AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Rabu, 4 Ogos 2010

Al-Quran Mukjizat Teragung Nabi Muhammad SAW



Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada malam 17 Ramadhan...dan bermulalah mukjizat suci Allah SWT yang terpelihara kesuciannya sehingga ke hari kiamat.

Tiada manusia yang dapat menandingi kehebatan kalimah-kalimah dan ayat-ayat Al-Quran...kerana ayat al-Quran didatangkan oleh Allah SWT kepada insan dan kekasihnya yang tercinta (Nabi Muhammad SAW)


AL-Quran Mukijizat Teragung

Jadikanlah aya-ayat al-Quran sebagai peneman di kala kita kerungsingan dan kesunyian,jadikanlah ayat-ayat al-Quran sebagai ubat penawar kepada kesakitan-kesakitan dan penyakit.

Jadikanlah ayat-ayat al-Quran sebagai sumber rujukan,kajian ilmiah kerana di dalam al-Quran terkandung berjuta-juta maklumat dan ilmu..hanya hambaNya yang berfikir sahaja yang akan mengkaji kehebatan dan keagungan al-Quran.

Jadikanlah ayat-ayat al-Quran sebagai perundangan di dalam sebuah keluarga,masyarakat dan negara..kerana di dalam al-Quran telah digariskan segala perundangan dan "qanun" dari Allah SWT.

Maha suci Allah SWT dari sebarang kekurangan. Sesungguhnya Allah SWT adalah maha pencipta...dan maha kaya dengan segala kekuasaan di langit dan di bumi.Tiada makhluk yang terlepas dari pandangan dan penglihatan Allah SWT. Segala yang terang dan tersembunyi segala-galanya di dalam pengetahuan Allah SWT.

Berpeganglah Kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Berpeganglah kita dengan Al-Quran dan as-Sunnah.Sesungguhnya manusia tidak akan sesat selama-lamanya ...itulah janji Allah yang menjanjikan kepastian nikmat di dunia dan di akhirat.

Malangnya hari ini,kita kadang-kadang dan terus meninggalkan penghayatan kita terhadap ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW melalui wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT.

Perudangan,tatacara hidup,hubungan manusia dengan manusia ,hubungan manusia dengan alam dan hubungan manusia dengan Allah...telah digaris dan disempurnakan di dalam al-Quran..namun semuanya terbiar kaku di dada waktu..dibiarkan terpinggir...tanpa mengambil sekelumit iktibar dan pengajaran dari ayat-ayat yang diturunkan Allah SWT....dan balasan azab kepada kaum terdahulu..juga bencana alam yang berlaku di akhir-akhir zaman ini...langsung tidak membekas di hati kita sebagai umat dan hamba Allah yang kerdil;

Setiap hari di dada-dada akhbar,di layar-layar internet,televisyen waima di corong-corong radio...berita kebobrokan dan kegawatan akhlak ,akidah semakin mencanak dan meletus umpama letupan gunung berapi yang telah memuntahkan laharnya tanpa henti...menghentam semua hidupan dan makhluk yang berada dipersekitarannya.

Penyakit Yang Semakin Membarah

Barah yang semakin kritikal...seolah-olah tiada ubat,vaksin dan penawar yang dapat mengubat dan menahannya daripada sebarang penularan....sesunggunhnya manusia...sudah semakin lupa,alpa,lalai,ghaflah dalam menunaikan amanah sebagai "Khalifah Allah"...yang diutus untuk memakmur dan mengimarahkan alam ini.

Kembalilah kita kepada peninggalan Nabi Muhammad SAW iaitu al-Quran dan As-Sunnah..tiada jalan penyelesaian yang terbaik kecuali kembali kepada ajaran Allah SWT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan