Kemenangan PASTI berlaku jika kita memerangi kejahilan dan kedangkalan hawa nafsu berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
AL-FATH US-SAKINA
KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!
Sabtu, 1 Januari 2011
Januari 2011
Awal Hijrah sudah hari ke 26 (Muharam 1432H)...Masihi baru menginjak 1 Januari 2011...
Pastinya apabila detik 12 malam...kedengaran sorak-sorai menyambut awal tahun Masihi...
Namun rasanya budaya ini tiada dalam budaya Islam waima budaya Melayu...budaya siapakah yang kita ikut ye?....
Pastinya budaya barat...betul tak?
Hakikatnya kita sangat-sangat membazirkan masa,tenaga waima wang...
ye-lah sanggup menunggu ke detik 12 malam...berapa banyak masa kita terbuang tanpa melakukan apa-apa...
Tenaga...pastinya...berjalan berkilometer...sanggup berasak-asak...semata-mata hendak mengira detik ...10,9,8,7,6,5....4...3...2...1....
Bermulanya 1 Januari 2011...
Apa salahnya tenaga dan masa itu dihabiskan di rumah ...melakukan apa jua perkara yang berfaedah...ye tak..
Wang..sudah pastilah ...terbuang begitu sahaja...sanggup mengisi minyak "penuh"...untuk memenuhi tuntutan detik 12 malam...
Malangnya apabila diminta untuk menghulurkan sumbangan ..buat insan yang memerlukan...sukarnya...
Fikir-fikirkanlah...budaya siapa yang menjadi sanjungan dan men"darah" daging dalam sanubari kita sebagai umat Islam....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan