Cuti Tahun Baru Cina..selama 4 hari bermula 3hb-7hb.2.2011.
Tengahari 3hb.bertolak ke Bandar Baru Bangi..perjalanan bermula dari Simpang Renggam,berhenti di R&R Machap...untuk mengisi minyak dan melepaskan lelah.
Perjalanan diteruskan ....hampir 2 jam berjalan berhenti di R&R Air Keroh untuk solat dan mengisi perut yang kelaparan. Seusai solat dan makan...kami meneruskan perjalanan ke Bandar Baru Bangi ...tidak sampai 5 km..perjalanan kami terperangkap di kesesakan di sepanjang lebuhraya..utara selatan.
Dalam keadaan panas yang amat terik..terasa bahang ..hingga menggigit kulit..seolah-olah berada di tengah padang yang panas terik....dalam suasana Johor di landa banjir yang teramat...namun disepanjang perjalanan ..alhamdulillah....cuaca baik.
Sekiranya perjalanan biasa hanya mengambil lebih kurang 4 jam..namun pada hari ini (3/2/2011)...perjalanan mengambil masa hampir 6 jam..
Hari ini 5/2/2011 (Sabtu) selepas puas berendam air terjun di Lopoh,Pangsun..bersama-sama kaum keluarga...dan menjamu Sate Kajang "Haji Samuri"..hari ini selepas makan tengahari di rumah adik...kami bertolak pulang.
Seusai melepasi "Plaza Tol" Bangi...kira-kira 2km ...kenderaan mula bergerak perlahan...nampaknya..perjalanan pergi dan pulang ke Kluang...kami menempuh kesesakan...
Apakan daya suasana yang perlu kami hadapi...tika inilah kami perlu bersabar dan melatih diri agar bersabar...al-maklumlah..bila berlaku kesesakan ..macam-macam hal boleh berlaku...
Alhamdulillah...semua berjalan lancar..dan kami selamat sampai di bumi tercinta Kluang..tepat jam 5.00 petang. amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan