AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Selasa, 22 Jun 2010

"Blackout" Kali Ke-2


Hari ke dua persekolahan (22/6/2010)..."balckout" masih melanda sekolah tercinta.
Melangkahkan kaki ke pejabat dan bilik guru..suasana gelap...
Ada para sahabat terpaksa mengeluarkan "torchlight a.ka. lampu picit" dari telefon bimbit masing-masing...bagi menerangi "kawasan jajahan"....

Menyaksikan keadaan gulita di awal pagi ditambah dengan cuaca mendung dan hujan mula turun...terasa seketika seperti berada di awal 50-an...sebelum MERDEKA...

Begitulah agaknya suasana di awal MERDEKA...ibu-ibu dan bapa-bapa kita memulakan hari mereka dengan lampu pelita...bagi yang berada...mereka menggunakan "lampu" yang dipam...dan diisi dengan minyak...

Blok A sahaja yang menempatkan bilik guru,pejabat,bilik mesyuarat dan bilik peperiksaan sahaja yang tiada bekalan elektrik...namun apakan daya hingga ke tengahari...keadaan masih belum berubah...

Blok A yang menempatkan "kawasan" yang teramat penting terutamanya "bilik peperiksaan" yang dilengkapi dengan "komputer" bagi mengisi markah-markah anak-anak didik....bagi peperiksaan pertengahan tahun.


Mengisi Markah Di Komputer Tergendala Buat Seketika

Segala kerja jadi tergendala...hendak "masukkan markah" peperiksaan pertengahan tahun...jadi tergendala...

Kasihannya kami...Nampaknya untuk tahun ini sudah dua kali kami mengalami "ketiadaan elektrik"...

Namun tugas dan amanah tetap diteruskan kerana Blok B dan C tidak mengalami kepanasan dan ketidakselesaan.Apa-apa pun..perjuangan tetap diteruskan walaupun....suasana cuti masih...melanda diri...

Amanah dan tanggungjawab...pasti akan kami laksanakan dengan penuh keikhlasan...

Teruskan perjuangan...walaupun kepanasan dan kehangatan melanda bilik indah milik kami...para PENDIDIK di SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang

Ahad, 20 Jun 2010

HalaTuju Remaja Kita


Kemanakah arah kaki hendak ku bawa?
Kemanakah arah diri hendak ku jadi?
Kemanakah arah hati hendak ku pasti?

Tanpa arah
Tanpa tujuan

Pastinya..
Hidup kita
Ada Tujuan
Ada Matlamat

Jalan Mana Yang Hendak Ku Tuju
Jalan Lurus
Atau Jalan Bengkuk

Jalan Penuh Liku
Jalan Penuh Duri
Jalan Penuh Angan-angan
Jalan Penuh Khayalan

Tepuk Dada
Tanya Hati
Tepuk Dada
Tanya Iman

Mampukah Kita Menjadi Yang Terbaik?
Mampukah Kita Menjadi Insan Mulia?
Mampukah Kita Mengubah Dunia?
Mampukah Kita Mempertahankan Maruah Kita?
Mampukah Kita Membangunkan Negara?
Mampukah Kita Melakukan Perubahan?
Mampukah Kita Menjadi Hamba Allah Yang Beriman?

Terlalu Banyak Persoalannya...
Mampukah kita Menjawab
Setiap Persoalan ini
Dengan Keyakinan
Dengan Keikhlasan
Dengan Kebijaksanaan
Dengan Kematangan Fikiran

Atau
Kita Menjawab Setiap Persoalan Ini
Dengan Kecelaruan
Dengan Kegoyahan
Dengan Ketidakan
Dengan Dolak Dalik

Segala-galanya..
Memerlukan Ilmu
Memerlukan Akal
Memerlukan Iman
Memerlukan Akhlak

Barulah Kita Mampu Menjawab Setiap Persoalan Ini
Tanpa Perlu Keraguan
Tanpa Perlu Kecelaruan

Kerana Ilmu
Kerana Iman
Kerana Akal
Kerana Akhlak
KITA....
Telah memberikan Jawapannya

"Umat Islam Adalah :Sebaik-baik Umat Di Dunia"

كنتم خير امة ءاخرجت للناس

Ujian Itu Indah...


Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu......
Yang Menciptakan Segalanya
Yang Menimpakan Ujian
Yang Menjadikan Airmatamu Mengalir
Yang Membuatkan Keinginanmu Terhenti
Serta akan Meresahkan Hidupmu

Pasti akan Damailah Hatimu
Kerana Masakan Allah....
Sengaja Mentakdirkan
Segalanya Untuk Sesuatu Yang Sia-sia

Bukan Allah Tidak Tahu.....
Deritanya Hidupmu
Retaknya Hatimu

Tapi.....
Mungkin Itulah Yang Dia Mahu....
Kerana....
Dia Tahu....
Hati-hati Yang Sebeginilah....
Yang Selalunya..
Lebih Lunak Dan Mudah
Untuk....
Dekat Dan Akrab kepadaNYA.

p/s; Buat diriku,suami dan anak-anak...moga kita terus tabah dengan ujian dari Allah SWT...tiada Allah datangkan ujian ini diluar batas kemampuan hambaNya...

Buat suami tercinta...pasti ada hikmah di setiap apa yang Allah datangkan kepada kita.Kita merancang...Allah jua merancang...namun perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita.


Allah...
datangkan kepada kita ribut,taufan dan hujan...
namun...rupa-rupanya...
Allah hendak berikan kita ...PELANGI yang cukup indah...
Pasti ada sinar keindahan dan kesenangan dihujung ujian dan musibah ini.

Redha dan pasrahlah dengan ketentuan Illahi....

* moga abang cepat sembuh dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah.....amin

Selasa, 15 Jun 2010

Sepi Itu Indah??????



Kesepian kadang-kala melanda hati kita? Mengapa kesepian ini dibiarkan menjalar dihati dan sanubari? Sepi itu Indah?

Benarkah kesepian itu Indah? Indah dalam konteks apa ye?
Sepi jika kita muhasabah kekurangan diri...keinsafan akan menjelma...

Namun jika kesepian akan menjadikan hati dan naluri kita di amuk kesengsaraan dengan bisikan syaitan dan runtunan hawa nafsu jangan biarkan kesepian itu menghantui diri dan naluri kita...

Kesepian yang mencanak tanpa bimbingan rohani dan keimanan yang mantap dan utuh pastinya akan menjadikan kita insan yang tidak mempunyai haluan.

Haluan hidup yang ditentukan oleh Allah pasti akan dipandang sepi oleh kita yang bernama insan...jika kesepian itu tidak dikawal oleh emosi yang waras.

ISI JIWA DENGAN NUR DAN HIDAYAH ILLAHI

Mereka yang kesepian akan mencari jalan keluar....melalui jalan yang salah kerana mereka yang kesepian ini tidak memerlukan ihsan dan nasihat orang lain.

Jiwa mereka kosong sebenarnya..kosong kerana mereka tidak mencari nur dan hidayah Allah...kosong kerana tiada tazkirah,tiada bimbingan,tiada penyucian jiwa dan rohani,kosong kerana hati-hati ini tidak disirami dengan ayat-ayat al-Quran dan zikrullah.

Kekosongan dan kesepian hati yang mencanak ini hendaklah diisi dengan zikrullah,berselawat,membaca al-Quran dan mencari nur dan hidayah Allah SWT.

Persoalan sekarang manusia sering menyalahkan orang lain di atas apa yang menimpa diri mereka...namun sebenarnya kekhilafan dan kesilapan itu sebenarnya datang dan berpunca dari diri kita sendiri.

JANGAN BIARKAN HIDUP KITA TIDAK MEMPUNYAI HALUAN

Jangan biarkan hidup kita diselubungi kesepian kerana Islam mengajar kita membina ukhuwwah dan menjalin mahabah antara umat Islam...

Jangan biarkan saudara-saudara seIslam kita terus dihujani peluru dan bom,dibiar kelaparan,terdampar hina tanpa bantuan dan jangan jadikan diri kita sebagai penyumbang atau sebagai penyebab "kematian"saudara seIslam kita.

Setiap umat Islam di dunia ini adalah bersaudara...jangan sampai satu saat dan ketika kita akan menyesal kerana membiarkan nyawa-nyawa yang tidak berdosa dihenyak,dihancur dan disemadikan dengan sifat kezaliman manusia.

Sifat kezaliman manusia yang tidak mengenal erti keperitan dan penderitaan orang lain.

SETIAP UMAT ISLAM ITU BERSAUDARA

Nyawa saudara se Islam umpama...tiada harganya...namun "kesyahidan"mereka memperjuangkan kesucian Islam adalah tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.

Betapa mereka mengimpikan "SYUHADA"...anak-anak di Bumi Palestine (GAZA),di bumi Afghanistan,di bumi Narathiwat,di bumi Pakistan...adalah lambang "Pejuang Mujahid"...yang berani...menegakkan kesucian Islam...rela SYAHID..kerana ganjaran yang amat besar di sisi Allah. Subhanallah.

Andai kita ditempat mereka...mampukah kita bersama mereka....????

Jiwa mereka tidak pernah sunyi dan kesepian kerana hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah SWT.Masha'allah.....

KITA??? Terlalu sukar rasanya untuk menjawab persoalan ini???

BERSAMA KITA MEMERANGI @ MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL

Namun...andai kita tidak mampu...marilah kita bersama-sama menghindarkan segala unsur ISRAEL (YAHUDI) yang menjadi kekuatan ekonomi dunia...

kita buang dan singkirkan terus dari diari hidup kita....KFC ada penggantinya RFC @ RCH...banyak lagi produk umat Islam yang sudah setanding dengan buatan Yahudi...

kenapa mesti katakan YA...mulai sekarang katakan "TIDAK" kepada buatan YAHUDI (ISRAEL)....ini...andai umat Islam berganding bahu...pasti...ekonomi mereka akan lenyap....

Isnin, 14 Jun 2010

Aku,Dia dan Kenangan......




Hari ini benar-benar memberikan aku satu kekuatan untuk ku meneruskan perjuangan. Pelbagai ujian dan dugaan yang kuhadapi benar-benar memberikan aku ruang untuk muhasabah diri. Betapa besar dan kecilnya ujian dan dugaan yang didatangkan oleh Allah kepada kita adalah semata-mata untuk melihat ketabahan dan kekuatan kita dalam menghadapi ujianNya.

Sesungguhnya setiap ujian yang didatangkan kepada kita..adalah mengikut batas kemampuan hambaNya...aku benar-benar pasrah dan redha dengan ketentuanmu ...Ya!Allah...betapa tiada yang kau datangkan itu diluar batas kemampuan hamba-hambamu..dan sesungguhnya pasti ada hikmah..di sebalik segala ujian dan dugaan yang Kau berikan kepada kami.

Ya!Allah..tabahkanlah hati hambamu ini dalam menghadapi segala ujian dan dugaan darimu...


Kau Penyeri Hidup Kami


Tanggal 22 RabiulAkhir 1428 bersamaan 10 Mei 2007...tatkala kami masih memerlukan kau..kau pergi ...Pergi yang tidak akan kembali.

Ayah...pergimu tidak akan kembali
Pemergiannya yang tidak sama sekali boleh kami rancang
Kerana ajal maut di tangan Tuhan
Ajal maut adalah kehendak dan ketentuan Illahi

Betapapun kami...
masih merasakan bahawa pemergianmu
hanya suatu mimpi...
Namun hakikatnya ia adalah suatu kenyataan
Yang tidak boleh kami tidakkan

Pergimu...
tanpa sebarang pesan
tanpa ada tanda-tanda kesakitan

Namun ....
Allah..lebih menyayangi dirimu

Ayah....

Sabtu, 12 Jun 2010

Perjalanan Penuh.........


Perjalanan percutian bermula dari Kluang ke Seremban...pada 5 Jun 2010...menginap 3 hari 2 malam di rumah kakak ipar...yang akan menunaikan umrah bersama suami dan anaknya...serta membawa ibu mertuaku...anak-anak cukup gembira dan teruja apabila menghantar mereka ke KLIA....bertemu sanak-saudara.Alhamdulillah..perjalanan umrah mereka berjalan lancar pada 7 Jun....

Perjalanan musafir kami diteruskan ke utara (KULIM,KEDAH)...lebih kurang 4 jam perjalanan mungkin...singgah di R&R ..mengisi perut yang sudah berbunyi...seusai menunaikan "Solat Jamak dan Qasar"...kami meneruskan perjalanan....Alhamdulillah sampai di rumah adik..jam menunjukkan waktunya 6.59 petang...boleh tahan jugalah perjalanan musafir kami.

Bertemu anak-anak saudara...sungguh...tidak dapat digambarkan keseronokkannya...anak-anak bermain bersama adik-adik saudara...dan si kecil Haikal dan Balqis...Najwa dan Aiman.....waima Nasyeha dan Fateh dapat adik saudara baru "KAISHAH HUMAIRA"....3 hari 2 malam juga...bertandang..namun rasanya belum puas melayan anak-anak kecil yang cerdik dan aktif....

9 Jun...meneruskan perjalanan pulang ke Johor...lebih kurang 10 jam perjalanan barulah kami sampai ke Kluang...hujan lebat mengiringi perjalanan kami dari Kedah hingga ke Selangor...namun apabila melintasi sempadan Negeri Sembilan hingga ke Kluang...Alhamdulillah...tiada renyai atau pun rintik-rintik hujan.Tepat jam 12.30 malam kami sampai ke rumah...boleh tahanlah perjalanan ini. Singgah di Tapah (R&R)...untuk solat dan mengisi perut.

10 Jun....12.00 tengahari...memulakan perjalanan untuk ke Kelantan pula...terasa hati ini melonjak-lonjak untuk ke Muktamar PAS (11-13 Jun) di PUTIK...rasa seronok kerana "sambil menyelam minum air"...singgah di Chendor ,Kuantan (rumah abang ipar)...sekadar untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan....

11 Jun...seawal 4.15 pagi memulakan perjalanan..suami bimbang ketinggalan ucapan dasar Tuan Presiden....singgah di Masjid (RANTAU ABANG) untuk solat subuh....dan Kuala Terengganu untuk bersarapan...singgah lagi di Masjid Anak Ikan (Setiu)...anak bujangku...nak bersiram....

Perjalanan diteruskan...Alhamdulillah sampai di PUTIK jam 10.55 pagi...sayangnya...ucapan dasar..sekadar didengar...hanya 5 minit sahaja...dan sayang sekali ...tidak dapat untuk masuk ke dewan sebagai "PEMERHATI"....apakan daya....tiba-tiba perut kami terasa lapar...ke Gerai Abang Mat..menikmati mee hon soup utara.

Seusai makan ....merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada anak bujangku...panas badannya..."demam"...macamana?? baru sampai ...penat belum hilang...terasa sayang nak meninggalkan gelenggang MUKTAMAR yang berlangsung setahun sekali....2009...abang (suami) sebagai PERWAKILAN...di Shah Alam...3 hari..kami jadikan STADIUM MALAWATI sebagai "rumah kedua"kami...seronok...

2010...abang(suami)hanya mahu jadi "PEMERHATI" sahaja.......suhu badan bujang kecilku masih terasa panas (dedar)... namun kami teruskan juga...hingga jam 2.30 petang...namun bujang kecilku...sudah tidak tahan..dan suhu badannya...pun agak panas...apakan daya kami perlu beredar dari MUKTAMAR dan akan meneruskan perjalanan....singgah sebentar untuk solat di Masjid Kubang Kerian...hampir 2 jam berehat ...kami memutuskan untuk pulang..

Walaupun terkilan...tidak dapat meneruskan...mengikut MUKTAMAR pada kali ini...insya'Allah tahun depan kami dan abang(suami)akan jadi "PERWAKILAN" dan kami pasti akan meneruskan misi kami...sama-sama berada di dalam DEWAN mengikuti setiap perbahasan waima majlis penutupan...satu pengalaman yang tidak dapat kita ikuti diluar sana.

Singgah semula di rumah abang ipar..tepat jam 12.00 malam kami sampai...

12 Jun ..kembali ke Kluang...sampai di Kluang "kakak'pula demam...betapa perjalanan musafir kami pada kali ini untuk mengikuti MUKTAMAR diuji dengan tahap kesihatan anak-anak yang tidak mengizinkan...mudah-mudahan pada MUKTAMAR akan datang ...anak-anak juga diberikan kesihatan yang baik...agar kami dapat mengikuti MUKTAMAR dalam suasana yang menggembirakan.....

Khamis, 10 Jun 2010

Salam Perjuangan....


Salam....buat semua...selamat bercuti dan berPTK buat sahabat guru walau di mana jua berada...moga percutian kali ini akan lebih merangsangkan minda,rohani,jasmani,emosi dan intelektual dalam meneruskan perjuangan....perjuangan membanteras maksiat,mendidik anak-anak dan menidakkan kebangkitan "ISRAEL".....

Dalam melalui hidup kita pasti akan merasakan bahawa hidup ini hanya sementara...namun dalam kesementaraan ini...apakah sumbangan kita kepada agama?...

Perjalanan para "pejuang"konvoi dan pengalaman yang mereka lalui....semasa di serang tentera ISRAEL benar-benar memberikan kita keinsafan..bahawa ALLAH masih menyayangi kita ...kerana para sahabat pejuang...masih bersama-sama kita untuk menceritakan pengalaman mereka....


Mempamerkan kepada kita semua betapa kejamnya mereka...tetapi...sesungguhnya mereka gerun dengan para "pejuang'konvoi...apabila di baling dengan "botol mineral" juga sudah lintang pukang ketakutan :menurut Tuan Haji Jamuliddin bin Alias..(Timbalan Yayasan Amal)

Dan sesungguhnya..badan beliau dalam keadaan terikat ...dibaringkan...dan dijadikan jambatan...oleh tentera ISRAEL...namun alhamdulillah beliau tidak merasai kesakitan..antara pengalaman Ustaz Hasanuddin (AQSA SYARIF)....

Mudah-mudahan kita juga akan diberikan ALLAH kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi unsur-unsur YAHUDI dalam kehidupan kita...mampukah kita tidak menjejakan kaki ke McDonald,KFC,Pizza Hut...membuang jenama Nestle dalam rak-rak dapur kita?

Menghindar Danone,membuang DkNy ,LEVI'S,Polo dari almari pakaian kita....tepuk dada tanya iman...dan yang pasti...melempar jauh Dunhill,Malboro,Camel....ke dalam lautan....?

Segala-galanya datang dari YAHUDI...yang akan menjadikan kita sebagai penyumbang saham..mereka??????


Berjayakah kita melempar jauh-jauh jenama ....ini yang sudah sebati dan mendarah-daging dalam kehidupan seharian kita????

Marilah kita bersama-sama....tekadkan hati dan kuatkan keimanan untuk memandang sepi..jenama-jenama ini?

Carilah jenama dan buatan dari umat Islam yang dijamin halal dan baik....sesungguhnya carilah makanan yang halal dan baik...kerana makanan ini akan menjadi darah daging....kita...


Wallahu'alam


Sabtu, 5 Jun 2010

Solat Yang Wajib...Tidak Kira Di Mana Jua Kita Berada....


Di Tengah Padang


Di Tepi Jalan


Waima ...Batu Juga Sujud Kepada Allah SWT



Di Tengah-tengah Kawasan Gurun



Di Deretan Anak Tangga



Di dalam Kapalterbang...






Di atas Salji....


Di atas keretapi......



Di kawasan yang di serang....runtuhan bangunan...akibat peperangan



Di atas jeti.....



Di padang....



Di kaki lima jalan....



Di atas salji


Di atas tembok pagar....



Sekumpulan pemain bola sepak...solat di tengah padang...



Di atas dek kapal

Sesungguhnya tiada halangan untuk kita menunaikan solat..menyembah yang Esa...walau di mana jua kita berada...sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama kita...cuma kita sebagai hambanya yang selalu mencipta alasan untuk melewat dan meninggalkan solat yang wajib.

"SOLAT ITU TIANG AGAMA : TANPA SOLAT (TIANG) MAKA DENGAN SENDIRINYA KITA AKAN MERUNTUHKAN AGAMA (IMAN) DALAM DIRI KITA"

fikir-fikirkanlah.

SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN


Pembunuhan Yahudi terhadap sukarelawan kemanusiaan Gaza. Syuhada Turki disambut lautan manusia

http://www.paltimes.net/data/uploads/sy12b9e9.jpg
Lautan manusia solat jenazah para syuhada
http://www.paltimes.net/data/uploads/sy12b5f7.jpg

http://www.paltimes.net/data/uploads/sy12b8a3.jpg
jangan bersedih, dia mati mulia sebagai syuhada
http://www.paltimes.net/data/uploads/sy12b8ad.jpg
http://www.paltimes.net/data/uploads/sy12b9d3.jpg

http://www.paltimes.net/data/uploads/sy12b849.jpg
Solat di depan masjid Al Fateh Istambul

http://www.paltimes.net/data/uploads/sy12baa9.jpg

Jenazah mulia bergerak atas kepala manusia
http://www.paltimes.net/data/uploads/sy12baad.jpg
Wanita sebak atas kehilangan orang tersayang tetapi berbangga kerana pemergiannya sebagai pemburu syahid tercapai...Takbir

Khamis, 3 Jun 2010

GAWAT AKHLAK.....GAWAT AKIDAH...GAWAT????

16 orang pelajar disyaki mengandung hasil penzinaan....dan 4 orang pelajar telah melahirkan anak hasil penzinaan....fenomena ini berlaku di Malaysia....dan bukan di Amerika Syarikat,London,China atau di Thailand...tetapi berlaku di Terengganu.

KEGAWATAN AKHLAK

Kegawatan akhlak diseiringkan dengan keboborokan hawa nafsu serta dicampur dengan godaan serta bisikan syaitan...beginilah fenomena biasa dan teramat biasa berlaku di Malaysia.

Kadar kelahiran anak luar nikah sudah hampir setiap hari berlaku...di anggarkan seramai 70 ribu anak luar nikah dilahirkan dan 90% adalah kelahiran dari remaja Melayu...


Sesuatu yang sudah tidak lagi menjadi "keluarbiasaan"..kerana setiap hari pasti ada sahaja berita mengenai anak-anak (bayi) yang dibuang di tepi jalan,di dalam tong sampah...di manakah perikemanusiaan....???


GEJALA SOSIAL YANG SEMAKIN MELAMPAU

Gejala sosial,pergaulan bebas,penzinaan,minum arak diselaraskan menjadi satu"PESTA MAKSIAT JAHILIAH"...mencanak umpama pertempuran antara bom atom dan nuklear...yang seolah-olah tidak dapat dibendung dan dibasmi....?

Siapakah yang hendak disalahkan....???Kemana arah hidup kita sebenarnya? Melayu Islam....tersasar jauh dari landasan kehidupan....yang berpandukan ajaran Islam...Masih adakah jalan penyelesaiannya???

Ya...jawapannya boleh ditemui di dalam al-Quran dan as-Sunnah...

Setiap perlakuan zina yang disabit kesalahan dan bukti yang sahih berserta saksi yang adil...maka:


i. Bagi penzina lelaki dan perempuan (belum berkahwin) ; sebat 100 kali
ii. Penzina lelaki dan perempuan (sudah berkahwin) ; direjam dengan batu sampai mati


KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Sesungguhnya jelas hukuman ini berpandukan ayat al-Quran : Surah an-Nur (2)....batasan hukuman yang telah digariskan oleh Allah SWT...kembali kepada Allah dan Al-Quran serta as-Sunnah....

Pasti ada jalan penyelesaiannya....hukum dan undang-undang Allah adalah sesuai pada setiap masa dan tempat.


" Terfikir sejenak....kemanakah arah anak-anak remaja ....anak-anak yang bakal menjadi pelapis barisan kepimpinan negara???....

Jika anak-anak ini terus hanyut dengan dunia kealpaan dan khayalan mereka....maka jangan bimbang...negara kita pasti akan hancur kerana dunia akan datang bakal dipimpin oleh insan-insan yang runtuh akhlak dan akidahnya....."



CARILAH NUR DAN HIDAYAH ILLAHI

" Pimpinlah mereka semua kembali ke jalan kebenaran dan keredhaan Illahi...

Masih ada lagi ruang untuk mereka menginsafi dan muhasabah diri...sesungguhnya Allah SWT itu maha pengampun dan maha penyayang....

Cuma kita sahaja yang sombong dan bongkak ...tidak mahu merendahkan diri dan menghambakan diri kita kepadaNya...."


"Kita lebih rela diperhambakan dengan nafsu...akal dikurniakan oleh Allah ....anugerah yang terbaik juga diketepikan...segala-galanya menurut runtunan hawa nafsu...yang pastinya akan membawa kita ke jalan penyesalan yang tidak berpenghujung...andai "PINTU TAUBAT" telah tertutup buat kita...."


BUKALAH MINDA

Jesteru...keluarkanlah diri dan minda kita dari "kepompong""lingkungan" yang akan hanya menjahanamkan masa depan dan akidah kita...

Tiada siapa yang dapat mengubah nasib diri kita ..kecuali diri kita sendiri...tiada siapa yang dapat memberikan hidayah kepada kita kecuali ALLAH SWT...dan hidayah itu perlu dicari...

"HIDAYAH" tidak akan datang bergolek dan melayang mendampingi kita....jika kita sendiri tidak mahu berusaha untuk memikat dan mendampingkan diri kita dengan "HIDAYAH" dan "NUR ILLAHI".


Janganlah sesekali kamu menghampiri zina...dan bunga-bunga zina....kerana insan ketiga di antara umat manusia yang ajnabi ialah "SYAITAN" yang janjinya dengan ALLAH adalah untuk menyesatkan kita (manusia)

Andai Allah menghendaki kamu dapat melihat makhluk Allah yang bernama :SYAITAN...ini pasti kita .....akan berlumba-lumba meninggalkan segala larangan Allah dan melaksanakan segala suruhan Allah...

namun itu semua adalah RAHSIA ALLAH...yang mustahil kita dapat capai dengan akal kita.


Pasti ada hikmah di atas segala ciptaan Allah...manusia dijadikan untuk menjadi KHALIFAH ALLAH di atas muka bumi...KHALIFAH bermakna pemimpin...pemimpin kepada siapa? Pemimpin kepada...

i . diri sendiri
ii. keluarga
iii. masyarakat

Jika pemimpin...rendah akhlak,gawat akidahnya...maka tidak bimbanglah jika "rakyat"nya juga akan hancur suatu hari nanti

...Maka lengkaplah diri (rohani,jasmani,emosi dan intelektual)kita selaras dengan ajaran Islam yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Agar kehancuran itu tidak akan mendampingi kita dan kita akan kembali sebagai hamba Allah yang beriman dan bertaqwa...

Rabu, 2 Jun 2010

Alhamdulillah Wa Syukurillah......


Bersyukur kepada Allah SWT...hari ini apabila hadir ke sekolah bekalan eletrik telah pulih seperti sedia kala...dan malam ini ketika mendengar "BULETIN UTAMA"TV3...para sahabat yang di tahan oleh tentera ISRAEL@YAHUDI telah dibebaskan...Ustaz Hasanuddin (AQSA SYARIF),Dr.Selamat b.Aliman (JEMAAH ISLAH MALAYSIA:Abang ipar kepada abang ipar) dan Saudara Jamulidin Alias(YAYASAN AMAL MALAYSIA)...

Sesungguhnya tiada berita yang lebih menggembirakan bagi ahli keluarga..kecuali yang paling menggembirakan apabila "ketua keluarga" dan "bapa" serta "anak" telah dibebaskan...tiada ucapan yang paling berharga kecuali ucapan kesyukuran hanya kepada Allah ...Rab-ul-Jalil.


Tiada apa yang cedera..kecuali luka kecil akibat tindakan ganas dan kasar tentera Israel...betapa pun ...sesungguhnya ALLAH masih memberikan kita ruang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan...walau tidak mencapai matlamat untuk meneruskan misi keamanan ini...namun ia akan terus menjadi catatan sejarah dalam memori "pejuang" konvoi LIFELINE4GAZA...


Mudah-mudahan perjuangan ini tidak akan menamatkan rasa keinsafan dan ketaqwaan terhadap ILLAHI...pastinya ada hikmah di atas segala apa yang berlaku....yang pastinya seluruh umat manusia ..bangkit menentang kezaliman tentera ISRAEL ini...


Dan semoga kami...yang tidak terpilih untuk menyertai misi LIFELINE4GAZA ini akan berkesempatan mengikuti konvoi keamanan ini....pada masa-masa akan datang..

Moga kita akan terus dikurniakan kecekalan dan ketabahan umpama anak-anak PALESTINE yang sentiasa "berjuang" dan "berjihad" mempertahankan bumi "AL-AQSA" dari dicerobohi....oleh kaum yang tidak layak menduduki Semenanjung GAZA,PALESTINE.


Mampukah kami memiliki kekentalan semangat jihad..warga PALESTINE...yang sentiasa mengharapkan "syahid"...

Malangnya di bumi Malaysia...tiada istilah "syahid"..tetapi "mati katak" akibat rempit,"mati terbujur" akibat di buang di jalanan,"mati tertiarap"akibat "terjun bangunan"...nauzubillah...

Jauhkan lah kami daripada mati dalam keadaan kesesatan....Ya!Allah.
Mati mulia adalah mati syahid...mati hina...fikir-fikirkanlah....

Selasa, 1 Jun 2010

LIFELINE 4GAZA......


Dikejutkan dengan berita serangan dari tentera ISRAEL...terhadap konvoi keamanan...LIFELINE 4 GAZA...
betapa sahabat-sahabat ini telah menyabung nyawa membawa misi keamanan ke GAZA,PALESTINE...bumi kelahiran IMAM AL-GHAZALI....bumi Al-AQSA yang diceroboh oleh ZIONIST...


Bangsa yang memang...telah sedia maklum kedegilan dan keengkarannya terhadap segala apa yang dibawa oleh para Rasul..mendustakan ajaran para Rasul ,menolak undang-undang dan syari'at Allah..suatu bangsa...yang termaktub kedegilannya di dalam al-Quran.


Maha suci Allah...sesungguhnya...16 orang sahabat telah gugur syahid..manakala 30 cedera...setakat berita semalam...hari ini..terasa sebak hendak mendengar dan melihat BERITA sama ada di TV3,TV2,TV1,TV9,NTV7 dan waima ASTRO...

Misi yang sekadar menghantar bekalan makanan,perubatan dan simen..diserang oleh tentera ISRAEL...
Seantero dunia merasakan kehangatan peristiwa ini...

Di mana-mana kelihatan rakyat..membantah tindakan kejam dan maha zalim ini...kerana mereka diserang ketika masih berada di laluan "antarabangsa"...pencerobohan terhadap hak asasi manusia telah berlaku....


Dimanakah....kewarasan akal dan kerasionalan tindakan zalim yang dilakukan oleh tentera ISRAEL ini...???


Di saat kita ...di bumi Malaysia...masih aman dengan segala kekalutan...sahabat kita dalam misi LIFELINE4 GAZA..sedang bertarung..sama ada hidup atau......??????

Marilah sama-sama kita mendoakan...kesejahteraan mereka...agar hati-hati mereka terus dibajai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Illahi...

Dan jangan lupa untuk sama-sama menunaikan "SOLAT HAJAT"bagi memohon keselamatan bagi para sahabat dari
(JIM,HALUAN,MUSLIM CARE,AQSA SYARIF,YAYASAN AMAL,ANGKATAN BELIA MALAYSIA,DEWAN PEMUDA MASJID,PACE,VIVA PALESTINE MALAYSIA DAN PERTUBUHAN MAWWADDAH MALAYSIA)