AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Ahad, 7 November 2010

PRIMA MODA ,BATU PAHAT


Seusai menunaikan solat Zohor,bertolak ke Kg.Abdul Rahman Yassin Kluang...suamiku memandu...mengambil bakal adik ipar..untuk ke Batu Pahat...(Carefuur)...asal cadangan untuk berbelanja..mencari barang hantaran.

Kami memulakan perjalanan dengan Ain (bakal menjadi pengantin)...bersama adik-adik yang lain dan emak...mereka tertinggal di belakang...sepanjang lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan kami sampai di Carefuur...

"Parking LOT" @ Tempat meletak kenderaan penuh sesak...sudahlah sepanjang perjalanan penuh dengan kenderaan..hendak memarkir kereta pun...fuh penuh sesak...sabar aje-lah.

Setelah berpuashati...kami melangkah kaki ke bangunan "Carefuur"..tapi malangnya...adik dan emak ke sasar..simpang masuk ke "Carefuur"...kena pandu jauh sedikit ...

Dalam menanti mereka...aku,suami,bujang cilikku dan bakal adik ipar...terhenti seketika di "pameran buku " Islam...teruja membelilah juga...penanda al-Quran (sebungkus RM3), buku "Salah faham terhadap Akidah" dan "Salah faham tentang Bersuci", ayat-ayat suci pilihan

Dan suami teruja dengan CD...terhangat dan "terhot" di pasaran sekarang...CD "Maher Zain"..tak apa mahal pun mahallah...janji dapat yang "original"......

Lebih kurang 30 minit jugalah..menanti...sempat beli roti "sedap dan rangup" di Papa Hot Bread..kot..dengan pakej RM3.50 dapatlah satu "milo" ais dan "roti sedap dan rangup"....

Tut...tut...sms "kami ke Prima Moda"...awat tak khabag awal-awal nak pi Prima Moda..taklah jauh menapak...tapi takpalah...dapat CD "Maher Zain"kira o.klah...redalah marah....


Memilih pakaian untuk majlis "nikah" dan "walimah" untuk adik ...rumit rupanya..ye-lah....masa aku dulu semua cari sendiri...ditemani mak dan Anum tika itu baru berusia 4 tahun...bila penat jalan..Anum minta didukung....

Selain berutus surat...menulis saiz baju,seluar,cincin dan kasut..melalui maklumat inilah..aku dan emak meredah bandar Kluang..mencari apa yang perlu dan ala kadar saja...

Pakaian nikah,makan beradap dan bertandang sekadar baju sutera yang boleh dipakai bila majlis "walimatul-urus" selesai...jimat dan ala kadar..bukan apa...belum sempat kerja...dan nak menikah.

Masa berlalu terlalu pantas...segala-gala berubah...cuma perubahan ini jangan sampai menggadaikan maruah,kehormatan dan agama kita. Alhamdulillah adik dan bakal adik ipar mampu mempertahankannya...

Walaupun kita ni sudah bertunang atau bakal bertunang waima belum ada apa-apa ikatan bukan menjadi tiket kebebasan bagi kita untuk keluar berdua-duaan tanpa ditemani "mahram"...biarlah orang kata kita ketinggalan zaman...namun hakikatnya kita tidak sampai menggadai maruah dan agama kita semata-mata untuk menjaga pandangan manusia.

Apa yang penting kita hendaklah mengutamakan "pandangan Allah" kepada kita...bila sudah menjadi hak milik yang "sah" barulah boleh berdua-duaan....ini belum jadi milik "sah" sudah seperti "belangkas" yang sukar dirungkai....

Tetapi bila sudah menjadi milik yang "sah" ..belangkas dah jadi seperti..."anak kucing" kehilangan ibu...ditinggal,disepak,diterajang...dan tiada lagi belaian....
Bercintalah dan kasihi sesama manusia kerana "Allah" bukan kerana "na
fsu"

1 ulasan:

  1. Nostalgia, kisah dulu2 amat menyeronokkan dan telah terbukti cara islam (tak kuar bersama bakal isteri / suami ) menyelamatkan akhlak dan nafsu.

    Anak muda, apakah dengan berbelanja konon atas alasan nak bikin persiapan kahwin berdua dan boros dengan pakaian jenama dan kain baju mewah menentukan kebahagiaan rumahtangga nanti..?

    Takuti Allah...haram, berdosa duduk berkenderaan berdua2an dan pasti ada yang ketiga iaitu SYAITAN.

    BalasPadam