AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Sabtu, 13 April 2013

PRU 13

Demam PRU 13...melanda di setiap pelusuk negara...

Buatlah pilihan yang tepat dan bijak ...agar masa depan kita dan generasi akan datang sentiasa berada di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.

Pemilihan pemimpin mestilah berasaskan kepada yang tertera di bawah :
  • Memilih pemimpin yang berakhlak mulia,beriman,bertaqwa merupakan ciri-ciri pemimpin yang digariskan dalam Islam. 
  •  Disamping memastikan setiap perundangan dilaksanakan mengikut ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Mudah-mudahan kita tidak kesasar dan tergelincir dalam memilih pemimpin..kerana undi kita yang akan menentukan masa depan negara. 

Untuk menentukan sama ada negara kita terus berada dalam ke'sekular'an atau merubah ke arah kepimpinan dan pemerintahan Islam yang berlandaskan ajaran dan syari'at Islam sepenuhnya. 

Moga kita diberikan hidayah untuk terus berada di jalan yang benar  (Sirattal Mustaqim)...dan tidak sama sekali kesasar ke jalan yang sesat..Nauzubillah.

Moga ..Allah SWT ..terus memantapkan keimanan kita agar tidak berpaling ke jalan kesesatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan