AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Rabu, 6 November 2013

SPM 2013


Hari pertama SPM...degupan jantung bergerak pantas.  sepantas waktu  yang  berlalu.
Memang kita tidak terdaya mengejar masa.

 17 tahun sudah usia Nasyeha as-Sakina. Bermula perjuangannya .

Doa dari Ummi dan  Abi...moga Allah memberi sakeena @ketenangan kepada Sakina semasa menjawab soalan. 

Dan dipermudahkan segala urusan buatmu anakku. In sha Allah..Chea mampu melakukan yang terbaik. 
Man jadda wa jadda.

Isnin, 21 Oktober 2013

Oktober-November 2013


 Kepantasan masa berlalu  ....tidak sampai satu purnama Nasyeha akan menduduki SPM.
 Buat Nasyeha buatlah yang terbaik.  Teruskan perjuangan untuk mencapai kecemerlangan. In sha Allah..di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.

Fateh pula akan mengambil peperiksaan akhir tahun.
Dalam kesibukan mengejar masa ...sudah hampir setahun Fateh di SMITA. Moga jaulah ilmu Fateh berterusan dengan keyakinan...ketabahan dan kekuatan. Moga  Fateh terus cekal dan tabah.


 Doa ummi dan abi sentiasa mengiringi Sakina dan Fateh....amin ya rab al-ameen

Sabtu, 13 April 2013

PRU 13

Demam PRU 13...melanda di setiap pelusuk negara...

Buatlah pilihan yang tepat dan bijak ...agar masa depan kita dan generasi akan datang sentiasa berada di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.

Pemilihan pemimpin mestilah berasaskan kepada yang tertera di bawah :
  • Memilih pemimpin yang berakhlak mulia,beriman,bertaqwa merupakan ciri-ciri pemimpin yang digariskan dalam Islam. 
  •  Disamping memastikan setiap perundangan dilaksanakan mengikut ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Mudah-mudahan kita tidak kesasar dan tergelincir dalam memilih pemimpin..kerana undi kita yang akan menentukan masa depan negara. 

Untuk menentukan sama ada negara kita terus berada dalam ke'sekular'an atau merubah ke arah kepimpinan dan pemerintahan Islam yang berlandaskan ajaran dan syari'at Islam sepenuhnya. 

Moga kita diberikan hidayah untuk terus berada di jalan yang benar  (Sirattal Mustaqim)...dan tidak sama sekali kesasar ke jalan yang sesat..Nauzubillah.

Moga ..Allah SWT ..terus memantapkan keimanan kita agar tidak berpaling ke jalan kesesatan.

Isnin, 21 Januari 2013

PadaMu Ku Bermohon...


Terasa sunyi ..bila anak-anak kembali ke asrama...meneruskan kembara ilmu.




Terasa sepi..bila suami keluar mengikuti program dakwah...


Begitulah realiti kehidupan..kan

Sunyi sepi...namun apa yang perlu kulakukan adalah melakukan sesuatu yang bermanfaat...

Doa ku...agar anak-anakku terus tabah dan kuat meneruskan jaulah dan kembara ilmu..walau di mana jua kita berada..menuntut ilmu itu adalah kefardhuan...

Waima bagi kita yang telah bertambah usia..juga wajib mencari dan menambah ilmu duniawi dan ukhrawi.

Orang yang berilmu tinggi darjatnya di sisi Allah SWT...

Alhamdulillah...kerana dengan ilmu kita dapat mengetahui ...mengenal dan beriman kepadaNya.(pencipta kita yang maha Agong@Allah SWT)

Moga kita terus berada di landasan dan jalan yang benar...amin

Anak-anakku ...tuntutlah ilmu dengan penuh keikhlasan...agar ilmu yang diperolehi berkekalan di hati dan sanubari...

Agar ilmu yang bermanfaat ini..dapat memartabatkan Islam di bumi tercinta kita.

Pedulikan kata-kata manusia yang tidak memberi impak dan kesan dalam diri kita...

Tabahkan hatimu anak-anakku...agar suatu hari nanti kalian menjadi pejuang Islam dan khalifah Allah yang menegakkan syari'atnya di muka bumi ini.

Moga anak-anakku .....menjadi mujahid dan mujahadah....amin


Ahad, 13 Januari 2013

Mujahadah & Kembara Ilmu

Hampir 2 minggu..anak-anak telah bermujahadah meneruskan kembara@jaulah ilmu.


Nasyeha as-Sakina akan meneruskan mujahadah dengan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.


Muhammad Fateh Hamdan meneruskan mujahadah & kembara ilmu ke bumi Perak (SMITA)



Meredhakan anak-anak kembara ilmu di perantauan memerlukan pengorbanan dari sudut emosi....memang agak berat melepaskan mereka kembara jauh...namun atas kelangsungan untuk mencari dan menuntut ilmu yang diredhai.....maka hati ini perlulah penuh kesediaan meredhakan mereka.

Moga dengan keredhaan ini...Allah SWT akan terus memberkati kembara ilmu mereka...moga mereka juga dipermudahkan untuk menerima,mengingati ilmu yang diterima.

Seusai solat ...dipanjatkan doa agar kami sama-sama tabah....dan diberi kekuatan membendung rasa kerinduan yang menebal...

Moga anak-anakku...menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat...serta sentiasa diberkati ilmunya oleh Illahi...amin