AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Ahad, 20 Jun 2010

HalaTuju Remaja Kita


Kemanakah arah kaki hendak ku bawa?
Kemanakah arah diri hendak ku jadi?
Kemanakah arah hati hendak ku pasti?

Tanpa arah
Tanpa tujuan

Pastinya..
Hidup kita
Ada Tujuan
Ada Matlamat

Jalan Mana Yang Hendak Ku Tuju
Jalan Lurus
Atau Jalan Bengkuk

Jalan Penuh Liku
Jalan Penuh Duri
Jalan Penuh Angan-angan
Jalan Penuh Khayalan

Tepuk Dada
Tanya Hati
Tepuk Dada
Tanya Iman

Mampukah Kita Menjadi Yang Terbaik?
Mampukah Kita Menjadi Insan Mulia?
Mampukah Kita Mengubah Dunia?
Mampukah Kita Mempertahankan Maruah Kita?
Mampukah Kita Membangunkan Negara?
Mampukah Kita Melakukan Perubahan?
Mampukah Kita Menjadi Hamba Allah Yang Beriman?

Terlalu Banyak Persoalannya...
Mampukah kita Menjawab
Setiap Persoalan ini
Dengan Keyakinan
Dengan Keikhlasan
Dengan Kebijaksanaan
Dengan Kematangan Fikiran

Atau
Kita Menjawab Setiap Persoalan Ini
Dengan Kecelaruan
Dengan Kegoyahan
Dengan Ketidakan
Dengan Dolak Dalik

Segala-galanya..
Memerlukan Ilmu
Memerlukan Akal
Memerlukan Iman
Memerlukan Akhlak

Barulah Kita Mampu Menjawab Setiap Persoalan Ini
Tanpa Perlu Keraguan
Tanpa Perlu Kecelaruan

Kerana Ilmu
Kerana Iman
Kerana Akal
Kerana Akhlak
KITA....
Telah memberikan Jawapannya

"Umat Islam Adalah :Sebaik-baik Umat Di Dunia"

كنتم خير امة ءاخرجت للناس

Tiada ulasan:

Catat Ulasan