AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Selasa, 17 Mei 2011

Hari Guru...16 Mei

Selamat Hari Guru....buat semua warga pendidik di mana jua berada.



Dalam keghairahan kita menyambut kehadiran Hari GURU @ Hari PENDIDIK se Malaysia..jangan kita lupa nilai-nilai murni dan ketamadunan manusia perlu juga diambil kira.

Jangan kerana satu hari pada 16 Mei..kita menidakkan konsep tarbiah dan didikan dalam menyambut hari GURU.

Bukan tidak boleh kita bersukaneka,bukan tidak boleh kita bersuka ria dengan persembahan pelajar..tetapi pastikan ia tidak mencemarkan nilai-nilai murni kita sebagai seorang pendidik .



Kadang-kadang terfikir..mengapa di saat kita bergembira di hari GURU ...kita lupa untuk meraikan anak-anak didik kita yang serba kekurangan...apalah kiranya di hari GURU ini kita sebagai GURU meraikan anak-anak didik kita dengan jamuan dan hadiah-hadiah buat mereka.



Bukan tidak boleh kita bersuka-ria..tetapi pasti ada hadnya...persembahan yang mencemarkan nilai budaya MELAYU dan kesucian agama ISLAM...seolah-olah di"haruskan" ...."sesuatu" yang tiada dalam budaya MELAYU jauh sekali dalam ISLAM diketengahkan dan dibanggakan...

Berlaku pertembungan budaya...namun kita "tutup mata"...ah..tak mengapa..setahun sekali.....perkara setahun sekalilah yang menjadikan ia seperti cendawan tumbuh...
seolah-olah ada "lampu hijau"@ membenarkan ia berlaku..


Guru mendidik anak bangsa...jangan biarkan mereka kecelaruan identiti dan kecelaruan budaya...waima akan berjangkit menjadi 'kecelaruan dalam memahami konsep sebenar ajaran Islam".

Terkadang..terasa payah untuk menerangkan batas-batas dan budaya yang sudah 'sebati" di sanubari...penerapan ajaran Islam semakin kelihatan "dagang" dan menjadi "perantau" di bumi sendiri...

Islam tidak mengajak umatnya kepada perkara "lagha"@ sia-sia...kerana perkara "lagha" dan sia-sia akan mengundang amar maksiat nahi ma'aruf...keterbalikan kepada "amar makruf nahi mungkar"...

Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara...jangan mencampurkan yang hak dengan batil kerana mengikut logik akal...minyak tidak akan sama sekali bercampur dengan air...

Jadilah kita pendidik yang mendidik dan mentarbiah ....kerana tugas dan amanah pendidik adalah membangunkan anak-anak bangsa dan generasi akan datang sebagai generasi yang beriman,berilmu,beramal dan berakhlak.

Tiada yang lebih indah ...sebagai pendidik ..apabila melihat anak-anak didiknya berjaya sebagai seorang Muslim@Mukmin yang berjaya di dunia dan di akhirat...amin

1 ulasan: