhabarkan...satu-satunya pakcikku( adik ayah) telah kemalangan.

Berita disampaikan dalam keadaan aku tidak bersedia untuk menziarah beliau..waima "abang" tiada di rumah..sibuk dengan tugasnya...



Namun ku khabarkan pada emak..agar menyampaikan "berita terkini"...alhamdulillah "pak cik : Uda" tidak mengalami kecederaan "serius"..cuma agak terperanjat dan menyebabkan keadaan "jantungnya" agak "sakit" ...beliau terpaksa ditahan di wad.

Hari ini kira-kira jam 3.30 petang.."abang" mengirim "sms"(pesanan ringkas)..mengkhabarkan bapa mertua kepada biras kakak iparku ( kakak suamiku)...telah meninggal dunia.

Meninggal dunia dalam keadaan amat tragis - dilanggar dengan sebuah lori tatkala pulang dari "menoreh getah" kira-kira jam 2.30 petang...(24/1/2011).



Berita yang amat-amat memeranjatkan dan menyebabkan aku...terkesima. Terbayang wajahnya..walau tidak mengenali dengan begitu rapat...namun beliau merupakan insan yang amat disayangi dan peramah.

Terbayang wajahnya ..itulah kali pertama dan juga kali terakhir..tatkala menghadiri majlis meraikan jemaah haji di Melaka(rumah ibubapa mertua- kakak ipar ) di Melaka...dalam erti kata (bapa kepada biras kakak ipar.)

Senyuman manis darinya tidak pernah lekang dilemparkan kepada sesiapa sahaja...Ya!Allah..sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. Mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin.

Sesungguhnya itulah hakikat kehidupan...yang hidup pasti akan mati...dan sesungguhnya ajal maut,jodoh pertemuan dan rezeki segala-galanya menjadi ketentuan (qada' dan qadar Allah SWT)...kita hanyalah hamba yang kerdil...

Yang mampu kita lakukan hanya berdoa...memohon agar diberikan keberkatan dan menjauhikan diri kita dari segala bala bencana..sama ada di laut,di darat waima diudara. Mudah-mudahnya Allah memberkatinya...

Selasa, 18 Januari 2011

Panitia Pendidikan Islam SMK Jalan Kota Tinggi Kluang, Johor: Hanya 17 minit.....

Panitia Pendidikan Islam SMK Jalan Kota Tinggi Kluang, Johor: Hanya 17 minit.....: "Solat fardhu 5 waktu...wajib ditunaikan oleh umat Islam...lelaki dan perempuan...yang sudah akil baligh dan waras. Jadi...solatlah kita..."

Bila Bersukan....





Bermulanya hari ini...18/1/2011 dan esok hari 19/1/2011...sukantara antara rumah sukan ...rancak berjalan.

Namun...dalam ke"ghairah"an mengejar "takwim" sekolah...kadang-kadang dan terkadang-kadang kita terlepas pandang.

Andai yang berlari itu anak-anak kecil seusia 6 - 12 tahun (perempuan)...mungkin tiada permasalahannya...

Tapi bila yang berlari itu...remaja perempuan (13-17 tahun) pastinya...ada sesuatu yang perlu dirisaukan dan pastinya sesuatu yang amat "memalukan".


Sayugia selepas...sukantara...memulakan P&P di kelas anak-anak Tingkatan 4...belajar adab "Berhias Diri"

Pelajar 1 : "apa hukum kita melihat perempuan?"

Ustazah : "sekilas pandang diharuskan...2 kali pandang haram..."

Pelajar 2: "kalau pandang sekali..tapi lama macam na pulak?"

Ustazah : "lagi haram...tak kelip biji mata"

Pelajar 3: "Habis..kalau budak perempuan lari...masa kat padang macam mana pulak?"

Ustazah : "tunduklah..tutup pandangan"

Pelajar 3 : "tak kan asyik nak tengok rumpuuut je..ustazah..tak syoklah"

Ustazah : "kira-kira tengok "wayang"freelah ye"...cubalah kawal sikit..."



Pengajarannya...apa salahnya dan rasanya tidak menjadi kesalahan besar jika kita mengasingkan "acara sukan" dengan mengasingkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Apa pun yang kita lakukan jika mengikut apa yang digariskan dalam Islam..pasti ada keberkatannya...




Bermula dengan usia remaja inilah..yang sepatut dan sewajarnya kita didik anak-anak remaja ini ke arah kebaikan...

Agar apabila mereka "dewasa" mereka lebih arif tentang hikmah...segala apa yang telah disyariatkan .

Pengasingan semasa acara sukan sebenar-benarnya membawa 1000 kebaikan...maka fikir-fikirkanlah.

Khamis, 13 Januari 2011

Tengahari Tadi......

Tatkala masuk ke kelas...memulakan pengajaran...


Sekonyong-konyong seorang "pelajar" telah mencabutkan diri..."ponteng kelas" ...
Hendak dikejar..tak berdaya rasanya...

Menunggu hampir ke saat-saat terakhir..oh!memang sebenar-benarnya...telah "ponteng"
Kring! Waktu telah berakhir...jam menunjukkan 1.05 petang...


Pelajar bergegas pulang...dan "aku" juga melangkahkan kaki...
Seusai "punch card"...bertembung dengan "hero" ponteng kelas...dengan wajah selamba...berkata " ada hal"....hal????apa???

Diwartakan kepada GPK Hem...sekonyong-konyong hampir 15 minit pukul 2...dikhabarkan...


"Hero Malaya"..menjadi pujaan dan rebutan pelajar tingkatan 1 dan 2.
Oh! rupa-rupanya ini..yang berlaku...inikah imej dan akhlak pelajar Melayu Islam???

Sukar untuk dilafaz dan ditafsirkan...dimanakah silapnya...akukah punca segala-galanya.....???

(gambar sekadar hiasan)

Ahad, 9 Januari 2011

Muar...Kembali Ke Daerahmu



Kembali ke daerah Muar..daerah yang penuh dengan cerita tentang masa lalu...cerita tentang masa remaja...

Kembali melalui jalan-jalan yang pernah dilalui 27 tahun yang lalu...liku dan cerita sebagai seorang pelajar....

Kembali melalui padang yang pernah satu ketika dulu..tempat permainan dan perlawanan bola jaring...di SMK Pekan Baru,Muar dan SMK (P) Sultan Abu Bakar...segala-galanya sudah menjadi lembaran sejarah.

Kembali ke Tanjung Emas..yang suatu ketika dulu...tempat aku dan sahabat-sahabat
( Azah,Naz,Zura,K.Mas dan Lati)...bermain buaian,makan ais krim dan bergambar bersama.


Kembali melalui Jalan Khalidi..tempat penginapan..."luar asrama" ketika di tingkatan 4 dan 6 rendah...sudah tidak diguna..."usang"...namun rumah mak engku masih seperti dulu.

Kedai "mamak kutik" tempat persinggahan ..setiap kali balik dari sekolah..bersama Nazrah...macam-macam nostalgia....naik "basikal"..@ "kuda putih"...

Kembali melalui "Jalan Junid" terlalu banyak perubahan...dari hutan @ semak samun di sepanjang Jalan Junid...sekarang..sudah banya "taman perumahan"

SMKA (Ma'ahad) Muar..sekolahku selama 7 tahun..menimba ilmu...juga telah terlalu banyak berubah...sudah tua rupanya..."aku"

Masa yang berlalu memang terlalu...pantas..sekarang sahabat-sahabat
sepermainan,seperjuangan,sewadah...sesekolah juga telah lama tidak ku temui...

Sekarang semuanya sudah berubah..ye berubah menjadi seorang yang dewasa ...seorang "dewasa" yang berjaya....mudah-mudahan di dunia dan di akhirat ...amin



Jumaat, 7 Januari 2011

SMRA.....

Andai itu takdirnya...setelah kita berusaha...maka sewajarnya..kita mensyukuri di atas nikmat kurniaanNya.

Pastinya ada hikmah di sebalik apa yang kita perolehi...mungkin memberikan kita ruang dan peluang untuk terus berusaha bersungguh-sungguh...dan tidak terlalu berpuas hati dengan apa yang kita miliki.

Pastinya Allah SWT akan memberikan ruang dan peluang untuk menjadikan kita yang terbaik...Insya'Allah.


Alhamdulillah...baru seketika tadi ..lebih kurang jam 6.45petang..menerima

panggilan dari anakanda...NASYEHA AS-SAKINA dengan keputusan "LULUS" bagi peperiksaan SMRA...

Tiada ucapan yang lebih indah dari ucapan "ALHAMDULILLAH"..rasa penuh kesyukuran ke hadrat Illahi..."Che'a" Lulus...Amin.

Tingkat pertama ujian telah berjaya dilalui oleh "Che'a"...moga "CHE'A" terus cemerlang dan tabah dalam melalui ujian seterusnya.

Tahun ini "Che'a" akan menduduki PMR...mudah-mudahan Che'a akan memperolehi keputusan yang lebih baik...apa yang penting tiada perkataan "kecewa" dan "putus asa" dalam kamus hidup kita.

Sesungguhnya Allah akan memberikan kita ruang,peluang dan jalan ...bagi kita ...yang utama adalah keyakinan kepada Allah SWT,usaha dan tawakal.

Selasa, 4 Januari 2011

Alhamdulillah..semuanya telah selesai..


Tiada ucapan yang lebih indah kecuali ucapan "ALHAMDULILLAH"...ke hadrat Illahi ...di atas segala bantuan dan pertolonganNya....

Ya!Allah..sesungguhnya kau telah mempermudahkan segala urusanku..moga ia terus berterusan....

Tiada yang mustahil bagi Allah..Yakinlah dengan Pertolongan Allah....

Mudah-mudahan kita terus mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat... Ami
n.

Sabtu, 1 Januari 2011

Januari 2011



Awal Hijrah sudah hari ke 26 (Muharam 1432H)...Masihi baru menginjak 1 Januari 2011...

Pastinya apabila detik 12 malam...kedengaran sorak-sorai menyambut awal tahun Masihi...

Namun rasanya budaya ini tiada dalam budaya Islam waima budaya Melayu...budaya siapakah yang kita ikut ye?....

Pastinya budaya barat...betul tak?

Hakikatnya kita sangat-sangat membazirkan masa,tenaga waima wang...

ye-lah sanggup menunggu ke detik 12 malam...berapa banyak masa kita terbuang tanpa melakukan apa-apa...

Tenaga...pastinya...berjalan berkilometer...sanggup berasak-asak...semata-mata hendak mengira detik ...10,9,8,7,6,5....4...3...2...1....

Bermulanya 1 Januari 2011...

Apa salahnya tenaga dan masa itu dihabiskan di rumah ...melakukan apa jua perkara yang berfaedah...ye tak..


Wang..sudah pastilah ...terbuang begitu sahaja...sanggup mengisi minyak "penuh"...untuk memenuhi tuntutan detik 12 malam...

Malangnya apabila diminta untuk menghulurkan sumbangan ..buat insan yang memerlukan...sukarnya...


Fikir-fikirkanlah...budaya siapa yang menjadi sanjungan dan men"darah" daging dalam sanubari kita sebagai umat Islam....