AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Isnin, 23 Mei 2011

Perginya Anak-anak ....Hulu Langat

21 Mei 2011..kita telah dikejutkan dengan berita "tanah runtuh" di Hulu Langat ,Selangor ...kejadian ini telah mengorbankan 15 orang anak remaja dan seorang warden di sebuah rumah anak-anak yatim.



Kejadian berlaku lebih kurang jam 12.30 tengahari ketika anak-anak ini membuat persembahan (percubaan)" bagi menunggu tetamu dari FINAS...satu kejadian yang amat-amat tidak terduga..namun Allah lebih mengetahui...




Moga roh anak-anak ini dan warden ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.Amin.

Tiada Allah datangkan suatu ujian dan musibah itu...melainkan ada hikmah disebalik apa yang didatangkan...moga mereka aman di sana...sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi mereka.









Jangan ditangisi pemergian mereka...namun iringilah pemergian mereka dengan doa..agar mereka ditempatkan bersama para syuhada ....pemergian yang tiada gantinya..namun...pasrahlah dengan ketentuan dan qadha dan qadar Allah.

Selasa, 17 Mei 2011

Hari Guru...16 Mei

Selamat Hari Guru....buat semua warga pendidik di mana jua berada.



Dalam keghairahan kita menyambut kehadiran Hari GURU @ Hari PENDIDIK se Malaysia..jangan kita lupa nilai-nilai murni dan ketamadunan manusia perlu juga diambil kira.

Jangan kerana satu hari pada 16 Mei..kita menidakkan konsep tarbiah dan didikan dalam menyambut hari GURU.

Bukan tidak boleh kita bersukaneka,bukan tidak boleh kita bersuka ria dengan persembahan pelajar..tetapi pastikan ia tidak mencemarkan nilai-nilai murni kita sebagai seorang pendidik .



Kadang-kadang terfikir..mengapa di saat kita bergembira di hari GURU ...kita lupa untuk meraikan anak-anak didik kita yang serba kekurangan...apalah kiranya di hari GURU ini kita sebagai GURU meraikan anak-anak didik kita dengan jamuan dan hadiah-hadiah buat mereka.



Bukan tidak boleh kita bersuka-ria..tetapi pasti ada hadnya...persembahan yang mencemarkan nilai budaya MELAYU dan kesucian agama ISLAM...seolah-olah di"haruskan" ...."sesuatu" yang tiada dalam budaya MELAYU jauh sekali dalam ISLAM diketengahkan dan dibanggakan...

Berlaku pertembungan budaya...namun kita "tutup mata"...ah..tak mengapa..setahun sekali.....perkara setahun sekalilah yang menjadikan ia seperti cendawan tumbuh...
seolah-olah ada "lampu hijau"@ membenarkan ia berlaku..


Guru mendidik anak bangsa...jangan biarkan mereka kecelaruan identiti dan kecelaruan budaya...waima akan berjangkit menjadi 'kecelaruan dalam memahami konsep sebenar ajaran Islam".

Terkadang..terasa payah untuk menerangkan batas-batas dan budaya yang sudah 'sebati" di sanubari...penerapan ajaran Islam semakin kelihatan "dagang" dan menjadi "perantau" di bumi sendiri...

Islam tidak mengajak umatnya kepada perkara "lagha"@ sia-sia...kerana perkara "lagha" dan sia-sia akan mengundang amar maksiat nahi ma'aruf...keterbalikan kepada "amar makruf nahi mungkar"...

Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara...jangan mencampurkan yang hak dengan batil kerana mengikut logik akal...minyak tidak akan sama sekali bercampur dengan air...

Jadilah kita pendidik yang mendidik dan mentarbiah ....kerana tugas dan amanah pendidik adalah membangunkan anak-anak bangsa dan generasi akan datang sebagai generasi yang beriman,berilmu,beramal dan berakhlak.

Tiada yang lebih indah ...sebagai pendidik ..apabila melihat anak-anak didiknya berjaya sebagai seorang Muslim@Mukmin yang berjaya di dunia dan di akhirat...amin

Selasa, 10 Mei 2011

10 Mei 2011....

4 tahun lalu...10 Mei 2007/22 Rabiul Akhir 1428H.Tepat jam 12 malam.Satu panggilan ku terima...berita yang pastinya tidak mahu didengar oleh setiap insan yang bernama anak,isteri,menantu waima cucu.

Tapi..semuanya telah berlalu..4 tahun..sekejap saja ...namun kenangan,amanat,nasihat waima kata-katanya masih berbekas di hati dan sanubari.

Kami pasrah pemergianmu...ayah...walau di sudut hati kecil kami..kehilanganmu..benar-benar telah menyentap tangkai jantung kami....

Moga rohmu..aman dan tenang di sana...biarkan kami meneruskan perjuangan dan amanatmu yang belum bisa kami rungkaikan...doakan kami, agar kami terus tabah dan secekalmu ayah..dalam mengharungi ujian dan dugaan yang mendatang...

Betapa kata-kata dan amanat terakhir mu ...barangkali..tanpa kami sedari...memberikan kami semangat juangmu...

Doa kami agar Allah memberikan kami kekuatan,ketabahan,keyakinan dan keimanan yang mantap...meneruskan perjuangan menjadi insan yang soleh dan solehah.

Biarkan kami meneruskan legasi perjuanganmu...menjadikan kami hamba Allah yang sentiasa pasrah dan redha dengan ketentuanNya...

Kami..anak-anakmu,cucu-cucumu,menantu-menantumu belum berdaya mengikuti jejak langkahmu...setiap waktu solat (fardhu) berjemaah di masjid,melaksanakan puasa sunat,membaca al-Quran (khatam setiap bulan)...solat sunat...

Kekangan masa menyebabkan kami sukar sekali menjejaki langkahmu...namun akan kami cuba...

Ayah...kau sememangnya pembakar semangat kami...

Ya!Allah jadikanlah kami hamba-hambamu yang sentiasa mentaati perintahmu dan kekal berada di landasan mu..ya!Allah..jalan yang benar yang engkau redhai...amin.