Puas rasa dihati.... cuti 2 minggu kali ini...macam-macam aktiviti telah dilakukan...alhamdulillah.
31 Mei bertolak ke Bangi@Kajang ke rumah adik...melihat "baby" @ Ainan Naqiyyah dan bertemu "ponakan" dari Kedah...
Kami berkumpul...penuh rumah sewa adik @ Titien (panggilan manja dari anak-anak kepada makciknya)
1 Jun..ingin merasai menaiki "Komuter" dan "LRT" dari Steysen UKM,Kajang hingga ke KLCC..bersama anak-anak,suami,adik-adik dan "ponakan"...riuh Komuter dan LRT dengan keletah anak-anak ini...
"rombongan Cik Kiah dari Kajang"...happening...
Bermula seawal 10.00 pagi hingga ke 7.30 malam...penggembaraan kami...destinasi yang dilawati PETROSAINS dan Masjid As-Syakirin KLCC.
2 Jun...ke Gombak..mencari Taman Melewar..lebih kurang 1 jam perjalanan...namun apa yang seronoknya tersalah masuk susur..terus melalui BATU CAVES..dengan patung yang besar..macam ni pun ada kat Malaysia ye...
3 Jun - 5 Jun..terus menjadi tetamu di Taman Melewar...banyak pengalaman dan ilmu yang diperolehi dari program ini.
3 Jun anak-anak,adik-adik,ponakan dan emak juga tidak ketinggalan untuk melawati bandar ICT di Shah Alam,aku dan suami tidak berpergian kerana "capek"....
syok jugak pi bandar ICT...macama-macam ada....
6 Jun...bertolak balik ke Kluang dan singgah di Seremban (rumah kakak ipar)....
up: Maaf kepada para sahabat yang menjemput ke majlis walimatul-urus..kerana tidak dapat menghadirkan diri..kerana sibuk melayan anak-anak dan sanak-saudara..al-maklumlah cuti panjang (2 minggu)
* Moral of the story dari penggembaraan dari Stesyen Komuter UKM ke steysen LRT KLCC..utamakan anak-anak kecil,ibu mengandung dan ibu yang mendokong anak..kerana mereka golongan yang lemah...jangan mementingkan diri sendiri..ye.
11-12 Jun ..bersiap siaga memenuhi keperluan siahsi yang belum terlaksana...menyediakan segala keperluan anak daraku (Nasyeha as-Sakina) kembali ke asrama...dan bujang cilikku (Fateh Hamdan)menyiapkan kerja kursus Kajian Tempatannya....
11 Jun (8.30 malam) Perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara (Kelantan vs Terengganu)..sedang berlangsung....siapa menang?
Sokong??? Pastinya kami menyokong KELANTAN....setakat jam 10.45 malam Kelantan mendahului dengan 1 jaringan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan