AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Isnin, 26 Disember 2011

PMR 2011

Saat dan tika sebelum keputusan PMR...terasa degupan jantung terlalu kencang...aduhai..hanya Allah SWT saja yang tahu perasaan tika itu..

Menanti tarikh 22hb Disember 2011..umpama menanti pengisytiharan akan berlakunya Darurat...sukar untuk digambar dan dilakarkan...(fuh macam kita pulak yang nak ambil keputusan...)

Tepat jam 11.30 pagi sampai di sekolah anak...ke pejabat menemui guru S/U PMR...dup..dap..dug..dag...Alhamdulillah..walau tidak secemerlang anak sahabat dengan keputusan 9A,6A,7A...

Nasyeha As-Sakina memiliki keputusan 2A 3B 2C 2D...satu keputusan yang boleh membanggakan aku sebagai seorang "ummi"...Alhamdulillah...sepenuh kesyukuran dipanjatkan buat Illahi...Nasyeha mampu memiliki keputusan yang 'terbaik' buat dirinya.

Moga...Nasyeha akan meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar yang cemerlang..dan moga tiada perkataan "kecewa" dan "putus asa" dalam kamus hidupnya...

Moga...Allah SWT terus memberikan kekuatan,ketabahan dan keyakinan dalam diri Nasyeha...amin ya rab-al-amin


 * buat Fateh ..Tahniah! Mabruk dari Ummi kerana memperolehi 6A1B1C dalam UPKK

Sabtu, 19 November 2011

MUSIM CUTI BERMULA....

CUTI SEKOLAH...sudah bermula...banyak aktiviti telah dirancang...

tapi kena bereskan kerja...betul tu..kerjaya surirumah sepenuh masa...

Minggu pertama saja...sudah ada aktiviti...bermula esok 20hb...ke majlis "khatan" beramai-ramai...buat Fateh...jangan takut ..esok akan "masuk jawi"..apa-apa hal ummi dan abi yang gentar. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

21hb...ke sekolah seperti biasa...mengawasi pelajar yang mengambil kertas 1223(Pendidikan Islam)..mudah-mudahan para pelajar tingkatan 5 tahun ini (2011) akan memperolehi kecemerlangan dan memperoleh ketenangan  semasa menjawab.

Hujung minggu 26hb..majlis walimah adik..pastinya sepanjang minggu bermula dari 22hb-25hb pastinya aktiviti tertumpu di rumah mak...untuk menguruskan apa-apa yang patut...

Buat Yun...maaflah tak dapat nak tolong kemas rumah,cat rumah dan tolong buat "hantaran'...al-maklumlah kami "busy".... Insya'allah 21hb...kami balik rumah mak...di Kluang.."dekat tapi jauh"...


28hb.. Yah pulak...nak bertunang...nampaknya Yah akan terbang balik dari Sabah ke Kluang..naik "Keluang Air"@ "MAS"...mudah-mudahan peroleh ketenangan.


Buat insan istimewa dan diraikan sepanjang November ini terutamanya buat Fateh (khatan),Naqqiyyah (akikah),Yun (nikah) dan Yah (tunang)...moga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT...amin



Isnin, 14 November 2011

PROGRAM SELEPAS PMR

KURSUS SEMBELIHAN



3hb November 2011..satu program khas untuk pelajar Islam tingkatan 3 telah diadakan ..di perkarangan sekolah...cukup indah dan cukup memberikan pendedahan kepada para pelajar.



Apa tidaknya...peristiwa penyembelihan telah dilakukan dengan mengorbankan 40 ekor ayam..namun seekor telah kecundang sebelum sempat di sembelih.

Hari yang memberikan pengalaman kepada pelajar tingkatan 3..proses penyembelihan ayam yang selaras dengan hukum syarak.

Bermula dari proses menyembelih,mencabut bulu,memotong ,membersih dan memasak..semua dilakukan dalam suasana "rewang" yang cukup meriah.

Alhamdulillah..program berjalan lancar...dengan kunjungan dan tunjuk ajar Ustaz Yusoh,Cikgu Maulan dan tidak lupa Ustaz Asmawi (Mawi) dari Pejabat Agama Islam Daerah Kluang...benar-benar memberikan kepuasan kepada para pelajar.



Moga selepas ini ...anak-anak semua bolehlah menyembelih sendiri "ayam"...bila ayah atau emak memerlukannya...untuk jamuan makan @ makan istimewa hujung minggu.

Penuhi segala tuntutan syarak yang diperolehi semasa taklimat 1 jam ustaz Mawi...moga kita terus berusaha mencari yang "fardhu' dalam pemakanan seharian kita...makanan yang halal,baik dan suci.

Melalui pemakanan ia akan membentuk sahsiah dan akhlak kita..maka jauhilah segala bentuk makanan dan minuman yang haram...dan pastinya makanan dan minuman haram akan menyebabkan "terhijabnya" doa kita...

Mudah-mudahan kita terus dilindungi dan diberkati Allah daripada terjerumus @ terjebak dengan perkara-perkara mungkar dan maksiat.











Selasa, 25 Oktober 2011

Kembali Ke Alam Siber...

Hampir 2 minggu juga..tidak menjenguk "kolum" ini...busy@sibuk.

Sibuk??? Dalam Islam sebenarnya tiada istilah sibuk @ kesuntukan masa... tapi hakikatnya kita ...sebagai manusia jika diberi 48jam sehari pun pastinya tidak akan cukup...

Kadang-kadang terasa banyak lagi perkara yang belum selesai...al-maklumlah ....urusan penandaan kertas "pelajar" baru,sedang dan akan bermula.

Urusan kendiri,urusan anak-anak,urusan rumahtangga...berjalan beriringan...


2 minggu lagi...Aidil Adha...akan menjelang...pastinya jemaah haji sibuk menguruskan diri untuk Wukuf di Arafah,bermalam di Mina/ Mudzalifah,melontar jamrah..dan segala persiapan yang memerlukan ketahanan mental,fizikal dan emosi.

Buat diri yang belum di"panggil" menjadi "tetamu Allah"...banyakkanlah berzikir,beribadah dan istiqamah dalam beribadat...moga suatu hari nanti kita layak menjadi 'tetamu Allah' yang istimewa.

Dalam usia yang sudah menjangkau 40 tahun...terasa dipanggil-panggil untuk menunaikan rukun Islam ke 5..ini...namun syarat wajib haji (kemampuan) masih belum mencukupi .

Namun jauh di sudut hati agar "kemampuan" itu mencukupi ...buat kami sekeluarga menunaikannya bersama-sama...agar kami dapat merasai pengorbanan Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s dalam mencari setitik air di bumi Allah (Mekah) yang kering kontang.

Air zam-zam mukjizat Nabi Ismail a.s yang tidak pernah kering....betapa Allah maha mengetahui keadaan hambaNya....mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kami untuk menjadi "tetamu"Nya di bumi Mekah.









Selasa, 4 Oktober 2011

PMR 2011....

4 Oktober 2011...sudah hampir sebulan tidak melayari "blog"...terasa masa terlalu pantas...tup-tup...PMR sudah menjelma.

Ibarat "derasnya" air sungai yang melimpah ketika hujan..dan tidak mampu untuk kita membendungnya.

Serasa baru semalam melahirkan anak sulong "Nasyeha As-Sakina"....namun hari ini dia telah menduduki PMR.

Hari ini bermulalah perjuangannya ....moga Nasyeha As-Sakina akan memperolehi kecemerlangan..buatlah yang terbaik buat diri "Che'a"...

Sesungguhnya segala usaha,disertai dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT pasti akan membuahkan "kelazatan"..insha'Allah.

Perjuangan Muhammad Fateh Hamdan juga telah bermula semalam ..(3 Oktober 2011)
UPKK...ujian khas KAFA buat anak-anak yang dilahirkan tahun 2000..diadakan serentak seluruh Malaysia.

Moga Fateh juga diberikan ketenangan dalam menjawab peperiksaan.

Betapa kita hidup ini memang akan menghadapi ujian....dan memang itulah lumrah @ fitrah hidup kita sebagai hamba Allah...

Cuma terkadang kita tidak mampu untuk menanganinya....namun sesungguhnya yakinlah..tidak Allah SWT datangkan ujian itu di luar batas kemampuan hambaNya.

5 hari perjuangan PMR ...moga Che'a terus tenang dan yakin dalam menghadapi soalan-soalan yang dikemukakan..

Doa ummi dan abi...moga Che'a dan Fateh akan memperolehi keputusan yang cemerlang...Amin ya-rab-al-amin

Kembara Ilmu...Mendepani PMR dan UPKK 2011

15 tahun sudahnya usia Nasyeha As-Sakina (Che'a)...dan hari ini bermulanya...lembaran sejarah bagi Che'a.



4 Oktober - 11 Oktober 2011...peperangan menghadapi PMR telah dilalui...mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan Che'a menjawab segala soalan yang diberi.

Terasa baru semalam sahaja melahirkan Nasyeha...membesarkan Che'a ...dan melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam membesarkannya.

Pelbagai kerenah,keletah yang perlu dilalui dalam membesarkan Nasyeha...memang kita manusia ini lumrah dan fitrahnya diuji...dan ujian itu pastinya...tidak akan diberi oleh Allah diluar batasan kemampuan kita sebagai hambaNya.

Moga dengan ujian yang dilalui...memberikan ketabahan dan keyakinan Che'a dalam menghadapi PMR.

Moga Nasyeha memperoleh kecemerlangan di dalam PMR.

Fateh...UPKK hadapi dengan tenang..moga Fateh juga beroleh kecemerlangan.

Buatlah yang tebaik buat diri kita...moga kita akan menjadi "Diri Kita Sendiri"...dan sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya...melainkan" Diri Kita Sendiri "yang inginkan "perubahan".







Ahad, 4 September 2011

SYAWAL DATANG LAGI...1432H

Sudah 6 hari kita berlebaran "6 Syawal"...



Syawal yang bermakna apabila kita meraikan bersama kaum keluarga dan sanak-saudara yang tercinta.

Syawal yang bermakna apabila kita saling bermaafan,saling berziarah...



Syawal yang bermakna apabila kita menghapuskan "hasad dengki" dan "iri hati" dalam hati.

Syawal yang bermakna apabila kita dapat berkumpul bersama kaum keluarga





Syawal yang bermakna apabila kita dapat menunaikan solat sunat hari raya.

Syawal juga amat bermakna apabila kita dapat bertemu dengan sanak-saudara yang sekian lama kita tidak pernah bertemu...dalam erti kata lain...



Syawal bermakna apabila kita dapat "mengeratkan" hubungan silaturrahim...



Jangan jadikan Syawal kita menjadi Syawal yang "hambar" dan "kosong" dengan mewarnakan Syawal kita dengan "rasa penuh keegoan"...

Jangan jadikan Syawal sebagai "medan" pertempuran @ pertikaman lidah antara sanak saudara.

Jangan jadikan Syawal kita menjadi"medan' bermasam muka...dan penuh dengan prasangka...

Manusia tiada yang "sempurna".kerana "Kesempurnaan" itu hanya milik abadi Allah SWT.

Maka jadikanlah Syawal kita sebagai suatu "desa tarbiyyah"...dan "villa silaturrahim"...agar "madarasah Ramadhan" terus mewarnai hati-hati kita dengan "cahaya keimanan" dan "nur Illahi"...amin


Rabu, 24 Ogos 2011

Ramadhan Al-Mubarak @ Indahnya Ramadhan

Bulan Ramadhan..bulan barakah...bulan ibadah..bulan mujahadah...
Banyakkan sedekah...Bulan al-Quran dan Lailatul Qadar


Indahnya Ramadhan...cuba cari apa yang ada di bulan Ramadhan dan tidak akan ada di bulan-bulan yang lain...

Jika kita lihat dari sudut pandangan manusia biasa (seperti kita)

i. Bazar Ramadhan
ii.Sumbangan Ramadhan
iii.Sale Ramadhan @ hari Raya
iv. Makanan di bulan Ramadhan je ada (ayam percik,air khatira,bubur lambuk)

Sudut pandangan ahli abid (ahli ibadat) dan mereka yang mencari barakah sepanjang bulan Ramadhan

I. Tadarus al-Quran
II.Solat Terawih
III.Lailatul Qadar
IV.Iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan
V. Bersedekah
VI.Bermaafan

Sesungguhnya kita ini dalam kelompok @ golongan mana ye? alangkah bertuahnya kita..jika kita meraikan Ramadhan sehebat kita meraikan kedatangan Syawal.



Belum terlewat rasanya untuk kita meraikan malam-malam terakhir Ramadhan (10 malam terakhir) dengan memperbanyakkan beribadah kepada Allah SWT.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberikan "impak maksima" dalam diri dan nurani kita.


Impak Maksima yang memberikan anjakan paradigma ke arah kebaikan yang berkekalan...ISTIQAMAH dalam beribadah...dan bukan "BERMUSIM" seperti "SALE" di hari lebaran.

Mudah-mudahan kita terus tergolong dalam golongan hamba yang melaksanakan "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"...amin

Isnin, 15 Ogos 2011

PERCUBAAN PMR 2011

Bermula 12hb-19hb Ogos...peperiksaan Percubaan PMR.



Buat anak tercinta Nasyeha as-Sakina moga dipermudahkan oleh Allah SWT di dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.


Sempena bulan Ramadhan yang penuh "barakah"...ini mudah-mudahan dilapangkan hati,ditenangkan fikiran dan ditajamkan minda ...untuk menghadapi segala ujian yang mendatang...amin

Buat semua pelajar tingkatan 3..SMKJKT...juga moga beroleh keberkatan dan dipermudahkan di dalam menjawab soalan.




Kita cuba menjadi yang terbaik...dan tidak rugi untuk menjadi yang terbaik..kerana firman Allah yang bermaksud :Umat Islam adalah umat yang terbaik di kalangan manusia...

Maka...aplikasikanlah...agar kita menjadi yang terbaik di dunia dan di akhirat...tiada siapa yang dapat mengubah nasib dirinya kecuali dirinya sendiri...dan pastinya dengan bantuan dan pertolongan Allah SWT.

Tiada Allah jadikan sesuatu itu sia-sia...tetapi setiap apa yang Allah SWT jadi dan ciptakan itu pasti ada kebaikan dan hikmahnya.

Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT..mengatur hidup hambaNya...cuma kita saja yang kadang-kadang dan selalunya lupa dan alpa dengan ketentuan Qada' dan QadarNya.

Berusahalah kita menjadi yang "TERBAIK" dan tiada sesuatu yang "MUSTAHIL" bagi ALLAH SWT.

Moga kehidupan kita terus dilorong dan dipandu ke jalan yang lurus..jalan yang diredhai olehNya.



PAS SEMBRONG BANGKIT: Antara Nasyid Paling Best - Nasihat Ramadan (hijja...

PAS SEMBRONG BANGKIT: Antara Nasyid Paling Best - Nasihat Ramadan (hijja...

Isnin, 8 Ogos 2011

9 Ramadhan 1432H

Terlalu pantas masa berlalu..sudah masuk hari ke 9 kita berpuasa...


Tidak terdaya rasanya...mengejar masa yang berlari terlalu pantas ini...benarlah masa itu ibarat mata pedang...

Dan firman Allah SWT...bermaksud :"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran"(surah al-Asr:1-5)

Demi Masa...kita memang akan tergolong dari kalangan orang yang rugi jika kita tidak memanfaatkan segala masa yang kita ada untuk mentaati segala suruhan Allah SWT.

Demi Masa...kita juga akan jauh tertinggal jika kita tidak memanfaatkan masa yang kita ada untuk melaksanakan segala tuntutan Illahi...

Demi Masa...sebenarnya kita akan menjadi hamba Allah yang benar-benar berada dalam kerugian jika kita tidak menggunakan masa yang kita ada untuk beramal..serta amar makruf nahi mungkar....


Demi Masa...kita akan rugi jika..masa yang kita ada tidak dimafaatkan untuk menuntut dan mencari ilmu duniawi dan ukhrawi.

Masa akan terus berlalu pergi...tanpa mempedulikan kita...maka penuhilah masa dengan amal jariah,amal ibadat dan tuntutan rohani.

Jangan biarkan masa yang kita ada untuk melakukan perkara-perkara "lagha"@sia-sia..kerana dihujung usia @ masa kita....kita dengan sendirinya akan bermuhasabah diri..kemana perginya usia @ masa kita dihabiskan @ dimanfa'atkan ketika usia muda.

Mudah-mudahan Ramadhan kali membawa satu perubahan @ anjakan paradigma dalam kehidupan rohani dan jasmani kita...Inshallah...





Jumaat, 22 Julai 2011

Bila Harta Benda Menjadi "Bench Mark"@ Ukuran.

Umat Islam memang digalakan mencari harta dan memiliki harta dengan cara yang halal.Tetapi jangan jadikan kekayaan dan kemewahan sebagai satu ukuran untuk meneruskan sebuah kehidupan.

Jika kekayaan dan kemewahan menjadi suatu ukuran sebuah perhubungan...maka di hujung sana akan berlaku kepincangan dalam kehidupan.



Kerana kemewahan dan kekayaan itu milik Allah jua...milik Allah yang sempurna.
Kita manusia..hanya dipinjamkan sahaja dengan kemewahan dan kekayaan itu.

Tidak Allah SWT mengangkat darjat manusia kerana memiliki kekayaan dan kemewahan..tetapi diangkatnya darjat manusia itu kerana ketaqwaan dan ilmu yang dimiliki.


Betapa ruginya kita ...jika kita menjadikan kemewahan untuk memutuskan silatur-rahim antara kita....

Betapa ruginya kita..kerana harta-harta ini juga akan dihisab...kadar "kemanfaatnya" didalam membantu saudara kita yang berada dalam kesusahan,kemiskinan dan keperitan hidup.


Janganlah kita menjadikan kekayaan dan kemewahan ini...dengan memandang hina insan yang tidak setaraf dengan kita..

Siapa pun kita...tidak akan membawa kemewahan dan kekayaan itu...namun amalan kita...yang akan kita bawa menghadap Illahi.

Janganlah kita menjadi kaum Adh dan Thamud..dibinasakan kerana keangkuhan,kebongkakan dengan kemewahan dan kekayaan yang dimiliki.

Ahad, 17 Julai 2011

RAMADHAN...KEMBALI LAGI


15 Sya'aban...sudah berakhir.Kini 15 hari lagi..bakal menjelma Ramadhan.

Ramadhan datang lagi...pastinya apa yang bermain di minda...ibu ibu dan bapa bapa..tika dan saat ini..adalah persiapan menyambut awal Ramadhan.



Ibu..ummi..mak..mama..pastinya sedang memikirkan juadah untuk bersahur dan berbuka buat seisi keluarga.

Berpadalah dalam berbelanja..waima ketika menyambut Ramadha atau Syawal.
Dalam kegawatan dan kadar inflasi yang semakin "mencerun"...ini sewajarnyalah kita..menghadkan kadar perbelanjaan kita.

Belilah mengikut kadar kemampuan kita dan berbelanjalah barang yang perlu.
Mengutamakan keperluan bukan mengutamakan kehendak.

Kadar barangan yang semakin hari semakin naik..memang akan melahirkan fenomena berhati-hati kepada kita,namun sebagai umat Islam sewajarnya kita menjadikan ajaran Islam dalam mendidik naluri dan nafsu kita...agar kita sentiasa bersyukur dengan segala apa yang kita miliki.


Biarlah kita menjadi hamba Allah yang bersyukur..bukan menjadi hamba Allah yang "kufur nikmat"...

Golongan kaya sewajarnya menolong golongan fakir dan miskin..dalam konteks mengeluarkan zakat..kerana di sana ada hak bagi golongan ini...kerana nikmat kekayaan yang dimiliki adalah kurniaan Allah SWT.


Tanpa rezeki kurniaan dan nikmat dari Illahi ini..kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa...segala-galanya sekadar pinjaman semata...maka atas nikmat kurniaan ini..maka tiada salahnya..malah diwajibkan golongan kaya mengeluarkan zakat bagi membantu golongan fakir miskin.


Tidak menjadi suatu kerugian, kemuflisan atau kebangkarapan...andai golongan ini sentiasa membantu golongan yang lemah...malah Allah akan melipat-gandakan lagi rezeki mereka.

Sesungguhnya janji Allah SWT itu adalah benar.

Sehubungan dengan itu,marilah sama-sama kita mencari yang terbaik untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.

Sabtu, 9 Julai 2011

BERSIH SEBERSIH-BERSIHNYA....


BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEKOTORAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEJAHATAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEKEJAMAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEZALIMAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEFAKIRAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEFASIKAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEMUNAFIQAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEMAKSIATAN
BERSIH...Bersihkanlah hati dari SIFAT MUNAFIQ
BERSIH...Bersihkanlah hati dari SIFAT UJUB,RIAK DAN TAKABUR



Binalah kekuatan diri,fizikal,mental dan emosi dengan kekuatan keimanan dan ketaqwaaan kepada YANG ESA.

Yakinlah bahawa ALLAH bersama-sama HAMBANYA YANG SABAR.

Yakinlah doa dari Hamba-hamba YANG DIZALIMI dan TERANIAYA ADALAH MAKBUL...
TIADA sebarang HIJAB ANTARA ALLAH DENGAN GOLONGAN INI.

Yakinlah golongan yang ZALIM akan musnah binasa
Yakinlah golongan yang SOMBONG dan juga akan MUSNAH

Yakinlah dengan AYAT-AYAT ALLAH SWT
Yakinlah dengan BUKTI-BUKTI KEMUSNAHAN YANG ALLAH DATANGKAN
Yakinlah dengan PERTOLONGAN ALLAH SWT


Golongan manusia,pemerintah,pemimpin yang ZALIM...
Sesungguhnya janji ALLAH SWT itu pasti dan benar.

Sesungguhnya..JALAN KEMUSNAHAN dan KEHANCURAN sebenarnya sudah mula mewarnai ritma KeHIDUPan mereka.

Bukti JANJI ALLAH ini dapat dilihat dalam SuRah AL-'ANAM yang telah MEMBINASAKAN golongan zalim,menganiaya,sombong dan bongkak.KAUM AD,TAHMUD DAN KAUM NABI LUTH)




SESUNGGUHNYA KEMUSNAHAN INI MENJADI BUKTI DAN DALIL BAGI MEREKA YANG BERFIKIR.

Khamis, 7 Julai 2011

BERSIH vs KOTOR



BERSIH...tulisan dan perkataan...hebat dan berkeramat sekarang ni
KUNING....warna Diraja yang mempunyai keramat...
Andai ia digabungkan umpama irama dan lagu..yang tidak boleh dipisahkan....

Alangkah indahnya jika BERSIH itu juga melambangkan kesucian dari sudut fizikal dan rohani...




KUNING...warna yang menjadi pujaan dan menjadi igauan setiap insan....tika ini
KUNING...warna rumah pasukan ku..mudah-mudahan KUNING menjadi juara tahun ini...selari dengan kehebatan warna KUNING..tika dan saat ini....




Maka berfikirlah kita secara rasional.....andai warna KUNING dan ungkapan BERSIH boleh berbicara...maka akan berkatalah kedua-duanya "wahai sekelian memanda menteri..berfikiran wajarlah dengan menggunakan akal...wahai sekelian rakyat jelata berfikirlah kalian dengan pemikiran yang rasional"....

Kita sebenarnya tidak akan rugi apa-apa jika menggunakan akal fikiran kita dengan pemikiran yang rasional dan berlandaskan ajaran Islam...tidak rugi jika sesuatu itu mendatangkan kebaikan kepada kita.



Memang benar apa yang didatangkan oleh ALLAH SWT dan segala apa yang disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad SAW...bahawa sesungguhnya keBERSIHan itu sebahagian dari iman...



BERSIH dari sudut rohani,emosi,pemikiran dan fizikal memang ajaran ISLAM...tak kan kita nak biarkan diri kita terus bergelumang dengan kekotoran..sehingga orang disekeliling kita akan berusaha menjauhkan diri mereka dari berterusan mendekati kita...



Maaaakaaa fikir-fikirkanlah...keBERSIHan atau keKOTORan yang akan mewarnai ritma kehidupan kita....