AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Selasa, 22 Jun 2010

"Blackout" Kali Ke-2


Hari ke dua persekolahan (22/6/2010)..."balckout" masih melanda sekolah tercinta.
Melangkahkan kaki ke pejabat dan bilik guru..suasana gelap...
Ada para sahabat terpaksa mengeluarkan "torchlight a.ka. lampu picit" dari telefon bimbit masing-masing...bagi menerangi "kawasan jajahan"....

Menyaksikan keadaan gulita di awal pagi ditambah dengan cuaca mendung dan hujan mula turun...terasa seketika seperti berada di awal 50-an...sebelum MERDEKA...

Begitulah agaknya suasana di awal MERDEKA...ibu-ibu dan bapa-bapa kita memulakan hari mereka dengan lampu pelita...bagi yang berada...mereka menggunakan "lampu" yang dipam...dan diisi dengan minyak...

Blok A sahaja yang menempatkan bilik guru,pejabat,bilik mesyuarat dan bilik peperiksaan sahaja yang tiada bekalan elektrik...namun apakan daya hingga ke tengahari...keadaan masih belum berubah...

Blok A yang menempatkan "kawasan" yang teramat penting terutamanya "bilik peperiksaan" yang dilengkapi dengan "komputer" bagi mengisi markah-markah anak-anak didik....bagi peperiksaan pertengahan tahun.


Mengisi Markah Di Komputer Tergendala Buat Seketika

Segala kerja jadi tergendala...hendak "masukkan markah" peperiksaan pertengahan tahun...jadi tergendala...

Kasihannya kami...Nampaknya untuk tahun ini sudah dua kali kami mengalami "ketiadaan elektrik"...

Namun tugas dan amanah tetap diteruskan kerana Blok B dan C tidak mengalami kepanasan dan ketidakselesaan.Apa-apa pun..perjuangan tetap diteruskan walaupun....suasana cuti masih...melanda diri...

Amanah dan tanggungjawab...pasti akan kami laksanakan dengan penuh keikhlasan...

Teruskan perjuangan...walaupun kepanasan dan kehangatan melanda bilik indah milik kami...para PENDIDIK di SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan