AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Rabu, 22 Jun 2011

ENGGANG TAK TERBANG BERSAMA PIPIT...

PERSOALANNYA...betul ke enggang memang tidak akan pernah untuk terbang bersama-sama dengan pipit?



Kenapa ye? Oh!Mungkin enggang terlalu besar dan pipit kecil...jika bergandingan macam tak serasi ....itu alam haiwan...entahkan benar entahkan tidak...namun hakikatnya alam haiwan memang berbeza dengan dengan alam manusia.

Kita manusia...ada akal,dikurniakan iman dan Islam...tapi kadang-kadang lupa dengan asal kejadian...andai al-Quran diturunkan ke atas gunung..pasti gunung akan berkecai kerana takutkan ayat-ayat Allah (Surah al-Hasyr)..



Tapi..kita manusia...dengar ayat al-Quran..macam tak rasa apa-apa..tak takut,tak gerun dan tak rasa terharu pun...ye-lah ..hukum ,peraturan dan suruhan Allah kepada kita pun kita engkar...

Tapi..undang-undang yang manusia cipta,buat..boleh pulak kita patuhikan...contoh paling mudah..undang-undang jalanraya..boleh pulak kita ikut...lampu merah kita berhenti..lampu hijau ...On...



Kalau-kalau difikir..mengikut logik akal pun...kita tidak mampu untuk menafikan betapa indahnya kejadian manusia...mana ada manusia yang mampu cipta manusia yang sempurna...


Hanya Allah yang mampu melakukannya..mencipta manusia dari kejadian yang paling hina...tetapi atas rasa sayang kepada hambaNya...Allah angkat darjat manusia dengan mengurniakan kita akal...agar menjadi pembeza antara kita dengan haiwan dan memberikan kita ruang untuk menggunakan akal fikiran kita berfikir tentang kekuasaan dan kehebatan Allah.



Itulah...kita manusia...memang tidak pernah bersyukur kan...bila diberi sedikit kuasa,pangkat dan harta...kita mudah lupa...dan bersifat sombong dengan manusia lain yang difikirkan tidak setaraf dengan kedudukan kita...

Tapi..sesungguhnya Allah tidak memandang semua tu...apa yang Allah pandang,lihat dan nilai hanyalah amalan dan ketaqwaan kita kepadaNya.....


Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri...moga muhasabah ini menjadikan kita insan yang lebih qa'anah dan redha dengan segala ketentuanNya.


2 ulasan:

  1. Rekabentuk baru, nampak cantik umi

    BalasPadam
  2. terima kasih...abi..moga terus diberikan inayah dariNya..untuk berkarya...mendidik dalam berkarya.Insya'Allah

    BalasPadam