AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Sabtu, 19 Februari 2011

laman ct.com: Makanan Pembakar Kalori, Tips Menurunkan Berat Bad...

laman ct.com: Makanan Pembakar Kalori, Tips Menurunkan Berat Bad...: "Tahukah anda, terdapat banyak jenis makanan di dapur anda yang boleh digunakan sebagai makanan pembakar kalori bagi membantu usaha anda untu..."

Sabtu, 12 Februari 2011

Jumaat, 11 Februari 2011

IBNU SINA...contohi akhlak dan kecemerlangannya


Ibnu Sina tokoh perubatan terulung Islam yang menseimbangkan tuntutan rohani dan jasmani dalam kehidupannya.

Menuntut ilmu fardhu kifayah (perubatan) tanpa meminggirkan ilmu ukhrawi (fardhu Ain)..seawal usia 5 tahun sudah mempelajari al-Quran dan seawal usia 10 tahun sudah menjadi seorang "hafiz"..hafaz 30 juzuk al-Quran.




Seawal usia 16 tahun sudah menguasai ilmu perubatan. Ketokohan beliau dalam bidang perubatan cukup cemerlang. Buku karya beliau "Qanun Fi Tibb" @ "Canon of Medicine" menjadi sumber rujukan pelajar perubatan seluruh dunia..waima Universiti Oxford,London..menjadikan buku beliau sebagai sumber rujukan utama.




Betapa hebatnya manusia bernama "IBNU SINA"...hebat kerana ALLAH telah mengangkat darjat beliau..sesungguhnya IBNU SINA amat taat dalam melaksanakan tuntutan agama.
Seorang yang patuh pada ajaran Islam.




Sesungguhnya ALLAH akan mengangkat darjat dan memuliakan seseorang hambaNya ..apabila hambaNya..telah memartabatkan Islam dan mempertingkatkan keimanan dalam kehidupan seharian.

Janji Allah itu pasti..carilah "kecemerlangan di dunia dan di akhirat" dengan menemukan "kecemerlangan iman dan hidayah" dalam hidup.



( Muhammad :Hafiz Muda Malaysia)..moga Muhammad menjadi "ikon" remaja di Malaysia.

Rabu, 9 Februari 2011

Lantas aku berdiri...

Berdiri...di atas bumimu...
Di bawah naungan arasymu...
Ya!Allah,ada kalanya aku tidak berdaya
Untuk berdiri,berlari....


Mengapa...aku lalui semua ini?
Bayang-bayang apakah yang menutupi
Alam mayaku...

Aku..merasakan seolah-olah
Segalanya telah hilang...
Ya!Allah berilah aku kekuatan..


Semangatku serasakan hilang..
Berterbangan...
Bertaburan..

Entahlah...
Seketika ..aku menerima perkhabaran itu...
Hatiku menjadi tidak keruan...
Mana bisa ..anak-anak sekecil itu..
Dijerkah,digertak...dan di rotan
Atas kesalahan dan kesilapan
Yang terlalu kecil...


Betapa pun kita mahu mendidik
Tidak perlu kepada jerkahan..
Kerana sesungguhnya..
anak-anak bisa
mengerti..
andai kita....
berbicara lembut...


Jerkahan dan tengkingan
Bisa meragut kecerdasan mereka...

Wahai ibu,pendidik dan guru..
Jadilah pendidik dan guru..
Yang unggul
Dalam mentarbiah anak-anak..

Sabtu, 5 Februari 2011

Kesesakan....

Cuti Tahun Baru Cina..selama 4 hari bermula 3hb-7hb.2.2011.

Tengahari 3hb.bertolak ke Bandar Baru Bangi..perjalanan bermula dari Simpang Renggam,berhenti di R&R Machap...untuk mengisi minyak dan melepaskan lelah.

Perjalanan diteruskan ....hampir 2 jam berjalan berhenti di R&R Air Keroh untuk solat dan mengisi perut yang kelaparan. Seusai solat dan makan...kami meneruskan perjalanan ke Bandar Baru Bangi ...tidak sampai 5 km..perjalanan kami terperangkap di kesesakan di sepanjang lebuhraya..utara selatan.



Dalam keadaan panas yang amat terik..terasa bahang ..hingga menggigit kulit..seolah-olah berada di tengah padang yang panas terik....dalam suasana Johor di landa banjir yang teramat...namun disepanjang perjalanan ..alhamdulillah....cuaca baik.

Sekiranya perjalanan biasa hanya mengambil lebih kurang 4 jam..namun pada hari ini (3/2/2011)...perjalanan mengambil masa hampir 6 jam..

Hari ini 5/2/2011 (Sabtu) selepas puas berendam air terjun di Lopoh,Pangsun..bersama-sama kaum keluarga...dan menjamu Sate Kajang "Haji Samuri"..hari ini selepas makan tengahari di rumah adik...kami bertolak pulang.



Seusai melepasi "Plaza Tol" Bangi...kira-kira 2km ...kenderaan mula bergerak perlahan...nampaknya..perjalanan pergi dan pulang ke Kluang...kami menempuh kesesakan...

Apakan daya suasana yang perlu kami hadapi...tika inilah kami perlu bersabar dan melatih diri agar bersabar...al-maklumlah..bila berlaku kesesakan ..macam-macam hal boleh berlaku...

Alhamdulillah...semua berjalan lancar..dan kami selamat sampai di bumi tercinta Kluang..tepat jam 5.00 petang. amin.

Rabu, 2 Februari 2011

Hujan Kembali Membasahi Bumi


Hampir seminggu..Bumi Johor ..dilimpahi hujan..dan banjir di beberapa kawasan. Tidak terkecuali bumi tercinta Kluang.



Namun di sebalik hujan kurniaan Ilahi yang mencurah-curah pasti ada sesuatu...yang ingin Allah berikan..sama ada ia rahmat,musibah atau ujian.
Siapa pun kita..sewajarnya kita menganalisa dan muhasabah diri..atas setiap apa yang telah kita lakukan...jika hujan sekadar memabasahi bumi..setelah beberapa hari ..bumi kering..mungkin ia adalah rahmat...agar bumi kembali subur.

Namun jika hujan mencurah-curah tanpa henti dan hampir menenggelamkan keseluruhan bumi Johor pastinya ia merupakan suatu amaran atau peringatan Allah kepada kita...


Kemungkinan ...perlakuan dan perbuatan yang kita lakukan mungkin banyak sekali memperleceh dan mempermainkan ajaran Islam...sesungguhnya itulah amaran dan peringatan yang telah Allah SWT datangkan kepada kita.

Sesungguhnya...amaran dan peringatan ALLAH tunai...mempertikaikan batasan aurat dan batasan pergaulan yang telah digariskan oleh Islam..benar-benar telah menggugat dan mencemarkan kesucian Islam.



Siapa pun kita...dunia,harta waima keluarga adalah suatu pinjaman dan amanah Allah kepada kita..jika kita tidak menjuruskan ia kepada segala aturan dan ajaran Islam..pastinya Allah murka.


Kemurkaan Allah itu berbalas tunai...tidak perlu menunggu tahun depan..namun sekejapan ia berlangsung...harta benda musnah...kerugian tidak perlu dianggarkan pastinya..hanyut bersama kederasan banjir yang melanda...siapa kita untuk menidakkan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.


Tatkala umat Islam sedunia bangkit menentang kezaliman dan ketidakadilan..kita masih lagi di buai dengan kemewahan yang bersifat sementara...tiada apa yang kita bawa ...apabila kita menghadap mahkamah ALLAH...hanya amal ibadat yang pastinya ikhlas semata-mata kerana Allah.

Tiada amanah yang berlandaskan harta dan pangkat menjadi pertimbangan Allah SWT ...namun segala amanah yang dilaksana adalah semata-mata untuk menegakkan 'syari'at dan undang-undang Allah" di muka bumi ini.

Kita adalah khalifah.."khalifah" yang melaksanakan "syar'iat Illahi" bukan khalifah yang menidak dan menolak segala apa yang telah di bawa oleh Rasulullah SAW. Sesungguhnya segala yang dibawa oleh Rasulullah SAW datangnya dari Allah SWT..yang tidak perlu disangkal dan dibiarkan...begitu.



Kekuasaan dan kebesaran Allah meliputi segala yang berada di langit dan di bumi..berbanding dengan kita manusia..hanya sekadar berkuasa di daerah waima di persekitaran kita...segala-galanya milik Allah.

Andai Allah menghendaki sesuatu..dan memberi sesuatu..Allah tidak perlu bertanya kita (hambaNya)...sekadar "Kun fa-yakun" segalanya bergerak mengikut "SUNATULLAH"...

"Sunatullah" inilah yang telah dipatuhi oleh alam....banjir melanda...kawasan terputus hubungan...harta benda musnah...nyawa melayang...maka fikir-fikirkanlah.

Sesungguhnya telah banyak tanda yang Allah berikan kepada kita untuk dijadikan pengajaran dan iktibar..namun itu semua tidak cukup..andai kita tidak berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.