AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Isnin, 28 Mac 2011

KECEWA????

Kecewa? Duka ? Sedih?...semuanya berbolak-balik dalam diri,minda dan hati...tatkala menerima keputusan SPM 23.3.2011...terkesima...walaupun sudah menjangkakan..keputusan yang diterima pastinya akan mengecewakan.


Namun semua adalah satu suratan yang wajar dan redha untuk diterima.Mungkin ..perlu kepada usaha dan komitmen yang lebih untuk memastikan kecemerlangan.

Pun begitu terasa...kecewa...terasa gagal melahirkan sesuatu yang boleh dijadikan bekalan dunia dan akhirat....terasa gagal melahirkan insan kamil...yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

Penurunan peratus matapelajaran Pendidikan Islam dari 95.11% kepada hanya tinggal 87.38% dan membariskan seramai 13 orang pelajar mendapat gred G...benar-benar memberikan tamparan dan kekecewaan yang amat mendalam di lubuk hati.



Pasti ada hikmahNya...ini adalah ujian bagi aku..agar aku lebih bersedia,lebih ikhlas dalam mendidik anak-anak didikku. Hakikatnya keikhlasan itu amat perlu untuk melahirkan generasi yang berilmu,beriman,beramal dan berakhlak.

Moga Allah terus memberiku keyakinan untuk meneruskan perjuangan
mendidik,mentarbiah dan membimbing pelajar-pelajarku menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan