Kemenangan PASTI berlaku jika kita memerangi kejahilan dan kedangkalan hawa nafsu berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
AL-FATH US-SAKINA
KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!
Sabtu, 13 November 2010
UPSR 2010
Keputusan UPSR telah diumumkan pada 11 November 2010...tahniah buat anak-anak yang berjaya dengan cemerlang dengan memperoleh 5A .
Buat anak-anak yang gagal memperoleh 5A jangan bersedih "LA TAHZAN" kerana masih panjang lagi perjalanan hidup kita.
Insya'Allah ...ada cahaya dan sinar kecemerlangan yang masih menanti kita.Pastinya Allah SWT maha mengetahui perjalanan hidup hamba-hambaNya.
2 tahun yang lalu ( 2008) anak daraku mengambil peperiksaan UPSR dengan memperoleh keputusan 1A 3B 1D..rasa penuh kesyukuran kupanjatkan ke hadrat Illahi..dengan keputusan anakku...
Memang tidak terjangkau di pemikiranku ..anakku akan memperolehi 1A..kerana selama 4 tahun bermula dari darjah 1 hingga ke darjah 4...anakku mempunyai masalah pembelajaran.
Namun berkat kesabaran "dia" anak kesayanganku...dan patuh dengan cakap dan nasihat guru...Alhamdulillah NASYEHA AS-SAKINA telah menunjukkan perkembangan yang cukup membanggakan.
Rasa terharu sebagai seorang ibu dan ayah terbalas dengan keputusan UPSR..walau tidak secemerlang orang lain...namun keputusan yang diperoleh sudah cukup untuk membuatkan kami..bangga dengan apa yang dimiliki oleh anakku.
Mungkin dia tidak secerdik orang lain....namun Kebijaksanaannya dalam mengatur hidup dan meneruskan perjuangan menjadikan kami benar-benar teruja...dengan kesungguhannya.
Bohong kalau aku katakan aku...tidak sedih...namun Allah hendak menguji kesabaran dan ketabahan kami dalam mendidik dan memberikan yang terbaik buat anak-anak.
Jangan sesekali kita mengeluh dan berputus asa kerana setiap anak ada caranya tersendiri dalam menerima didikan,asuhan dan bimbingan kita sebagai ibu dan ayah.
Tidak semua anak itu sama..hatta sepohon kelapa yang baik...tidak akan menghasilkan "buah kelapa" yang baik semuanya...namun dalam "komeng" buah kelapa itu masih ada kebaikannya...yang tersirat dan ia perlu disuratkan...dipamer dan dilahirkan.
Anak-anak adalah "amanah"..kita sebagai ibubapa yang boleh mencorakkan ia...sama ada ia menjadi "helaian kain sutera" atau "helaian guni"..namun guni juga ada kebaikannya.
Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna...maka jangan jadikan ketidak sempurnaan anak-anak sebagai batu penghalang kepada kita untuk mendidik mereka menjadi yang "terbaik".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan