AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Ahad, 26 Disember 2010

Bermulanya.....



Hampir sepurnama...merehatkan diri dan minda...kini bakal kembali....

Kini segala program,projek ....bakal menjadi "warna-warni"...bersiap siagalah....dengan minda,emosi,rohani dan fizikal...

Segala-galanya memungkinkan minda dan fizikal bergerak seiringan menerajui.....mengorak langkah..mencari dan mencipta yang terbaik....

2010 bakal ditinggalkan...hanya tinggal beberapa detik dan masa saja....2011 bakal menampakkan diri....

Tugas,amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik....pastinya tidak pernah dan akan berakhir hatta di saat-saat cuti persekolahan....

Segala-galanya bergerak...tanpa henti...menaikkan prestasi para pelajar,meningkatkan
peratus kelulusan matapelajaran .....semuanya wajib dilaksanakan.

Hatta dalam tidur pun ...terkadang bermimpi yang indah ....tentang sekolah...

Mana mungkin dapat melaksanakan yang terbaik tanpa ada bantuan dan pertolongan dari Allah SWT...

Hakikatnya kadang-kadang terlupa dengan "mehnah" ini...pastinya Allah mahukan yang terbaik buat seluruh hambaNya.

Jumaat, 24 Disember 2010

Sedihnya.....Tidak Keruan Rasanya...



Alhamdulillah...hari ini baru mengetahui sepenuhnya keputusan PMR terutamanya matapelajaran Pendidikan Islam....

Terasa seperti sudah tahu...melalui naluri..."six sense"...mungkin keputusan agak menurun sedikit berbanding tahun lepas...

Oh,benar sekali tekaan ku...94.61% berbanding 95.88% pada tahun 2009....namun semua ini tidak mengecewakan...

Bilangan pelajar yang lulus dengan cemerlang(A),baik (B dan C) dan memuaskan (D) meningkat kepada 158 orang berbanding 93 orang pada tahun lepas.

Cuma yang mengecewakan ...seorang pelajar GAGAL dalam PAFA...GAGAL kerana kesilapanku...

Ya!Allah bagaimana hendakku selesaikan permasalahan ini...nama pelajar telah tercicir dari senarai...

Ya!Allah bantulah aku dalam mengatasi masalah ini..bagaimana dan cara mana yang bolehku lakukan....

Ya!Allah..Ya!Tuhanku..permudahkanlah urusanku...agar aku diberi kemudahan untuk membetulkan kesilapan yang "maha besar" ini....

Maafkan saya...anak didikku...

Isnin, 20 Disember 2010

Fesyen Pelik Berada di Mana-Mana....Hatta di Bandar Kluang Pun Ada....



Nak cakap menutup aurat...ntahlah..
sekarang ni macam-macam fesyen..."up to date"

Nak kata bertudung...
Bertudung jugak....
Manis di pandang sekilas saja

Bila diperhati dari atas ke bawah
Macam ada kuranglah pulak

Nak di bilang Cina
Bukan
Melihat Wajah Persis Melayu
Nak di cakap ...
Tapi Islam

Rupa-rupanya di era teknologi
Serba canggih ni
Rupa-rupanya
Pakaian Yang berlandaskan Islam
Juga cuba di "up to date"
Agar selaras dengan
Perkembangan fesyen terkini


Hakikatnya ia adalah menyalahi batas-batas pemakaian yang telah digariskan dalam Islam. Berpakaian tetapi "telanjang"..terasa malu hendak dinyatakan.

Jika anak kecil seusia 10 tahun boleh mengkritik pakaian "si pemakai" yang terlebih "canggih" ini...maka kita sebagai golongan "dewasa" yang pastinya sudah matang sewajarnya memikirkan di mana arah tuju kita...sebagai seorang ISLAM atau sebagai seorang "mangsa" berpakaian mengikut "hawa nafsu".

Jangan salahkan persekitaran..tapi...muhasabahlah diri...

Sukarnya....jika kita memikirkan pandangan manusia.....


Manusia memang dilahirkan berbeza...
Berbeza dari segi
rupa....
fizikal....
sifat....
peribadi....
kecerdasan..
kebolehan...
kecekapan
...


Segala-galanya berbeza...
Hatta si kembar juga bebeza...
Cap jari...
warna kulit...
percakapan....

Dan perbezaan..
inilah sepatutnya menjadi...
titik tolak bagi kita untuk muhasabah diri

Kerana manusia itu semua sama di sisi Allah...dan yang membezakan manusia di sisi Allah adalah keimanan dan ketaqwaan kita terhadapNya.

Memang sering mempersoalkan "tubuh fizikal" ,"wajah" dan "kecerdasan" seseorang?
Semua ini tidak memerlukan penilaian yang lengkap..kerana setiap apa yang Allah SWT jadi dan ciptakan memang mempunyai fungsi @ kelebihan sendiri.


Persepsi manusia yangkadang-kadang menjadikan sesetengah dari kita ...kadang-kadang merasa rendah diri dan "rasa hati"...kerana tiada manusia yang minta dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan...hanya Allah SWT yang mengetahui segala-galaNya.

Pasrah dan redhalah dengan ketentuanNya...siapa kita hendak mempertikaikan "bentuk fizikal" manusia @ ciptaan Allah..sesungguhnya kita hanyalah hambanya...yang dicipta...saling lengkap melengkapi...kekurangan dan kelebihan seseorang.


Betapa pun kita ini hebat....cemerlang..kaya...jutawan...jelitawan..semuanya adalah bersifat sementara..jangan hanya memandang "bintang di langit"...sesungguhnya bumi yang dipijak itulah...kadang-kadang memberikan kita seribu pengalaman...dalam hidup.

Khamis, 9 Disember 2010

Sunatullah.....


Hujan mula turun membasahi bumimu....Ya!Ilahi

Setiap detik ...setiap masa..setiap ketika...
Rintik-rintik hujan ini sebenarnya......
bertasbih dan berzikir...

Sunatullah...yang wajib dipatuhi oleh alam....

Andai itu satu perintah dari Allah SWT...sesungguh setiap makhluk di alam ini...

Pastinya alam ini akan mematuhi sunnahmu....Ya!Allah...


Isnin, 6 Disember 2010

Ma'al Hijrah 1432H...Selamat Tahun Baru....


Muharam 1432H..akan menampakkan dirinya..bermulanya Maghrib 6 Disember 2010...

Begitu cepat masa berlalu..sudah menyambut tahun baru...

Moga kedatangan tahun baru hijrah..ini membawa perubahan dalam kehidupan kita...

Moga hijrah ini...memberi seribu makna...dalam diri kita...

Berubah menjadi yang lebih baik...terbaik untuk diri sendiri..untuk keluarga..untuk masyarakat .... untuk negara.....dan untuk ISLAM khususnya.

Jumaat, 3 Disember 2010

Macam-macam....


Kalakian hari ini...dikhabarkan bahawa harga petrol baik RON95 atau RON97 akan naik...diikuti dengan harga gula serta bahan bakar yang lain seperti gas masak....

Kedengaran kerana inflasi...mata wang dunia...dalam keadaan tidak stabil....

Dalam kekalutan dan keributan menyediakan wang yang mencukupi untuk persekolahan anak-anak..kita semua akan dikejutkan,terkejut dan mengejut apabila harga petrol,bahan bakar dan gula akan mencanak...naik...


FUH! ibu-ibu dan bapa-bapa pastinya akan mengeluh...hujan lagikan turun..banjir mula bermain-main (hide and seek)...bagi yang "makan gaji" ini semua bukan masalah..tetapi... pastinya ia akan menggugat kedudukan kewangan...

Bagi yang bertani,berkebun,bersawah,nelayan...semuanya akan menjadi satu bebanan kewangan yang semakin meruncing....

Anak-anak??? Tiada masalah di kotak pemikiran mereka...cuma sebagai ibubapa...kita sewajarnya menerangkan ketidakstabilan ekonomi kita...

Fikir-fikirkanlah..di mana kedudukan kita???? Bijak-bijaklah memilih pemimpin...sebagai khalifah...yang bakal mencorakkan masa depan kita sebagai rakyat...yang berdemokrasi...mempunyai hak kebebasan bersuara...serta berlandaskan ajaran Islam sebenar.

Tanpa pendominasian yang menjurus kepada ketidak-adilan....kekusutan dan kecelaruan emosi...bakal menyumbang kepada kebobrokan suatu generasi dan ketamadunan manusia....

Dimanakah paksi kita sebagai seorang hamba ALLAH...maka fikir-fikirkanlah..agar ketamadunan manusia...tidak hanyut bersama kerakusan dan ketamakan...manusia-manusia yang.....haloba dengan kekayaan duniawi.

Masa kita hidup di dunia bukanlah suatu yang abadi...ingatlah ia hanya bersifat sementara...segala amalan..bakal dihadapkan di mahkamah pengadilan "ILLAHI"...di mana.di kala dan di tika itu...kita tidak mampu untuk lari,bersembunyi atau....semua bakal terlahir,terzahir dan terserlah....

Kekayaan hanya bersifat sementara...maka fikir-fikirkanlah...mana arah dan matlamat hidup kita yang sebenar???? Wa'allahu'alam


Khamis, 2 Disember 2010

Cuti...Cuti...Cuti


Terasa 2 minggu...bercuti...pantas berlalu...anak-anak ...kembali bercuti..kembali bersama...dan 2 minggu juga...tidak berkesempatan menjenguk "blog"....

2 minggu juga...sudah berjalan SPM dan STPM...masih banyak lagi tugasan yang belum dapat diselesaikan....

Minggu lepas...sibuk melayan kerenah anak-anak kecil..."ponakanku" dari Kedah pulang bercuti ke Johor...

Minggu sebelum cuti sekolah bermula...sibuk dengan aktiviti korban dan akikah...

Awal cuti sekolah...21 November...sibuk menguruskan majlis pertunangan adindaku....

Banyak sungguh aktiviti...

Minggu ini....adik ipar pula merancang mengadakan BBQ di rumah kami.....

Mudah-mudahan cuti kali ini dapat mengeratkan silatur-rahim dan ukhwah di antara kami... Amin...

Sesekali bercuti dengan anak-anak dan kaum keluarga adalah sesuatu yang cukup-cukup membahagiakan...

Sabtu, 13 November 2010

UPSR 2010


Keputusan UPSR telah diumumkan pada 11 November 2010...tahniah buat anak-anak yang berjaya dengan cemerlang dengan memperoleh 5A .

Buat anak-anak yang gagal memperoleh 5A jangan bersedih "LA TAHZAN" kerana masih panjang lagi perjalanan hidup kita.

Insya'Allah ...ada cahaya dan sinar kecemerlangan yang masih menanti kita.Pastinya Allah SWT maha mengetahui perjalanan hidup hamba-hambaNya.


2 tahun yang lalu ( 2008) anak daraku mengambil peperiksaan UPSR dengan memperoleh keputusan 1A 3B 1D..rasa penuh kesyukuran kupanjatkan ke hadrat Illahi..dengan keputusan anakku...

Memang tidak terjangkau di pemikiranku ..anakku akan memperolehi 1A..kerana selama 4 tahun bermula dari darjah 1 hingga ke darjah 4...anakku mempunyai masalah
pembelajaran.

Namun berkat kesabaran "dia" anak kesayanganku...dan patuh dengan cakap dan nasihat guru...Alhamdulillah NASYEHA AS-SAKINA telah menunjukkan perkembangan yang cukup membanggakan.

Rasa terharu sebagai seorang ibu dan ayah terbalas dengan keputusan UPSR..walau tidak secemerlang orang lain...namun keputusan yang diperoleh sudah cukup untuk membuatkan kami..bangga dengan apa yang dimiliki oleh anakku.

Mungkin dia tidak secerdik orang lain....namun Kebijaksanaannya dalam mengatur hidup dan meneruskan perjuangan menjadikan kami benar-benar teruja...dengan kesungguhannya.

Bohong kalau aku katakan aku...tidak sedih...namun Allah hendak menguji kesabaran dan ketabahan kami dalam mendidik dan memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Jangan sesekali kita mengeluh dan berputus asa kerana setiap anak ada caranya tersendiri dalam menerima didikan,asuhan dan bimbingan kita sebagai ibu dan ayah.

Tidak semua anak itu sama..hatta sepohon kelapa yang baik...tidak akan menghasilkan "buah kelapa" yang baik semuanya...namun dalam "komeng" buah kelapa itu masih ada kebaikannya...yang tersirat dan ia perlu disuratkan...dipamer dan dilahirkan.


Anak-anak adalah "amanah"..kita sebagai ibubapa yang boleh mencorakkan ia...sama ada ia menjadi "helaian kain sutera" atau "helaian guni"..namun guni juga ada kebaikannya.

Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna...maka jangan jadikan ketidak sempurnaan anak-anak sebagai batu penghalang kepada kita untuk mendidik mereka menjadi yang "terbaik".

Selasa, 9 November 2010

Muddaris @ Mualim...


SGM...Standard Guru Malaysia...diakses melalui internet namun tidak berjaya..untuk diaplikasi oleh guru 1Malaysia...akhirnya kami guru-guru 1Malaysia...mengaplikasi melalui sgm.offline...dan dihantar ke Kementerian Pelajaran melalui...e-mail

2010...abad ke 21..masih lagi berlaku ketidak-cekapan perisian walaupun melalui laman sesawang...broadband...internet...wifi..dan streamex..

Macam-macam perkara yang perlu diselesai dan diuruskan sebelum cuti persekolahan bermula...laporan tahunan..aktiviti panitia,persatuan perlu dibereskan....

Pabila cuti bermula..kami para guru...tidak sepenuhnya bercuti...ada yang diamanahkan menjaga pelajar SPM mengambil peperiksaan.....bertugas di sekolah..kononnya DG44 dan DG 48...

6 minggu bercuti (21 November - 2 Januari 2011)...kami tidak teragak-agak boleh di panggil oleh pihak pentadbir untuk bertugas...semuanya guru 1Malaysia akan laksanakan tanpa sebarang keluhan...

Kami sedia maklum tugas dan amanah kami sebagai seorang pendidik....janganlah kami dianggap istimewa kerana kami mempunyai "cuti" yang panjang...namun hakikatnya...kami bekerja sepanjang tahun....

Hatta kadang-kadang ...kami tidak berkesempatan untuk memperuntukkan masa buat anak-anak kami sendiri....melihat perkembangan pelajaran mereka....

Apa-apa pun kami pasrah dan redha....di sebalik kejayaan anak-anak murid dan anak-anak ...sesungguhnya ada satu"kuasa" yang membawa kepada kejayaan mereka...

Tidak perlu dinafikan "kuasa" itu adalah kata semangat dan perangsang seorang ibu dan ayah kepada anak-anak...sama ada mereka anak kita atau anak orang (anak-anak murid)

Sewajarnya kita mengucapkan "jutaan terima kasih" kepada insan-insan yang bersedia mengorbankan masa,tenaga mereka untuk mendidik anak-anak kita.

Siapa lagi kalau bukan ...guru dan ibubapa...jadilah pendidik,mualim,muddaris yang terbaik..agar kita dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia di samping menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat.Wa'allhu alam.

Ahad, 7 November 2010

PRIMA MODA ,BATU PAHAT


Seusai menunaikan solat Zohor,bertolak ke Kg.Abdul Rahman Yassin Kluang...suamiku memandu...mengambil bakal adik ipar..untuk ke Batu Pahat...(Carefuur)...asal cadangan untuk berbelanja..mencari barang hantaran.

Kami memulakan perjalanan dengan Ain (bakal menjadi pengantin)...bersama adik-adik yang lain dan emak...mereka tertinggal di belakang...sepanjang lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan kami sampai di Carefuur...

"Parking LOT" @ Tempat meletak kenderaan penuh sesak...sudahlah sepanjang perjalanan penuh dengan kenderaan..hendak memarkir kereta pun...fuh penuh sesak...sabar aje-lah.

Setelah berpuashati...kami melangkah kaki ke bangunan "Carefuur"..tapi malangnya...adik dan emak ke sasar..simpang masuk ke "Carefuur"...kena pandu jauh sedikit ...

Dalam menanti mereka...aku,suami,bujang cilikku dan bakal adik ipar...terhenti seketika di "pameran buku " Islam...teruja membelilah juga...penanda al-Quran (sebungkus RM3), buku "Salah faham terhadap Akidah" dan "Salah faham tentang Bersuci", ayat-ayat suci pilihan

Dan suami teruja dengan CD...terhangat dan "terhot" di pasaran sekarang...CD "Maher Zain"..tak apa mahal pun mahallah...janji dapat yang "original"......

Lebih kurang 30 minit jugalah..menanti...sempat beli roti "sedap dan rangup" di Papa Hot Bread..kot..dengan pakej RM3.50 dapatlah satu "milo" ais dan "roti sedap dan rangup"....

Tut...tut...sms "kami ke Prima Moda"...awat tak khabag awal-awal nak pi Prima Moda..taklah jauh menapak...tapi takpalah...dapat CD "Maher Zain"kira o.klah...redalah marah....


Memilih pakaian untuk majlis "nikah" dan "walimah" untuk adik ...rumit rupanya..ye-lah....masa aku dulu semua cari sendiri...ditemani mak dan Anum tika itu baru berusia 4 tahun...bila penat jalan..Anum minta didukung....

Selain berutus surat...menulis saiz baju,seluar,cincin dan kasut..melalui maklumat inilah..aku dan emak meredah bandar Kluang..mencari apa yang perlu dan ala kadar saja...

Pakaian nikah,makan beradap dan bertandang sekadar baju sutera yang boleh dipakai bila majlis "walimatul-urus" selesai...jimat dan ala kadar..bukan apa...belum sempat kerja...dan nak menikah.

Masa berlalu terlalu pantas...segala-gala berubah...cuma perubahan ini jangan sampai menggadaikan maruah,kehormatan dan agama kita. Alhamdulillah adik dan bakal adik ipar mampu mempertahankannya...

Walaupun kita ni sudah bertunang atau bakal bertunang waima belum ada apa-apa ikatan bukan menjadi tiket kebebasan bagi kita untuk keluar berdua-duaan tanpa ditemani "mahram"...biarlah orang kata kita ketinggalan zaman...namun hakikatnya kita tidak sampai menggadai maruah dan agama kita semata-mata untuk menjaga pandangan manusia.

Apa yang penting kita hendaklah mengutamakan "pandangan Allah" kepada kita...bila sudah menjadi hak milik yang "sah" barulah boleh berdua-duaan....ini belum jadi milik "sah" sudah seperti "belangkas" yang sukar dirungkai....

Tetapi bila sudah menjadi milik yang "sah" ..belangkas dah jadi seperti..."anak kucing" kehilangan ibu...ditinggal,disepak,diterajang...dan tiada lagi belaian....
Bercintalah dan kasihi sesama manusia kerana "Allah" bukan kerana "na
fsu"

Jumaat, 5 November 2010

Banjir....Peringatan Dari Allah SWT


Banjir...bencana alam yang sedang melanda negeri-negeri di Semenanjung Malaysia (Perlis,Kedah) juga negara jiran Thailand. Puluhan ribu telah dipindahkan. Anak-anak yang bakal menduduki SPM...terbantut proses pembelajaran mereka.

BAB 1: BANJIR 1988

Tatkala ini..teringat sewaktu tahun 1988..peperiksaan SPM terpaksa dihentikan selama seminggu..berikutan banjir besar yang melanda..apa lagi tika itu....aku dan rakan-rakan yang duduk di asrama bergegas pulang ke rumah..al-maklumlah cuti.

Namun..alhamdulillah setelah seminggu...kami meneruskan perjalanan peperiksaan SPM..dan natijahnya..keputusan SPM yang diumumkan pada tahun 1989..menyaksikan ramai dari kami berjaya melanjutkan pelajaran ke matrikulasi dan hanya kami 25 orang sahaja yang meneruskan perjuangan mengambil STPM di sekolah tercinta....


BAB 2 : BANJIR 2001

Kala ini aku dan suami..mengalami kejutan banjir buat kali pertama ..dan mengharungi banjir se awal jam 4 pagi. Dengan suami mengendong puteriku ketika itu berusia 5 tahun dan puteraku berusia 1 tahun...meredah banjir ..dengan keadaan yang gelap ...meredah mengikut arah..kaki. Dan aku hampir-hampir terjatuh..namun alhamdulillah...Allah masih memberi aku ruang..untuk meneruskan perjuangan hidup ini.

Masa ini..jangan cakaplah..semua perkakas,perabot...tilam malahan pinggan mangkuk ..bergenang dan belayar mengikut arus...air se aras...pangkal peha...kereta...apatah lagi...terpaksa dijual selepas banjir.

Rumah umpama kedai dobi...baju merentasi ampaian...hamparan dan tilam terpaksa dikorbankan...itulah hakikat banjir...sukar untuk diluahkan ...namun hanya orang yang sudah menghadapinya akan merasainya....terasa seolah-olah baru semalam mengharung banjir dengan arus yang deras.

BAB 3: BANJIR 2005

Berpindah ke rumah lain..namun di persekitaran dan kawasan yang sama. Banjir melanda 3 kali dalam sebulan..tidak tahu nak lari ke mana..barang-barang sudah dinaikkan..namun apakan daya..kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Sekali lagi..barang-barang kami dihanyut air...dan akhirnya..mengambil keputusan melarikan diri ke rumah ibu mertua....yang agak tinggi kedudukannya...

Pengalaman hidup mengharungi banjir benar-benar mengajar kami..bahawa segala sesuatu itu hanya "pinjaman"..yang bila-bila masa saja Allah boleh ambil dan bila-bila masa sahaja Allah boleh pulangkan.

Hendak dikira berapa kerugian akibat kehilangan harta benda semasa banjir...rasa-rasanya tidak terkira...namun kesyukuran terhadapNya...kerana kami tidak kehilangan "harta" dan 'amanah' yang paling berharga dalam hidup kami. Alhamdulillah. All praises to Allah.....


Betapa segala ujian dan musibah yang melanda kita ..pastinya ada hikmah..yang kita tidak tahu...namun apabila segala musibah dan ujian itu berakhir...barulah kita menyedari bahawa Allah sudah menyediakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Alhamdulillah..setelah mengalami pengalaman banjir sebanyak 4 kali dan berpindah rumah sebanyak hampir 8 kali..kami dapat menduduki rumah kami sendiri...di Taman Sri Lambak pada bulan April 2008...sesungguhnya tidak Allah datangkan hujan dan ribut petir kepada kita..kerana sesungguhnya Allah hendak menghadiahkan kita Pelangi yang cukup indah ini....

Begitulah "mehnah" dan perjuangan kita sebagai hamba Allah...tidak Allah datangkan ujian itu...diluar batas kemampuan hambaNya...pasti ada hikmah yang tersembunyi...di sebaliknya....yakinlah dengan Qada' dan Qadar Allah. Wa'allahu'alam

Khamis, 4 November 2010

Bahang Aidil Adha...



Terasa-rasa ingin terbang...andai ada kuasa ..yang boleh menerbangkan diri ini..menjadi tetamu Allah ...di bumi Anbia'..di Tanah Haram...alangkah indahnya...

Menunaikan haji..bertawaf..berwukuf..sai'e...bercukur..bersama-sama keluarga tercinta..pasti tiada yang lebih indah daripada menjadi tetamu Allah SWT.


Namun apakan daya...belum tercapai cita-cita dan impian...rezeki belum mencukupi...tetapi usaha-usaha untuk menjadi tetamu Allah terus dilaksanakan.Insya'Allah..we find the way....

Pergantungan yang hakiki kepada Allah SWT..sesungguhnya Dia maha mengetahui segala perjalanan hidup hambaNya...mudah-mudahan aku dan keluarga diberikan kemudahan dan kesenangan untuk menjadi tetamu Allah.

Betapa resahnya hati apabila dok mendaftar di Tabung Haji...tertera tahun 2032...baru boleh menunaikan haji..

Bermakna 20 tahun baru boleh menjejakkan kaki di bumi Anbia...mengikut perkiraan...aku sudah berusia 59 tahun..ntahkan larat ntahkan sihat..untuk menunaikan ibadah teragung ini.

Menggunung perasaan untuk menyimpan duit secukupnya agar dapat menunaikan ibadah agung ini melalui "pakej"..ye-lah nak menunggu giliran yang begitu lama...anak-anak pastinya sudah membesar...mungkin lebih mudah..tapi...hanya Allah sahaja yang tahu.

Dipanjatkan rasa penuh pengharapan agar Allah mempermudahkan perjalanan "ibadah agung" ini buat kami sekeluarga. Amin...ya rab-al-amin

Isnin, 1 November 2010

Medan Juang Bujang Cilik


Hari ini se awal jam 5 pagi...aku dah terjaga....bersiap seadanya...jerang air..(buat sarapan...roti sapu mentega je)....gosok pakaian....mengejutkan suami untuk solat Subuh di masjid...bersiram...mengejutkan bujang cilikku untuk mandi...solat dan bersiap ke sekolah dan menduduki peperiksaan.

Rasa-rasanya hari ini...baru berjaya bangun seawal ini...dan terus meneruskan kerjaya sebagai surirumah hingga ke jam 6.50 pagi..moga-moga ia akan berterusan...Insya'Allah.

6.50 pagi berangkat ke sekolah dengan dihantar oleh suami....bujang cilikku...di kerusi belakang..seakan-akan sudah terlena..sebelum sampai ke sekolahnya..al-maklumlah sekolah bujang cilikku ...mengambil masa lebihkurang 30 minit untuk sampai...biarlah belajar susah...

Kalau dulu kita berjalan kaki ke sekolah...sekarang walaupun di hantar dan di ambil biarlah jauh sedikit jaraknya..bukan apa..kalau hendakkan yang terbaik buat anak-anak...biarkanlah masa,wang dan tenaga dikorbankan....bukan jauh pun sekadar 30 km..sahaja dari rumah kami di Taman Sri Lambak,Kluang untuk menuju ke Sekolah Rendah Agama Ghufran di Simpang Renggam.

Biarlah kita mengajar kesusahan,kepayahan di dalam menuntut ilmu...se awal usia kanak-kanak kena...tarbiah yang terbaik...agar kita tidak menangis di suatu hari nanti. Insya'Allah.

Hari ini...bujangku akan menduduki peperiksaan akhir tahunnya...moga dia diberikan kelapangan dan kemudahan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang diberikan.
Al-maklumlah bujang cilikku ini manja sifatnya...semua benda...nak dituntun..nak dibimbing...nak di ajar..nak di cakap....

Perlu diingat anak adalah harta dan amanah yang paling berharga....jagalah amanah ini sebaik-baiknya..kerana anak-anak adalah cermin keperibadian kita...Wallahu'alam

Isnin, 25 Oktober 2010

SMRA


Alunan lagu terkini dan terhangat "Maher Zain :Open Your Eyes" mengejutkanku...seawal 6.30 pagi menerima panggilan anak daraku...."Ummi...Che'a tertinggal fail pink...ada nota kat dalam fail"...

"Bang...nampaknya..abang kena hantar fail ni..Che'a perlukannya"
"Ok..nanti abang hantar lepas hantar Mas dan Fateh"

Macam-macam perkara berada dipemikiranku...ye-lah hari ini hari pertama puteriku hendak menduduki peperiksaan SMRA...doaku moga puteriku memperolehi kecemerlangan di dalam SMRA nya..dan dapatlah dia melanjutkan pelajarannya ke KELANTAN...

Sepanjang perjalanan dari T6 ke Simpang Renggam...hatiku di sapa kerisauan....mudah-mudahan puteriku diberikan ketenangan dan kemudahan oleh Allah untuk menjawab peperiksaannya.

Puteriku akan menjalani peperiksaan SMRA bermula dari 25/10 - 29/10/2010...

Berdegap-degup jantung..seolah-olah diri sendiri yang akan menduduki peperiksaan..ye-lah semua soalan bahasa pengantarnya Bahasa Arab....

Begitu jugalah perasaan emak dan ayah..suatu ketika dulu ketika aku menduduki peperiksaan...hanya keputusan cemerlang sahaja yang dapat menggembirakan hati kedua-duanya....

Sekarang tiba masanya ...aku pula merasakannya...begitu cepat dan pantasnya masa berlalu...sedar-sedar aku sudah memilik puteri yang sedang meningkat remaja....


Doa Ummi dan Abi ,moga Che'a (puteri kami) dan Fateh (putera bongsu kami)...memperolehi kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat dan sentiasa memperolehi ketenangan,kelapangan dan kefahaman di dalam menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi.... Amin.

Selasa, 19 Oktober 2010

Ujub...Riak..... Takabur



Jangan biarkan diri kita dihiasi sifat Riak,Ujub dan Takabur....kerana sesungguhnya sifat-sifat mazmummah ini adalah sebahagian daripada perbuatan "SYIRIK"..iaitu "SYIRIK KHAFI"...


"Kenapa perlu ada sifat ini ..dalam diri kita yang bernama manusia ye..."?

Segala-galanya berpunca dari satu bentuk daging yang ada dalam diri kita ...bentuk daging yang dikenali sebagai "Hati"....dari hati lahirnya peribadi dan akhlak....dan lahir juga pertuturan....

Segala-galanya berkait rapat dengan diri kita..malah terlalu rapat.."jika hati tidak dibaja dan disirami dengan kalimah suci" maka dan mungkin akan lahir peribadi yang riak,ujub dan takabur....


Jika merasakan diri lebih baik dari orang lain...tidak pernah mengaku kekurangan diri..tetapi mencanang kelebihan diri malah terkadang sengaja melayarkan "kekurangan" dan "kejahilan" orang lain..maka hati-hatilah dengan diri sendiri.

Tidak ada manusia yang sempurna...rawatlah hati..muhasabahlah diri...dekatkan diri dan lazimkan bibir dengan kalimah-kalimah suci agar diri kita tidak berterusan mencari kesalahan orang.

Hati-hati di dalam memilih sahabat
Hati-hati di dalam pertuturan
Hati-hati di dalam pergaulan
Kerana hati-hati kita kadang-kadang
boleh tergelinicir menjadi hati-hati
yang sakit....

Untuk memelihara hati yang sakit
dekatkanlah dan lunakkanlah hati
dengan kalimah yang suci
biasa dan lazimkan diri dengan menyebut "zikrullah"
moga hati-hati yang "mati"
akan dibaja dengan siraman "kalimah suci"
dan hati-hati ini akan menjadi lunak
dan bersedia menerima kelebihan dan kekurangan diri'
dan orang lain.

Tidak ada guna mencari kesilapan
Tetapi bersama-samalah memperbaiki kesilapan
kerana tidak ada manusia yang sempurna
kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT

Tidak perlu berbangga diri dengan kelebihan yang dimiliki
kerana itu pun milik Allah
dan kita hanya dipinjamkan dengan kesempurnaan itu
tiada pangkat,tiada harta ,tiada rupa yang akan menghadap pengadilan Allah
tetapi amal ibadat yang akan menghadap pengadilan Ilahi

Tidak manusia itu dipandang tinggi darjat dan kedudukannya kerana
memiliki harta,pangkat dan kedudukan
tetapi manusia itu di pandang tinggi di sisi Allah kerana
"KETAQWAANNYA" kepada Illahi.


Jangan mempesonakan diri kita sekadar satu "pangkat","jawatan" dan "kedudukan" yang kita miliki....
kerana ia sekadar satu "amanah" dan "tanggungjawab" yang wajib dilaksanakan
dengan penuh "amanah" "ikhlas" dan tanpa ada sekelumit pun perasaan "riak.ujub dan takabur"

Biarlah kita dipandang hina di sisi manusia...tetapi tidak di pandang hina oleh Allah ....kehinaan di sisi Allah tanpa bertaubat akan menzahirkan "kehinaan" di sisi manusia..kerana Allah maha mengetahui segala perbuatan hambaNya. Wallahu'alam
.

Isnin, 18 Oktober 2010

Kesesakan....@ kegawatan....@kekeringan...


Pabila masuk minggu ke-3..terasa sesak..gawat dan kering...poketnya....itulah kurasakan. Namun kadang-kadang bila difikir-fikirnya..sewajarnya aku wajib bersyukur..kerana aku tidak perlu turun ke laut...menabur benih di ladang...membanting tulang di bendang...dan sesungguhnya aku tidak perlu berpanas dan berhujan untuk mencari rezeki.

Sewajarnya kesyukuran ini..aku panjatkan ke hadrat Ilahi...aku masih punya kekuatan dan kudrat malah masih waras....jesteru itu..kenapa mesti mengeluh ...????

Itulah sebenar-benarnya sifat manusia (aku) kadang-kadang dan selalunya mengeluh..."jangan di pandang orang yang kaya...tapi lihatlah orang yang susah"..itulah kata-kata suamiku...jika aku selalu bercakap tentan "wang""duit" dan juga "rupiah"....

Kadang-kadang dan selalu juga berbahas dan berdebat dengan suami..."mana boleh kita hidup tanpa wang" walaupun wang bukan untuk hidup...tapi kita memerlukan "wang" untuk meneruskan hidup...

Jangan terlalu "obses" dengan wang..kerna rezeki itu Allah datangkan dengan pelbagai bentuk dan rupa...terlalu banyak rupanya kecetekan ilmu dan kejahilanku...rupa-rupanya aku...bukanlah "orang yang sabar" rupanya.

Pesan ayah..."berbelanjalah mengikut kadar kemampuan kita....jangan bermewah..."

Ah! di kala dan di saat inilah (ketika kewangan meruncing)...barulah menyedari betapa manusia ni memang "tidak pernah bersyukur" dengan apa yang dimiliki... Wallahu'alam....

Selasa, 12 Oktober 2010

Percubaan SPM 2010


Hari ini pergi menghadiri Mesyuarat JKD Panitia Pendidikan Islam...Post Mortem dan mungkin juga analisa keputusan percubaan bagi matapelajaran Pendidikan Islam daerah Kluang (SPM).

Alhamdulillah..dapat tempat ke tujuh (kira-kira top ten) di atas SSAJ. Rasa-rasanya tiada apa yang hendak dibanggakan dengan keputusan ini. Namun bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pelajar-pelajar @ anak-anak didikku mampu buat yang terbaik.

Di sebalik kaca...rupa-rupanya ada mutiara yang terlalu berharga. Tahniah ! Tahniah ! buat anak-anakku...kerana berjaya...mudah-mudahan kecemerlangan ini dapat dikekal dan dipertingkatkan...sama-samalah kita berusaha mencari keberkatan ilmu...kerana ia dapat membawa kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan pelajar sekolah berasrama penuh,sekolah kluster,sekolah elit dan sekolah berprestij...namun Alhamdulillah,kita mampu bersaing...yang penting USAHA,DOA dan TAWAKAL di dalam mengharungi dunia "pelajar".

Tiada yang mustahil jika kita berusaha dan bergantung harap semata-mata kepada Allah SWT..hanya DIA-lah pembuka ruang,penunjuk jalan dan pengurnia hidayah...andai kita mencari...kerana "sebutir mutiara" terlalu sukar untuk ditemui..jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh.

Siapa pun kita...kita hanya hamba Allah...mintalah padaNya...sesungguhnya DIA maha mendengar...rayuan dan rintihan hambaNya...dan amat rugi bagi mereka yang menidakkan kekuasaan dan rahmat Allah SWT.

Jangan sesekali bersifat riak,ujub dan takabur...kerana "syirik khafi" ini akan melenyapkan segala amalan kita seperti "api yang membakar" tiada apa yang tinggal...kecuali debu-debu yang berterbangan.


Bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan Ilahi kepada kita..agar kita sentiasa bermuhasabah di setiap gerak laku...kita..kerana kita ni "bukannya baik sangat" atau "kita bukanlah manusia yang sempurna"....


Didiklah diri kita dengan sikap merendah diri dan tawaduk...agar setiap apa yang kita terima sama ada ujian,musibah,nikmat akan dapat kita hadapi dengan penuh ketenangan...Insya'Allah.

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di Bulan ZulKaedah


Menjamu sahabat handai,rakan taulan,kaum kerabat dan pelajar...di awal bulan Zulkaedah...pejam celik pejam celik..rupa-rupanya Syawal dah berakhir.

Memang pantas sekali masa...meninggalkan kita...sedar-sedar...bakal jemaah haji telah mula terbang meninggalkan tanah air menerima jemputan Ilahi sebagai tetamu...di bulan Zulkaedah dan Zulhijjah.

Fuh...bila lagi nak mengikut jejak dan memijakkan kaki di bumi Anbia sebagai tetamu Allah..Subhanallah..tak cukup-cukup duit di simpanan...

Bujang kecilku..sentiasa bertanya.."Ummi bila lagi kita nak pergi ke Mekah?"...satu pertanyaan yang sukar untuk dijawab

Andai aku punya wang berjuta...mahu saja aku membawa semua kaum keluargaku..menunaikan ibadah teragung ini...namun kecukupan dari segi rezeki belum mengizinkan...namun dilubuk hati...ketetapan keazaman yang kuat untuk aku dan kaum keluarga..ke Baitullah....Insya'Allah



Ya!Allah..moga kau memberikan kecukupan dan kemewahan dari sudut rezeki..agar kami dapat menunaikan ibadah teragung Mu....

Selasa, 5 Oktober 2010

PMR 2010


PMR sudah menampakkan diri dan menghadirkan diri menemui kekasih-kekasih mereka di seluruh pelusuk negara hari ini.Persediaan selama 9 bulan dengan menimba ilmu...hari ini dan seterusnya hingga 12 hb...bermulanya peperangan menghadapi tentera-tentera "kertas" yang mempunyai kalimah namun tidak "bernyawa"

Pertempuran yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal..rohani dan jasmani.Betapa "cerdik" dan bijaksananya kita..apabila berhadapan dengan tentera-tentera bisu yang berkalimah ini ..kekadang kita...terkecundang...kerana persediaan pertempuran di saat-saat akhir.

Jangan menyerah kalah sebelum tamat pertempuran...kerana perjuangan ini belum "berakhir"...masih terlalu banyak halangan yang perlu dan akan kita tempuhi...hanya kekuatan mental.fizikal,rohani dan jasmani...di samping pertolongan dari Allah SWT...mampu menjadikan kita "insan yang terbaik"

Tanpa akal yang cerdas dan bijak kurniaan Allah...dan kealpaan dalam memanfaatkan kebijaksanaan akal...mungkin kita akan menjadi seperti...manusia-manusia yang bergelendangan dan bergelimpangan....hanya masa dan diri sendiri sahaja yang mampu mengubahnya..menjadi yang terbaik.

Waima anak-anak istimewa pun teruja untuk menduduki peperiksaan dan pertempuran ini..apatah lagi anak-anak yang sempurna..sewajarnya...telah bersedia untuk menempuh peperangan ini.

Sekarang segala-galanya terletak di batu jembala anak-anak untuk menentukan keterusan kecemerlangan atau keunduran suatu kegagalan..walaupun gagal sekali bukan bermakna "gagal buat selama-lamanya" tanpa usaha,doa dan tawakal..sudah pasti kita menempah "tiket kegagalan".

Oleh itu...persiapkan diri dengan USAHA,DOA dan TAWAKAL...kerana dengan "tiga serangkai"...Allah SWT pasti akan membantu dan mendengar doa hambaNya yang meminta dan memohon.

Moga "pertempuran" sebagai titik tolak dan langkah pertama anak-anak untuk mengorak langkah yang lebih gagah menuju kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat.

Khamis, 30 September 2010

Solat Hajat Perdana PMR & SPM 2010/1431H


21 Syawal 1431H / 30 September 2010...Solat Hajat Perdana warga SMJKT telah diadakan di Masjid Dato Ahmad,Kampung Abdul Rahman Yassin.

Alhamdulillah,kehadiran warga SMJKT bersama pelajar dan ibubapa berjalan dengan jayanya. Terima kasih dan syukran jazilan buat semua yang hadir. Ucapan jutaan terima kasih buat Imam (Tuan Haji Misran bin Said) kerana menyediakan jamuan makanan yang lazat dan kelancaran program pada hari ini.

Mudah-mudahan segala doa kita pada hari ini dan seterusnya dimakbulkan olehNya.Moga kita semua akan memperolehi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Amin ya-rab-al-amin

Ahad, 26 September 2010

Bangun...Bangkit....Jangan Tidur lagi...Jangan Berkhayal lagi...


Rasa-rasanya sudah hampir seminggu..tidak menuliskan sesuatu di dalam laman "blog"...nak "bilang" sibuk..tak juga..nak dikata "penat" mungkin ye...tapi hakikatnya ...memang agak penat dan "idea" untuk menukilkan sesuatu agak ter"bantut".

Sudah hampir 3 minggu rupa-rupanya Syawal..belum memulakan niat untuk "menggantikan" puasa waima untuk berniat "puasa sunat Syawal" juga belum terlaksana...betapa "lemahnya imanku"

Abang (suami) sudah dapat 2 hari puasa sunat Syawal..Alhamdulillah..berbaki 4 hari lagi..aku????

Mudah-mudahan diri ini diberikan kekuatan untuk berpuasa...

Masih belum menziarah rumah makcik-makcik dan pakcik..terasa kesuntukan masa yang teramat..memang benarlah "masa itu ibarat pedang"..jangan sampai kita terleka...maka kita akan terluka..

Masa terlalu pantas..seolah-olah lebih pantas daripada kelajuan cahaya..betapa tanda-tanda "akhir zaman"..Tanda kiamat..rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara..

sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
lapang sebelum sibuk
kaya sebelum miskin
hidup sebelum mati...

Kadang-kadang dan mungkin selalunya kita akan disibukkan dengan urusan dunia hinggakan kadang-kadang dan kerap kali kita terlupa untuk memenuhi fitrah ukhrawi kita. Betapa kita kadang-kadang dan selalunya suka mendekati perkara "lagha" daripada menghayati dan menikmati alunan ayat-ayat cinta Allah (al-Quran),berselawat dan bertasbih.

Kadang-kadang dan selalunya kita lebih rela mengadap skrin "tv",monitor "komputer @ laptop" daripada mengalihkan pandangan kita ke mukjizat agung Nabi Muhammad SAW (al-Quran)

Hish..terkadang-kadang dan memang sentiasa dirinya akan memikirkan hal duniawi berbanding hal-hal ukhrawi...memang manusia bersifat "insn"...lupa dan mudah lupa dengan asal kejadian kita dan nikmat Allah kepada kita...

Buat diri ini..renung-renung dan fikir-fikirkanlah...bahawa bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung..dan berteduh dibawahnya...adalah milik "mutlak" Allah SWT.
Kita...apa sebenarnya yang kita miliki...tiada..hanya Iman,amal dan taqwa serta anak-anak yang soleh dan solehah yang akan menjadi teman setia kita.

Kebergantungan 100% kepada Allah SWT..pastinya akan menjanjikan 1001 keindahan dan kenikmatan...hanya Allah maha mengetahui setiap sesuatu ujian dan dugaan yang didatangkan kepada kita...pasti ada hikmahnya.

Ahad, 19 September 2010

Syawal 1430 Hijrah



Masuk hari ke 10 Syawal...masa memang terlalu pantas meninggalkan kita..dan kira-kira tidak termampu kita hendak mengejarnya...

Esok..lusa...kembali ke sekolah setelah dua minggu bercuti...dan merehatkan minda dari kekalutan..Syawal kali ini terlalu banyak peristiwa suka dan duka..namun disebalik ujian yang diberi...Alhamdulillah...nikmatNya masih dapat kami nikmati.

Kembara ke "Cameron Highlands" bersama keluarga...berkumpul adik-beradik,ipar duai,anak-anak saudara...melalui perjalanan yang penuh liku...memulakan perjalanan dari Kluang seawal jam 8 pagi...dan tiba di Cameron Highlands hampir jam 5 petang.

Satu perjalanan yang amat mencabar minda dan fizikal...keindahan alam ciptaan Tuhan ...dapat dinikmati...ketinggian aras muka bumi..benar-benar mengujakan kami.

Keadaan "fizikal'rumah-rumah penduduk asal "kaum Asli"membuatkan "puteriku" teruja dan tertanya-tanya..betapa Allah menjadikan manusia memang "unik" dan "istimewa" dengan keindahan akal fikiran...meneroka alam ciptaanNya dan mensyukuri di atas segala nikmat kurniaanNya.


Betapa perjalanan yang penuh kesukaran ini dapat juga di tempuhi.Alhamdulillah.Rupa-rupanya disebalik kesukaran itu tersembunyi satu nikmat..suasana yang nyaman,keindahan flora dan fauna...begitulah juga dengan kehidupan kita...disebalik ujian dan dugaan yang Allah datangkan pada kita..pasti ada keindahan yang akan menanti...hanya orang yang sabar sahaja yang mampu mendepani segala ujian ini.


Mudah-mudahan kita tergolongan dalam golongan yang sabar. amin

Selasa, 31 Ogos 2010

HAKIKAT KEMERDEKAAN



MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Merdekakah kita? Merdeka menurut pandangan Islam ialah kebebasan dari menurut jejak langkah jahiliah....menuju kebenaran.


Berpegang dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah,mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan. Islam agama yang "syumul" lengkap...tiada sebarang kekurangan dan kekhilafan...Islam datangnya dari ALLAH...agama yang suci ...datang dari Pencipta yang Maha Agong,Maha Berkuasa,Maha Bijaksana,Maha Adil,Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Merdekakanlah diri kita dari penjajahan "jahiliah"...yang pastinya akan membawa kehancuran dan kemusnahan..benteng utama "kemerdekaan" dan "kebebasan" seorang hamba Allah..ialah apabila dia mengambil ISLAM sebagai cara hidup...ISLAM "The Way of Life"

Hanya ISLAM...yang membawa kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup umat manusia...manusia tidak akan terbelenggu dengan kebejatan dan kebobrokan nafsu manusia...manusia bebas bertindak,bersuara dan memerintah menurut landasan Allah SWT.

Tiada satu pun yang sempurna di dunia ini kecuali ALLAH SWT..manusia serba kekurangan. Bergantung dan berharaplah hanya kepada ALLAH SWT kerana hanya Dia yang maha mengetahui segala-galanya...waima dari sebesar-besar raksaksa hingga sekecil-kecil zarah ...tidak akan terlepas dari pandangan Allah SWT.

Kenapa mesti membebaskan diri dari pandangan ALLAH...kembalilah mengamalkan dan menghayati segala ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW...sesungguhnya kita umat Islam telah lama MERDEKA....kerana kita telah membebaskan diri kita dari belenggu jajahan "JAHILIAH"...

Namun..jika kita belum berjaya membebaskan rantai "Jahiliah" ini...maka sesungguhnya kita belum "MERDEKA"...hati-hati kita masih dijajah ,peribadi dan akhlak kita juga turut dijajah dengan "JAHILIAH"...."JAHILIAH: bermaksud bodoh dari sudut agama"

Sekiranya kejahilan ini tidak dibuang jauh dari dalam diri kita...maka selama-lamanya kita masih belum "MERDEKA".

Jumaat, 27 Ogos 2010

Hebatkah Kita???




Siapakah kita
Untuk Mengatakan
Diri Kita Hebat....

Sehebat mana pun kita
Tiada kehebatan yang dapat
Menandingi Kehebatan Allah SWT


Sebenar-benarnya
Kita memang bukanlah
Seorang Yang Hebat
Kita Hanyalah
Hamba Allah yang maha kerdil

Kembalikanlah
Fitrah Kita
Dengan Mengakui
Kehebatan dan Kekuasaan
Allah SWT

Jika kehebatan
Menjadi milik kita
Pastinya kita
Akan menjadi
Manusia yang Bongkak
Takbur
Ujub dan riak


Bermuhasabahlah
Mudah-mudahan kita
Akan merasakan
Bahawa kita hanyalah
Hamba Allah
Yang sekadar dipinjamkan
sezarah kehebatan Allah SWT


Mudah-mudahan
Kita terus
Menjadi
Hamba Allah yang sentiasa
Bersyukur di atas nikmat
Kurniaan Allah SWT

Ketenangan...Kesabaran...Di Ramadhan


Ketenanganku di ganggu buat seketika...hari ini...
Di kala menanda kertas peperiksaan percubaan dan berbual bicara bersama sahabat
Tiba-tiba di datangi...

Sukar untuk dinukilkan namun...di Ramadhan ini benar-benar akan menguji kesabaran kita sebagai seorang pendidik...

Kesabaran dan ketenangan sebenar-benarnya memainkan peranan waima sebagai seorang pendidik,ibu,bapa malah anak-anak...

Di kala dan tika inilah kita memang akan diuji...di sinilah kesabaran dan ketenangan kita akan diuji...sama ada kita memang benar-benar "kuat" atau "lemah"...menurut sebuah hadis yang bermaksud: "Sekuat-kuat manusia adalah orang yang mampu menahan marah"

Dan di dalam satu hadis juga yang membawa maksud " Jika berada dalam keadaan marah...jika dalam keadaan berdiri hendaklah kita duduk...tapi jika perasaan marah itu tidak juga hilang..maka hendaklah kita berwuduk"

Berwuduk dapat menenangkan hati kita yang sedang marah..kerana marah ini datangnya dari "syaitan" dan "nafsu amarah"...jika nafsu amarah ini tidak di kawal maka segala macam perkara yang buruk akan berlaku...tidak kira kita ini siapa....


Jangan biarkan nafsu amarah ini menguasai diri kita..beristighfarlah...mudah-mudahan Allah memberikan kita ketenangan ....

Selasa, 10 Ogos 2010

Salam Ramadhan...Ramadhan Kareem


Selamat Berpuasa
Selamat Bersahur
Selamat Beriftar

Selamat Bertadarus
Selamat Berterawikh

Selamat Bersedekah
Selamat Berzakat Fitrah
Selamat Berbelanja dengan Berhikmah
Selamat Berbuka Puasa dengan Juadah yang Sederhana

Selamat Menjaga Nafsu Amarah
Selamat Menahan Diri daripada perkara-perkara yang akan membatalkan PUASA
Selamat Diri dari segala kata-kata umpat

Selamat juga dari bermalas-malasan
Selamatkan juga diri dari tidur yang keterlaluan
Selamatkan juga diri dari berlumba-lumba membuat kuih,membeli langsir yang baru

Insafkan diri dengan kekurangan insan-insan yang memerlukan
Insafkan diri dengan insan-insan yang dhaif,miskin dan terbiar

Jangan lupa untuk bersedekah "ayat al-Quran " dan "doa" buat ibu dan ayah yang telah tiada...

Jadikanlah Ramadhan kali ini dan seterusnya ...sebagai bulan untuk bermujahadah,bermuhasabah,beristiqamah dalam melaksanakan ibadat...kerana kita hanya hamba Allah yang lemah dan kerdil....


Selamat Menyambut Ramadhan..buat semua..

Rabu, 4 Ogos 2010

Al-Quran Mukjizat Teragung Nabi Muhammad SAW



Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada malam 17 Ramadhan...dan bermulalah mukjizat suci Allah SWT yang terpelihara kesuciannya sehingga ke hari kiamat.

Tiada manusia yang dapat menandingi kehebatan kalimah-kalimah dan ayat-ayat Al-Quran...kerana ayat al-Quran didatangkan oleh Allah SWT kepada insan dan kekasihnya yang tercinta (Nabi Muhammad SAW)


AL-Quran Mukijizat Teragung

Jadikanlah aya-ayat al-Quran sebagai peneman di kala kita kerungsingan dan kesunyian,jadikanlah ayat-ayat al-Quran sebagai ubat penawar kepada kesakitan-kesakitan dan penyakit.

Jadikanlah ayat-ayat al-Quran sebagai sumber rujukan,kajian ilmiah kerana di dalam al-Quran terkandung berjuta-juta maklumat dan ilmu..hanya hambaNya yang berfikir sahaja yang akan mengkaji kehebatan dan keagungan al-Quran.

Jadikanlah ayat-ayat al-Quran sebagai perundangan di dalam sebuah keluarga,masyarakat dan negara..kerana di dalam al-Quran telah digariskan segala perundangan dan "qanun" dari Allah SWT.

Maha suci Allah SWT dari sebarang kekurangan. Sesungguhnya Allah SWT adalah maha pencipta...dan maha kaya dengan segala kekuasaan di langit dan di bumi.Tiada makhluk yang terlepas dari pandangan dan penglihatan Allah SWT. Segala yang terang dan tersembunyi segala-galanya di dalam pengetahuan Allah SWT.

Berpeganglah Kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Berpeganglah kita dengan Al-Quran dan as-Sunnah.Sesungguhnya manusia tidak akan sesat selama-lamanya ...itulah janji Allah yang menjanjikan kepastian nikmat di dunia dan di akhirat.

Malangnya hari ini,kita kadang-kadang dan terus meninggalkan penghayatan kita terhadap ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW melalui wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT.

Perudangan,tatacara hidup,hubungan manusia dengan manusia ,hubungan manusia dengan alam dan hubungan manusia dengan Allah...telah digaris dan disempurnakan di dalam al-Quran..namun semuanya terbiar kaku di dada waktu..dibiarkan terpinggir...tanpa mengambil sekelumit iktibar dan pengajaran dari ayat-ayat yang diturunkan Allah SWT....dan balasan azab kepada kaum terdahulu..juga bencana alam yang berlaku di akhir-akhir zaman ini...langsung tidak membekas di hati kita sebagai umat dan hamba Allah yang kerdil;

Setiap hari di dada-dada akhbar,di layar-layar internet,televisyen waima di corong-corong radio...berita kebobrokan dan kegawatan akhlak ,akidah semakin mencanak dan meletus umpama letupan gunung berapi yang telah memuntahkan laharnya tanpa henti...menghentam semua hidupan dan makhluk yang berada dipersekitarannya.

Penyakit Yang Semakin Membarah

Barah yang semakin kritikal...seolah-olah tiada ubat,vaksin dan penawar yang dapat mengubat dan menahannya daripada sebarang penularan....sesunggunhnya manusia...sudah semakin lupa,alpa,lalai,ghaflah dalam menunaikan amanah sebagai "Khalifah Allah"...yang diutus untuk memakmur dan mengimarahkan alam ini.

Kembalilah kita kepada peninggalan Nabi Muhammad SAW iaitu al-Quran dan As-Sunnah..tiada jalan penyelesaian yang terbaik kecuali kembali kepada ajaran Allah SWT...

Isnin, 2 Ogos 2010

Hidupkan Sunnah Bersahur


Ramadhan bakal menjelmakan dirinya...seluruh umat Islam akan berpuasa selama sebulan.Rukun Islam ketiga ditunaikan.Kewajipan bagi kita hamba Allah .

Bersahur perkara sunat yang dituntut semasa memulakan "saum"@ puasa. Berdasarkan sebuah hadis Imam Muslim meriwayatkan : " Beza di antara puasa umat Islam dan puasa ahli kitab ialah kita disyariatkan (disunatkan) bersahur"

Hadis riwayat al-Bukhari dan Imam Muslim: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Bersahurlah sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan"

Ibn Hajar as-Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari berkata,keberkatan melalui sahur diperolehi kerana beberapa perkara iaitu:

* mengikut Sunnah Rasulullah SAW
* tidak menyamai ahli kitab
* menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
* mengelakkan akhlak yang buruk kerana lapar
* menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana
waktu itu (sahur)sangat mustajab
* dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur

Maka rebutlah keberkatan berpuasa dengan bersahur. Dengan bersahur menepati kehendak Islam disamping dapat menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Jika kita mengatakan bersahur sebelum tidur malam dengan alasan tidak mahu bangun untuk "bersahur"...sesungguhnya ia bukan "sahur" namanya...tetapi "supper"@ (makan lewat malam).

Rebutlah juga keberkatan bersahur dengan melewatkan waktu bersahur.


Rujukan : Majalah SOLUSI -isu no:22
Ruangan : HADIS oleh Ustaz Syed Mohd.Norhisyam b. Tuan Padang

Khamis, 29 Julai 2010

Kami Telah Bersua Ramadhan


Pertemuan Yang Baik:

Diriwayatkan oleh al-Termizi,beliau berkata hadis ini hasan. Dari Talhah bin Ubaidillah bahawa Rasulullah SAW ketika melihat anak bulan Ramadhan yang maksudnya :

" Ya! Allah ,jadikanlah anak bulan ini datang kepada kami dengan keselematan dan keimanan ,keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhan kamu adalah ALLAH SWT. Ia adalah bulan kebajikan dan kebaikan"

Ia sebenarnya adalah pertemuan kekasih.Kita telah menantinya dan akan membuat persediaan untuk menyambutnya (Ramadhan)

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya "Ihya' Ulum ad-Din" telah menulis "Kewajipan di bulan Ramadhan pada sudut zahir "


i. menanti awal bulan dengan melihat anak bulan
ii. niat
iii. menahan diri dari makan dan minum dengan sengaja
iv. menahan dari berjimak
v. menahan dari keluar mani
vi. menahan diri dari sengaja muntah

Kami Telah Bersua Dengan Ramadhan


1.
" Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya " Apabila datang awal Ramadhan seorang penyeru akan memanggil: Wahai orang yang mencari kebajikan,datanglah. Wahai orang yang mencari kejahatan ,berhentilah. Ini kerana Allah SWT akan memerdekakan penghuni neraka pada tiap-tiap malam "

( Diriwayatkan oleh Tirmizi,Ibnu Majah,An-Nasa'ie )

2.
Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :

" Apabila datang bulan Ramadhan ,dibuka pintu langit (riwayat lain : pintu syurga) di tutup pintu neraka dan di belenggu syaitan"


3.
Imam al-baihaqi telah meriwayatkan sebuah hadis dari Jabir katanya :Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud

" Ramadhan telah datang kepada kamu. Ia adalah bulan yang ALLAH SWT memenuhkannya dengan keberkatan,menurunkan rahmat padanya,memadamkan kesalahan,memaqbulkan doa,menunggu mereka yang berlumba melakukan kebajikan dan malaikat Allah berbalah mengenai kebajikan . Maka tunjukkanlah kepada ALLAH kebaikan,kerana orang yang celaka ialah mereka yang tidak mendapat rahmat ALLAH SWT dalam bulan tersebut (Ramadhan) "


SubhnaALLAH..maha suci ALLAH dari sebarang kekurangan...sesungguhnya ALLAH itu maha pemurah dan maha penyayang kepada hamba-hambaNya...dikurniakan kepada kita bulan yang penuh keberkatan dan rahmahnya.....

Bersambung......

Rujukan :Buyutinna Fi Ramadhan (Rumah Kami di Bulan Ramadhan)
oleh : Doktor Abd.Wahid Al-Wakil

Ramadhan Al-Mubarak....Trial PMR dan SPM



Tiga perkara akan berlangsung dalam bulan yang sama (Ogos) namun bulan Hijrah...2 bulan berganding( Sya'aban dan Ramadhan)...tidak beberapa hari lagi..lebih kurang 2 hari ..pelajar-pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan percubaan PMR...(2/8/2010-6/8/2010).

Ramadhan (11 Ogos) akan datang menghampiri kita...pelajar-pelajar tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM pada 2 Ramadhan/12 Ogos - 6 September...semoga kedatangan Ramadhan dan menjalani peperiksaan di bulan Ramadhan akan memberikan lebih ketenangan dan kemudahan dalam menjawab soalan.


Ramadhan Datang Lagi.....

Kedatangan Ramadhan memang amat dinanti ...tidak kira siapa pun kita..tua,muda,dewasa,kanak-kanak,miskin dan kaya...semuanya menanti kehadiran Ramadhan dengan penuh...keterujaan..mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan memberikan lebih banyak keberkatan dalam hidup kita.


Amalan-amalan sunat sepanjang Ramadhan....
i. bersahur - sebaik-baiknya dilambat atau dilewatkan
ii.bertadarus al-Quran
iii.solat terawikh
iv.berbuka puasa- sebaik-baiknya dicepatkan

Biar Ramadhan Menjadi Titik Permulaan "Pengislahan" Diri

Jangan jadikan "saum/puasa" sebagai satu alasan kita sentiasa "keletihan " dan tiada kudrat untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai umat Islam,hamba Allah,ibu,bapa,suami,isteri dan pelajar.

Sesungguhnya "puasa/saum" mendidik diri,rohani dan jiwa kita agar sentiasa mensyukuri nikmat kurniaan Allah dan merasai penderitaan orang yang "tidak berupaya" dari segi material dan fizikal.

Puasa juga sebenar-benarnya mendidik "nafsu" kita agar sentiasa sabar,tabah,redha dan tenang dalam menghadapi apa jua cubaan dan dugaan ...dugaan dari sudut fizikal,kehendak dan kemahuan...bila "berpuasa"...semua makanan dan minuman yang dilihat sama ada di alam nyata atau di alam maya...pastinya akan "mengecurkan" dan "meleburkan" keinginan untuk membeli...


Didiklah Nafsu Ke arah Kebaikan dan Kesederhanaan

Maka dengan tuntutan "nafsu" maka apabila waktu berbuka...meja akan dipenuhi dengan juadah yang pelbagai dan beraneka macam....pastinya...jika tidak diagih atau dihulurkan kepada jiran tetangga...sudah pastinya makanan dan juadah akan terbiar kaku di dada waktu...tidak mampu untuk disentuh,dirasa dan dicuit...akhirnya...makanan menjadi santapan "recycle bin"....ah..nampaknya sudah berlaku pembaziran.

Sehubungan dengan itu...marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak ini dengan penuh "tawaduk' agar Ramadhan kali ini benar-benar dapat mendidik dan mentarbiah nurani,jiwa,rohani,emosi dan nafsu kita daripada sifat-sifat mazmummah...moga Ramadhan kali ini dapat menyemai,menyuntik dan menanam sifat-sifat mahmmudah dan akan melahirkan insan yang berakhlak,bertaqwa,beristiqamah dalam setiap amalan ibadat yang dilakukan.

Jangan jadikan bulan Ramadhan semacam satu musim..."musim bertadarus","musim menutup aurat""musim solat berjema'ah"dan "musim bersedekah"...biarkanlah ia berterusan dan istiqamah adalah perlu dalam melaksanakan ibadah dan suruhan Allah...agar ia benar-benar dapat mendidik dan mentarbiah diri kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa tanpa mengira bulan,masa dan tempat.

Rabu, 21 Julai 2010

Muhasabah Diri...Jalan Terbaik


Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di alam ini...nasihat menasihati adalah jalan terbaik buat diri kita yang selalu lalai,sering alpa dan kadang-kadang terlalu teruja.

Berdasarkan fiman Allah SWT dalam surah al-Asr(1-5):Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali bagi orang beriman ,beramal soleh ,berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran"

"berkata benarlah walaupun ia-nya pahit"

Nasihat-menasihati,tegur menegur adalah suatu fitrah manusia..yang inginkan kebaikan kepada sesiapa sahaja...walaupun kadang-kadang teguran itu terlalu pahit untuk di terima.

Teguran waima nasihat ibu dan ayah kepada anak,guru kepada pelajar,sahabat kepada sahabat bukan kerana apa??? Tetapi kerana rasa kasih dan sayang...agar insan yang disayang dan dikasihi itu tidak pergi atau hanyut terlalu jauh.

Keikhlasan yang kadang-kadang disalah-ertikan...namun sesungguhnya..manusia itu memang tidak pernah sempurna..dan perlu kepada seseorang.."sesungguhnya umat Islam itu bersaudara...atas dasar inilah teguran dan nasihat diberikan.

Namun teguran dan nasihat itu juga perlu berhikmah..jangan sampai"berselerak tepung"..agar tiada hati yang terluka,diluka dan melukakan..hakikatnya menegur dan menasihati seseorang perlu ada....keikhlasan dan kesungguhan...

Jangan sesekali menyimbah minyak ke dalam api yang sedang marak..jangan biarkan orang ketiga mengambil tempat untuk kita menegur seseorang...kerana kesungguhan dalam menegur itu...akan menjadi sebaliknya.

Apa yang penting..kita sepatutnya muhasabah diri..kerana "masakan pokok bergoyang jika tiada angin yang bertiup" jangan suka menyalahkan atau menuding jari kepada orang lain...masakan manusia tidak pernah membuat kesilapan dan kesalahan.

Sesungguhnya manusia itu tidak pernah sempurna..kerana setiap kita ada kelebihan dan kekurangan....dan kerana itu Allah ciptakan manusia tidak akan sama dari segi rupa,sifat dan kelakuan...kerana hikmah perbezaan ini...adalah untuk saling lengkap-melengkapi,bantu-membantu,nasihat menasihati.

Sesungguhnya tiada apa yang dijadikan di atas muka bumi dan di langit ini sia-sia.Allah maha mengetahui setiap sel,setiap unit dan setiap makhluk yang dicipta mempunyai fungsi,mempunyai amanah,mempunyai tanggungjawab untuk dilaksana dan dilunaskan.

Siapa pun kita...andai dinasihat dan memberi nasihat...sama-samalah bermuhasabah diri...kerana sesungguhnya..nasihat itu bertujuan mengingatkan perkara yang kadang-kadang kita alpa (terlepas pandang)

Kerana pulut santan binasa.....dan kerana mulut badan binasa...jangan jadikan "mulut" yang dicipta Allah untuk mengeluarkan kata-kata yang boleh menyebabkan punca permusuhan,persengketaan dan perbalahan.

Gunakanlah akal...dan berfikirlah sebelum bertindak...akal yang waras dan didampingi dengan keimanan dan akhlak yang mulia tidak akan tergamak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan rosaknya 'ukhuwwah' yang terjalin.

Memutuskan silaturrahim dan menjadi punca terputusnya "silaturrahim" merupakan dosa yang amat besar...penabur fitnah adalah "sejahat-jahat manusia" kerana boleh meruntuhkan institusi keluarga,organisasi dan sebuah kerajaan...

Lidah itu sebenarnya lebih tajam dari mata pedang...maka fikir-fikirkanlah ...jangan kerana lidah yang tidak bertulang ini berfungsi untuk mengadu domba....

Sesungguhnya perbuatan (mengadu domba)ini boleh menghancurkan "ukhuwwah" suci....boleh memutuskan tali-tali persaudaraan dan persahabatan...dan ia nya sukar untuk dibaiki jika hati-hati ini telah terluka ,diluka dan melukakan.

Terkesima....


Menghadiri mesyuarat Panitia jam 1.30 petang...terkejut dan terkesima dengan berita dan perkhabaran dari sahabat...anak-anak didik di tingkatan 1 dan 2 ...dan kebanyakkannya perempuan..cuba melakar "tato" di tangan menggunakan pisau.

Hebat sungguh anak-anak perempuan..belum habis dengan berita "buang anak","merokok"..hari ini satu lagi kes..yang tidak boleh di ambil mudah..."membuat tato"..melakar nama "kekasih hati"

Masyallah...betapa terkejut dan bertambah satu lagi masalah yang perlu diselesaikan dengan kadar yang segera..masih di awal remaja...merokok ,membuat tato,bercumbu mesra sudah menjadi perkara biasa dan keluarbiasaan yang sudah menjadi kebiasaan.

Jika di awal tahun 90-an perkara "keluarbiasaan" ini hanya kita dengar,lihat dan tonton di luar negara..tetapi hari ini "keluarbiasaan" ini sudah menjadi "kebiasaan" dan seolah-olah sudah menjadi"kelumrahan"...

Apa yang akan kita lakukan,sedang lakukan dan telah lakukan dalam membendung dan membanteras gejala,penyakit dan barah yang sedang menular seakan tiada penghujung dan jalan penyelesaiannya.

Kembali kembali dan kembalillah kepada Islam dan berpeganglah dengan ajaran Al-Quran dan as-Sunnah...Islam adalah "SYUMUL"...lengkap dan sempurna kerana ia datang dari Allah...Allah yang mencipta kita..

kenapa kita hendak menidakkan hukum Allah???...sempurnakah kita,bijaksanakah kita,untuk menolak hukum-hukum dan undang-undang Allah...jika kita sendiri Allah yang cipta...Allah yang buat.

Tidak malukah kita meminggirkan Allah,menolak hukum Allah,menidakkan Allah...sedangkan Allah mengetahui segala-galanya...Allah penentu qada' dan qadar kita?

Sampai bila kita hendak menongkat ke langit ,tidak mahu menunduk...sombong,bongkak,ego,takabur,ria'dan ujub. Sedangkan kita ...tidak ada apa-apa...semuanya Allah pinjamkan.......

Malulah dengan pencipta kita...Tuhan sekelian alam...Allah rab-bul Jalil...renung-renungkanlah....kerana sesungguhnya manusia itu tidak sempurna...dan "sempurna: itu hanyalah sifat dan hak Allah SWT.

Isnin, 19 Julai 2010

Rahsia Hati....



Monolog....

Aku terkesima seketika apabila dikhabarkan ayah...tiba-tiba jatuh.
Jatuh sejurus melihat adik di bilik...
Perkhabaran yang benar-benar menjadikan degupan jantung terhenti buat seketika

3 tahun telah berlalu..namun baru semalam kurasakan...
Ayah pergi meninggalkan kami dalam kebingungan
Hakikatnya...ayah telah pergi menemui penciptaNya

Tiada daya kami untuk menghalang pemergiannya ke alam nan abadi
Segala amanatnya kami miliki
Namun mampukah kami
Mengaplikasikannya dalam kehidupan kami

Betapa mahalnya harga sebuah pengorbanan
Andai kami tidak mampu membalasnya dengan iringan doa anak-anak
Yang soleh dan solehah

Mampukah kami menjadi sepertinya...
Masih mampu beribadat
Menyembah dan mengadapmu Illahi
Di kala hayatnya dan ajalnya
di dalam ketentuanmu Illahi

Hidup mesti diteruskan
Amanatnya wajar kami perjuangkan
Keperibadiannya harusnya menjadi ikutan
Amalannya semestinya menjadi teladan

Anak-anak,cucu,menantu dan isteri
Ditinggalkan dalam keadaan
Amat kebingungan

Hakikat dan kenyataannya
Sudah tiada lagi panggilan
Ayah,Daddy(panggilan manjaku)
Semuanya sudah menjadi kenangan
Yang Pastinya tidak akan dapat kulupakan


Ayah...

Rabu, 14 Julai 2010

Kekecewaan Itu Menghampiri Diri.....


Perlukah kita kecewa atas
jawapan yang tidak menyenangkan hati?
Perlukah kita kecewa dengan segala jawapan yang diberi?
Perlukah kita kecewa dengan segala kemungkinan yang akan berlaku?


Kecewakah aku dengan jawapan itu?
Kecewakah aku dengan kenyataan ini?

Perlukah aku kecewa?
Ya!Allah...pasti kekecewaan ini ada ubatnya.
Ya!Allah...pasti segala jawapan yang berbentuk kekecewaan ini
mampu aku hadapi..

Walaupun di saat dan di tika ini
Jawapan yang diterima benar-benar telah
Mengecewa dan mendukacitakan diriku

Namun...sesungguhnya aku pasti
Tuhanku...
Ya!Allah..pasti ada jawapan untuk
kekecewaan dan kedukacitaan yang aku alami


Pastinya ada keindahan di sebalik
Kekecewaan dan kedukaan ini...
Ya!Allah..jadikanlah aku (hambamu) yang yakin
Dengan ketentuan Qada' dan Qadarmu...

Berikanlah aku jalan yang terbaik...
dan memberikan yang terbaik...
dalam aku menentukan yang terbaik
buat masa depan anak-anakku.


Sesungguhnya segala apa yang kau datangkan kepada kami
Pastinya yang terbaik di antara yang terbaik...Amin