Semalam 23/1/2011....kira-kira jam 9.00 pagi menerima panggilan dari bonda...mengkhabarkan...satu-satunya pakcikku( adik ayah) telah kemalangan.
Berita disampaikan dalam keadaan aku tidak bersedia untuk menziarah beliau..waima "abang" tiada di rumah..sibuk dengan tugasnya...
Namun ku khabarkan pada emak..agar menyampaikan "berita terkini"...alhamdulillah "pak cik : Uda" tidak mengalami kecederaan "serius"..cuma agak terperanjat dan menyebabkan keadaan "jantungnya" agak "sakit" ...beliau terpaksa ditahan di wad.
Hari ini kira-kira jam 3.30 petang.."abang" mengirim "sms"(pesanan ringkas)..mengkhabarkan bapa mertua kepada biras kakak iparku ( kakak suamiku)...telah meninggal dunia.
Meninggal dunia dalam keadaan amat tragis - dilanggar dengan sebuah lori tatkala pulang dari "menoreh getah" kira-kira jam 2.30 petang...(24/1/2011).
Berita yang amat-amat memeranjatkan dan menyebabkan aku...terkesima. Terbayang wajahnya..walau tidak mengenali dengan begitu rapat...namun beliau merupakan insan yang amat disayangi dan peramah.
Terbayang wajahnya ..itulah kali pertama dan juga kali terakhir..tatkala menghadiri majlis meraikan jemaah haji di Melaka(rumah ibubapa mertua- kakak ipar ) di Melaka...dalam erti kata (bapa kepada biras kakak ipar.)
Senyuman manis darinya tidak pernah lekang dilemparkan kepada sesiapa sahaja...Ya!Allah..sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. Mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin.
Sesungguhnya itulah hakikat kehidupan...yang hidup pasti akan mati...dan sesungguhnya ajal maut,jodoh pertemuan dan rezeki segala-galanya menjadi ketentuan (qada' dan qadar Allah SWT)...kita hanyalah hamba yang kerdil...
Yang mampu kita lakukan hanya berdoa...memohon agar diberikan keberkatan dan menjauhikan diri kita dari segala bala bencana..sama ada di laut,di darat waima diudara. Mudah-mudahnya Allah memberkatinya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan