AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Jumaat, 11 Februari 2011

IBNU SINA...contohi akhlak dan kecemerlangannya


Ibnu Sina tokoh perubatan terulung Islam yang menseimbangkan tuntutan rohani dan jasmani dalam kehidupannya.

Menuntut ilmu fardhu kifayah (perubatan) tanpa meminggirkan ilmu ukhrawi (fardhu Ain)..seawal usia 5 tahun sudah mempelajari al-Quran dan seawal usia 10 tahun sudah menjadi seorang "hafiz"..hafaz 30 juzuk al-Quran.




Seawal usia 16 tahun sudah menguasai ilmu perubatan. Ketokohan beliau dalam bidang perubatan cukup cemerlang. Buku karya beliau "Qanun Fi Tibb" @ "Canon of Medicine" menjadi sumber rujukan pelajar perubatan seluruh dunia..waima Universiti Oxford,London..menjadikan buku beliau sebagai sumber rujukan utama.




Betapa hebatnya manusia bernama "IBNU SINA"...hebat kerana ALLAH telah mengangkat darjat beliau..sesungguhnya IBNU SINA amat taat dalam melaksanakan tuntutan agama.
Seorang yang patuh pada ajaran Islam.




Sesungguhnya ALLAH akan mengangkat darjat dan memuliakan seseorang hambaNya ..apabila hambaNya..telah memartabatkan Islam dan mempertingkatkan keimanan dalam kehidupan seharian.

Janji Allah itu pasti..carilah "kecemerlangan di dunia dan di akhirat" dengan menemukan "kecemerlangan iman dan hidayah" dalam hidup.



( Muhammad :Hafiz Muda Malaysia)..moga Muhammad menjadi "ikon" remaja di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan