AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Jumaat, 22 Julai 2011

Bila Harta Benda Menjadi "Bench Mark"@ Ukuran.

Umat Islam memang digalakan mencari harta dan memiliki harta dengan cara yang halal.Tetapi jangan jadikan kekayaan dan kemewahan sebagai satu ukuran untuk meneruskan sebuah kehidupan.

Jika kekayaan dan kemewahan menjadi suatu ukuran sebuah perhubungan...maka di hujung sana akan berlaku kepincangan dalam kehidupan.



Kerana kemewahan dan kekayaan itu milik Allah jua...milik Allah yang sempurna.
Kita manusia..hanya dipinjamkan sahaja dengan kemewahan dan kekayaan itu.

Tidak Allah SWT mengangkat darjat manusia kerana memiliki kekayaan dan kemewahan..tetapi diangkatnya darjat manusia itu kerana ketaqwaan dan ilmu yang dimiliki.


Betapa ruginya kita ...jika kita menjadikan kemewahan untuk memutuskan silatur-rahim antara kita....

Betapa ruginya kita..kerana harta-harta ini juga akan dihisab...kadar "kemanfaatnya" didalam membantu saudara kita yang berada dalam kesusahan,kemiskinan dan keperitan hidup.


Janganlah kita menjadikan kekayaan dan kemewahan ini...dengan memandang hina insan yang tidak setaraf dengan kita..

Siapa pun kita...tidak akan membawa kemewahan dan kekayaan itu...namun amalan kita...yang akan kita bawa menghadap Illahi.

Janganlah kita menjadi kaum Adh dan Thamud..dibinasakan kerana keangkuhan,kebongkakan dengan kemewahan dan kekayaan yang dimiliki.

Ahad, 17 Julai 2011

RAMADHAN...KEMBALI LAGI


15 Sya'aban...sudah berakhir.Kini 15 hari lagi..bakal menjelma Ramadhan.

Ramadhan datang lagi...pastinya apa yang bermain di minda...ibu ibu dan bapa bapa..tika dan saat ini..adalah persiapan menyambut awal Ramadhan.



Ibu..ummi..mak..mama..pastinya sedang memikirkan juadah untuk bersahur dan berbuka buat seisi keluarga.

Berpadalah dalam berbelanja..waima ketika menyambut Ramadha atau Syawal.
Dalam kegawatan dan kadar inflasi yang semakin "mencerun"...ini sewajarnyalah kita..menghadkan kadar perbelanjaan kita.

Belilah mengikut kadar kemampuan kita dan berbelanjalah barang yang perlu.
Mengutamakan keperluan bukan mengutamakan kehendak.

Kadar barangan yang semakin hari semakin naik..memang akan melahirkan fenomena berhati-hati kepada kita,namun sebagai umat Islam sewajarnya kita menjadikan ajaran Islam dalam mendidik naluri dan nafsu kita...agar kita sentiasa bersyukur dengan segala apa yang kita miliki.


Biarlah kita menjadi hamba Allah yang bersyukur..bukan menjadi hamba Allah yang "kufur nikmat"...

Golongan kaya sewajarnya menolong golongan fakir dan miskin..dalam konteks mengeluarkan zakat..kerana di sana ada hak bagi golongan ini...kerana nikmat kekayaan yang dimiliki adalah kurniaan Allah SWT.


Tanpa rezeki kurniaan dan nikmat dari Illahi ini..kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa...segala-galanya sekadar pinjaman semata...maka atas nikmat kurniaan ini..maka tiada salahnya..malah diwajibkan golongan kaya mengeluarkan zakat bagi membantu golongan fakir miskin.


Tidak menjadi suatu kerugian, kemuflisan atau kebangkarapan...andai golongan ini sentiasa membantu golongan yang lemah...malah Allah akan melipat-gandakan lagi rezeki mereka.

Sesungguhnya janji Allah SWT itu adalah benar.

Sehubungan dengan itu,marilah sama-sama kita mencari yang terbaik untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.

Sabtu, 9 Julai 2011

BERSIH SEBERSIH-BERSIHNYA....


BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEKOTORAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEJAHATAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEKEJAMAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEZALIMAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEFAKIRAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEFASIKAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEMUNAFIQAN
BERSIH...Bersihkanlah diri dari segala KEMAKSIATAN
BERSIH...Bersihkanlah hati dari SIFAT MUNAFIQ
BERSIH...Bersihkanlah hati dari SIFAT UJUB,RIAK DAN TAKABUR



Binalah kekuatan diri,fizikal,mental dan emosi dengan kekuatan keimanan dan ketaqwaaan kepada YANG ESA.

Yakinlah bahawa ALLAH bersama-sama HAMBANYA YANG SABAR.

Yakinlah doa dari Hamba-hamba YANG DIZALIMI dan TERANIAYA ADALAH MAKBUL...
TIADA sebarang HIJAB ANTARA ALLAH DENGAN GOLONGAN INI.

Yakinlah golongan yang ZALIM akan musnah binasa
Yakinlah golongan yang SOMBONG dan juga akan MUSNAH

Yakinlah dengan AYAT-AYAT ALLAH SWT
Yakinlah dengan BUKTI-BUKTI KEMUSNAHAN YANG ALLAH DATANGKAN
Yakinlah dengan PERTOLONGAN ALLAH SWT


Golongan manusia,pemerintah,pemimpin yang ZALIM...
Sesungguhnya janji ALLAH SWT itu pasti dan benar.

Sesungguhnya..JALAN KEMUSNAHAN dan KEHANCURAN sebenarnya sudah mula mewarnai ritma KeHIDUPan mereka.

Bukti JANJI ALLAH ini dapat dilihat dalam SuRah AL-'ANAM yang telah MEMBINASAKAN golongan zalim,menganiaya,sombong dan bongkak.KAUM AD,TAHMUD DAN KAUM NABI LUTH)




SESUNGGUHNYA KEMUSNAHAN INI MENJADI BUKTI DAN DALIL BAGI MEREKA YANG BERFIKIR.

Khamis, 7 Julai 2011

BERSIH vs KOTOR



BERSIH...tulisan dan perkataan...hebat dan berkeramat sekarang ni
KUNING....warna Diraja yang mempunyai keramat...
Andai ia digabungkan umpama irama dan lagu..yang tidak boleh dipisahkan....

Alangkah indahnya jika BERSIH itu juga melambangkan kesucian dari sudut fizikal dan rohani...




KUNING...warna yang menjadi pujaan dan menjadi igauan setiap insan....tika ini
KUNING...warna rumah pasukan ku..mudah-mudahan KUNING menjadi juara tahun ini...selari dengan kehebatan warna KUNING..tika dan saat ini....




Maka berfikirlah kita secara rasional.....andai warna KUNING dan ungkapan BERSIH boleh berbicara...maka akan berkatalah kedua-duanya "wahai sekelian memanda menteri..berfikiran wajarlah dengan menggunakan akal...wahai sekelian rakyat jelata berfikirlah kalian dengan pemikiran yang rasional"....

Kita sebenarnya tidak akan rugi apa-apa jika menggunakan akal fikiran kita dengan pemikiran yang rasional dan berlandaskan ajaran Islam...tidak rugi jika sesuatu itu mendatangkan kebaikan kepada kita.



Memang benar apa yang didatangkan oleh ALLAH SWT dan segala apa yang disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad SAW...bahawa sesungguhnya keBERSIHan itu sebahagian dari iman...



BERSIH dari sudut rohani,emosi,pemikiran dan fizikal memang ajaran ISLAM...tak kan kita nak biarkan diri kita terus bergelumang dengan kekotoran..sehingga orang disekeliling kita akan berusaha menjauhkan diri mereka dari berterusan mendekati kita...



Maaaakaaa fikir-fikirkanlah...keBERSIHan atau keKOTORan yang akan mewarnai ritma kehidupan kita....


Jumaat, 1 Julai 2011

BILA BULAN BERBICARA....




Bulan...pernah ke berbicara?
Mana ada bulan berbicara?

Namun,bulan pasti akan berbicara mengikut SUNATULLAH.
Gerhana bulan yang berlaku...
Pastinya mengikut SUNATULLAH...

Manusia berbicara...mengikut ???
Minda...
Nafsu...
Iman...


Itulah..kadang-kadang bicara kita memakan diri..menghentam diri. Apabila kita berbicara tidak mengikut minda dan kewarasan akal tetapi mengikut kata hati...

Kadang-kadang bicara yang terluah menampakan keriakan dan kesombongan diri...tiada keikhlasan...tiada kejujuran...semuanya menunjukkan bahawa 'akulah yang hebat'.



Bukan hendak mengkritik dan jauh sekali untuk menjatuhkan maruah diri ....tapi berhati-hatilah apabila berbicara...kerana terkadang bicara kita akan menimbulkan kebencian,kemarahan,ketidak puasan hati dan kejengkelan yang akan mencalar dan merobek hati dan sanubari orang lain.

Dalam Islam..menuturkan bicara yang boleh menimbulkan rasa kebencian dan rasa sakit hati di hati orang lain adalah satu perbuatan dosa...yang memerlukan kita memohon kemaafan dari empunya diri.

Begitulah hebatnya kuasa bicara yang lahir dari lidah yang tidak bertulang....

Siapakah kita untuk menilai manusia...kerana..kita bukanlah sempurna...

Bicara itu biarlah lembut tetapi tegas...bukan lembut yang menghiris....