AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Khamis, 30 Jun 2011

DAMAI YANG HILANG...????

Kedamaian...ketenangan..keamanan???
Damai yang hilang...pergi mana? Perlukah dicari? Atau kita sendiri yang menjauhkan "damai" dari diri?

Berfalsafahlah pulak...kadang-kadang kedamaian tu..memang perlu dicari...
tatkala hati kita bermain dengan perasaan yang tidak menentu...

Perasaan yang kadang-kadang hanyut dengan tuntutan hawa nafsu dan godaan syaitan...
maka kedamaian dan ketenangan itu..bolehlah kita perolehi dengan mendekatkan diri kita kepada ALLAH SWT.

Mintalah padaNya..agar Dia terus memberikan kita ketenangan dan ketenteraman jiwa..bila kita menghadapi segala ujian dan dugaan hidup.

Insya'allah..bila kita meminta dariNya...pastinya DIA akan mengurniakan ketenangan itu...kerana Allah SWT memang..rindu dengan rintihan dan rayuan dari hambaNya yang meminta dan mengharap.

Bermunajat padaNya...mudah-mudahan kita terus memiliki ketenangan....

Rabu, 22 Jun 2011

ENGGANG TAK TERBANG BERSAMA PIPIT...

PERSOALANNYA...betul ke enggang memang tidak akan pernah untuk terbang bersama-sama dengan pipit?



Kenapa ye? Oh!Mungkin enggang terlalu besar dan pipit kecil...jika bergandingan macam tak serasi ....itu alam haiwan...entahkan benar entahkan tidak...namun hakikatnya alam haiwan memang berbeza dengan dengan alam manusia.

Kita manusia...ada akal,dikurniakan iman dan Islam...tapi kadang-kadang lupa dengan asal kejadian...andai al-Quran diturunkan ke atas gunung..pasti gunung akan berkecai kerana takutkan ayat-ayat Allah (Surah al-Hasyr)..



Tapi..kita manusia...dengar ayat al-Quran..macam tak rasa apa-apa..tak takut,tak gerun dan tak rasa terharu pun...ye-lah ..hukum ,peraturan dan suruhan Allah kepada kita pun kita engkar...

Tapi..undang-undang yang manusia cipta,buat..boleh pulak kita patuhikan...contoh paling mudah..undang-undang jalanraya..boleh pulak kita ikut...lampu merah kita berhenti..lampu hijau ...On...



Kalau-kalau difikir..mengikut logik akal pun...kita tidak mampu untuk menafikan betapa indahnya kejadian manusia...mana ada manusia yang mampu cipta manusia yang sempurna...


Hanya Allah yang mampu melakukannya..mencipta manusia dari kejadian yang paling hina...tetapi atas rasa sayang kepada hambaNya...Allah angkat darjat manusia dengan mengurniakan kita akal...agar menjadi pembeza antara kita dengan haiwan dan memberikan kita ruang untuk menggunakan akal fikiran kita berfikir tentang kekuasaan dan kehebatan Allah.



Itulah...kita manusia...memang tidak pernah bersyukur kan...bila diberi sedikit kuasa,pangkat dan harta...kita mudah lupa...dan bersifat sombong dengan manusia lain yang difikirkan tidak setaraf dengan kedudukan kita...

Tapi..sesungguhnya Allah tidak memandang semua tu...apa yang Allah pandang,lihat dan nilai hanyalah amalan dan ketaqwaan kita kepadaNya.....


Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri...moga muhasabah ini menjadikan kita insan yang lebih qa'anah dan redha dengan segala ketentuanNya.


Selasa, 21 Jun 2011

Hidup Ini Penuh Dengan Ujian....



Ujian dan dugaan merupakan asam garam dan lumrah dalam kehidupan kita yang bernama insan...
Mana mungkin kita hamba yang lemah ini tidak diuji...cuma ujian yang didatangkan kepada kita..berdasarkan kadar kemampuan yang mampu kita hadapi.

Para rasul yang bersifat "maksum" juga diuji..lagi kan kita manusia yang lemah ini.
Apa yang perlu kita lakukan ialah tabah dan yakin dengan setiap ujian yang mendatang.

Moga dengan ujian yang mendatang ini..menjadikan kita hamba Allah yang sentiasa bermuhasabah diri....

Sesungguhnya tiada Allah datangkan ujian itu dengan sia-siakan..pastinya ada hikmah.



Moga dipermudahkan segala urusan kita olehNya..
Dan kita mampu untuk menghadapi segala kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku...dan yang penting..."YAKINLAH DENGAN SEGALA PERTOLONGAN ALLAH SWT"..

Rabu, 15 Jun 2011

Apa pun tak boleh....

Ucapan..."global" tika dan saat ini....

Hari ini..dikunjungi rombongan seramai tujuh orang dari bukit indah "Kluang"... ke kawasan perbukitan indah dan permai...di kaki Pergunungan Gunung Lambak.





Entahlah..sukar untuk dikhabarkan perasaan tika dan saat itu...gembira,suka...waima..kadang-kadang terasa benci @ menyampah....namun itulah hakikatnya...

Andai kehadiran untuk mencari silap..maka ia mungkin satu kesilapan atau mungkin dan barangkali kesilapan yang sengaja telah dan akan dilakukan...

Andai kehadiran untuk membantu...meningkatkan prestasi dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian...maka kehadiran mereka amat-amat dialu-alukan...


Bukannya kami ini sempurna @ terbaik...dan bukan juga kami ini yang ter"buruk"...namun kami sedaya upaya melaksanakan...andai bukan rezeki kami...kami pasrah dan redha..

Berikan kami ruang,peluang ...untuk membuktikan kami juga mampu melakukan yang terbaik....

Jangan biarkan kami umpama..."buat apa pun tak boleh"...sedangkan kami mampu "melakukan yang terbaik"...walaupun tidak ramai pelajar cemerlang yang dapat kami lahirkan...tetapi saban tahun..Alhamdulillah ..sekolah kami mampu melahirkan pelajar cemerlang PMR dan SPM...walaupun bilangannya hanya seorang setiap tahun.


Sama-samalah kita muhasabah diri.....jadilah yang terbaik .Allah SWT itu adil dan maha mendengar doa hamba-hambaNya yang teraniaya.

Sabtu, 11 Jun 2011

Cuti SEKOLAH....

Puas rasa dihati.... cuti 2 minggu kali ini...macam-macam aktiviti telah dilakukan...alhamdulillah.

31 Mei bertolak ke Bangi@Kajang ke rumah adik...melihat "baby" @ Ainan Naqiyyah dan bertemu "ponakan" dari Kedah...

Kami berkumpul...penuh rumah sewa adik @ Titien (panggilan manja dari anak-anak kepada makciknya)




1 Jun..ingin merasai menaiki "Komuter" dan "LRT" dari Steysen UKM,Kajang hingga ke KLCC..bersama anak-anak,suami,adik-adik dan "ponakan"...riuh Komuter dan LRT dengan keletah anak-anak ini...

"rombongan Cik Kiah dari Kajang"...happening...

Bermula seawal 10.00 pagi hingga ke 7.30 malam...penggembaraan kami...destinasi yang dilawati PETROSAINS dan Masjid As-Syakirin KLCC.





2 Jun...ke Gombak..mencari Taman Melewar..lebih kurang 1 jam perjalanan...namun apa yang seronoknya tersalah masuk susur..terus melalui BATU CAVES..dengan patung yang besar..macam ni pun ada kat Malaysia ye...

3 Jun - 5 Jun..terus menjadi tetamu di Taman Melewar...banyak pengalaman dan ilmu yang diperolehi dari program ini.



3 Jun anak-anak,adik-adik,ponakan dan emak juga tidak ketinggalan untuk melawati bandar ICT di Shah Alam,aku dan suami tidak berpergian kerana "capek"....

syok jugak pi bandar ICT...macama-macam ada....



6 Jun...bertolak balik ke Kluang dan singgah di Seremban (rumah kakak ipar)....

up: Maaf kepada para sahabat yang menjemput ke majlis walimatul-urus..kerana tidak dapat menghadirkan diri..kerana sibuk melayan anak-anak dan sanak-saudara..al-maklumlah cuti panjang (2 minggu)

* Moral of the story dari penggembaraan dari Stesyen Komuter UKM ke steysen LRT KLCC..utamakan anak-anak kecil,ibu mengandung dan ibu yang mendokong anak..kerana mereka golongan yang lemah...jangan mementingkan diri sendiri..ye.

11-12 Jun ..bersiap siaga memenuhi keperluan siahsi yang belum terlaksana...menyediakan segala keperluan anak daraku (Nasyeha as-Sakina) kembali ke asrama...dan bujang cilikku (Fateh Hamdan)menyiapkan kerja kursus Kajian Tempatannya....


11 Jun (8.30 malam) Perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara (Kelantan vs Terengganu)..sedang berlangsung....siapa menang?



Sokong??? Pastinya kami menyokong KELANTAN....setakat jam 10.45 malam Kelantan mendahului dengan 1 jaringan...