AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Isnin, 28 Mac 2011

KECEWA????

Kecewa? Duka ? Sedih?...semuanya berbolak-balik dalam diri,minda dan hati...tatkala menerima keputusan SPM 23.3.2011...terkesima...walaupun sudah menjangkakan..keputusan yang diterima pastinya akan mengecewakan.


Namun semua adalah satu suratan yang wajar dan redha untuk diterima.Mungkin ..perlu kepada usaha dan komitmen yang lebih untuk memastikan kecemerlangan.

Pun begitu terasa...kecewa...terasa gagal melahirkan sesuatu yang boleh dijadikan bekalan dunia dan akhirat....terasa gagal melahirkan insan kamil...yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

Penurunan peratus matapelajaran Pendidikan Islam dari 95.11% kepada hanya tinggal 87.38% dan membariskan seramai 13 orang pelajar mendapat gred G...benar-benar memberikan tamparan dan kekecewaan yang amat mendalam di lubuk hati.



Pasti ada hikmahNya...ini adalah ujian bagi aku..agar aku lebih bersedia,lebih ikhlas dalam mendidik anak-anak didikku. Hakikatnya keikhlasan itu amat perlu untuk melahirkan generasi yang berilmu,beriman,beramal dan berakhlak.

Moga Allah terus memberiku keyakinan untuk meneruskan perjuangan
mendidik,mentarbiah dan membimbing pelajar-pelajarku menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. amin

Sabtu, 19 Mac 2011

Kelab Greenboc: Tsunami: Teladan Al-Quran Dari Kisah Nabi Nuh a.s....

Kelab Greenboc: Tsunami: Teladan Al-Quran Dari Kisah Nabi Nuh a.s....: "Tsunami melanda negara Jepun. Sepastinya bencana Tsunami tersebut mengingatkan kita kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman Nabi A..."

Khamis, 3 Mac 2011

Kehidupan......

Kehidupan...sesuatu yang memerlukan segala-galanya... keimanan,ketaqwaan, kasih-sayang.




Hidup yang perlu kepada pengabdian terhadap Pencipta....
Hidup yang perlu dan wajib mentaati segala perintahNya....
Hidup yang mengikut sunnahNya...

Tapi...kadang-kadang
Kehidupan yang kita lalui
Kehidupan yang kita nikmati

Sedang dan kadang-kadang



Telah dinafikan haknya....


Hak sebagai seorang Muslim'
Hak sebagai seorang Mukmin
Hak sebagai hamba Allah SWT
Hak sebagai umat Muhammad SAW

Semuanya telah kita pinggirkan...
Cuba kita tanya diri kita sendiri
Lengkapkah solat fardhu kita?
Sempurna dan khusyukkah solat kita?
Sudahkah kita melaksanakan amanah kita
Sebagai anak,ibu,ayah,pelajar....




Semuanya menghendaki kita
Berpegang dengan ajaran Islam
Mampukah kita menegakkan kalimah Allah
Mampukah kita memegang amanah sebagai KhalifahNya
Mampukah kita mendaulatkan undang-undang dan syari'atNya...

Betapa kita sebenar-benarnya
Masih terlalu jauh
Jauh dari segala perundangan dan kanun Allah
Kita masih belum mampu menegakkan kalimah Allah
Dan sesungguhnya juga kita belum mampu memikul amanah kita
sebagai Khalifah Allah...

Masih ada ruangkah untuk kita untuk melaksanakan amanah ini????
Mudah-mudahan ia masih belum terlambat dan terlewat...
Kerana mudah-mudahan kita masih mampu
Untuk melaksanakan amanah ini untuk
Anak-anak kita......
Mudah-mudahan kita mampu bersama-sama...
Generasi Mujahidah dan Mujahadah
Menegakkan Kalimah dan Kanun Allah di bumi ini..

Di bumi yang sekadar pinjaman buat kita.....

Panitia Pendidikan Islam SMK Jalan Kota Tinggi Kluang, Johor: Mengajar, Mendidik dan Mentarbiah..............

Panitia Pendidikan Islam SMK Jalan Kota Tinggi Kluang, Johor: Mengajar, Mendidik dan Mentarbiah..............: "Dalam mengajar,mendidik dan mentarbiah...semuanya memiliki pemahaman yang berbeza. Mendidik untuk melahirkan insan cemerlang...cemerlang ..."