AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Jumaat, 18 Mei 2012

Hari Guru 2012

Selamat Hari Guru buat diri sendiri,suami,adik-adik,sahabat-sahabat dan kaum kerabat...yang bergelar CIKGU.

Cikgu..kalimah dan lafaz yang seringkali terucap dibibir para pelajar...siapa pun kita..walau di mana kita berada...lafaz ungkapan CIKGU adalah ubat dan penawar kepada kita sebenarnya.

Ungkapan CIKGU ...USTAZ..USTAZAH..MUALIM..MUALIMAH..adalah ungkapan yang akan menjadikan kita rindu apabila..kita tidak mendengarnya sehari.


Ungkapan inilah yang membakar semangat juang kita untuk terus melaksanakan amanah kita sebagai seorang PENDIDIK.

Ungkapan yang memberikan seribu satu makna dalam kehidupan kita...melalui amanah dan tanggungjawab ini..kita mengenali anak-anak didik kita.

Anak-anak yang dilahirkan dalam pelbagai latarbelakang sosial kehidupan..yang terkadang tidak terjangkau keperitan kehidupan mereka difikiran kita.


Walau siapa pun mereka...sewajibnya kita memimpin dan menuntun mereka ke arah yang baik dan benar..jangan biarkan mereka melangkah tanpa arah.

Sewajarnya itulah amanah terbesar buat kita sebagai seorang CIKGU atau PENDIDIK..
maka laksanakanlah amanah ini dengan penuh keikhlasan...agar akan lahir generasi yang berilmu,berakhlak dan beriman. INSHA'ALLAH.

Isnin, 23 April 2012

Sketsa Sebuah Kehidupan....

Semalam terbaca tentang seorang pelajar jatuh bangunan, hari ini  terbaca kisah seorang bakal pengantin mati di bunuh. Sebulan lalu anak kecil berusia 5 tahun  mati dibakar...setiap hari di dada akhbar,di skrin televisyen waima melalui saluran alam siber...berita kematian,pembunuhan,kecurian,pemerkosaan pastinya akan terpampang.

Terdetik di hati setiap sanubari kita sebagai seorang manusia,seorang ibu,ayah,anak,waima seorang guru mahupun seorang pelajar,pasti akan tertanya-tanya "masih selamatkah aku jika aku berseorangan di rumah atau bersendirian di jalan atau di tempat menunggu bas??" Sedangkan jika berkumpulan pun masih boleh menerima kecelakaan inikan pula jika berseorangan .

Ya!Allah di manakah silapnya? Kembalilah kepada hukum,perundangan dan peraturan Allah SWT. Perundangan Allah SWT itu sesuai di semua tempat,di setiap masa....tiada keraguan di dalamnya..kerana ia datang dari Allah SWT yang menjadikan kita.

Siapa kita untuk mempertikai dan menolak hukum dan perundangan Allah SWT. Sedangkan kita juga "dicipta" dan "dijadikan" oleh Allah SWT. Jangan sampai kita menjadi KUFUR kerana menolak undang-undang Allah yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis.

Hanya kerana kita membelakangkan undang-undang Allah..maka dengan itu Allah menguji kita..mampukah undang-undang manusia mengatasi undang-undang Allah??? Jawapannya pasti tidak boleh kerana undang-undang manusia itu terlalu jauh dangkal berbanding undang-undang Allah.

Kerana undang-undang manusia hanyalah ciptaan manusia yang terbatas akal fikiran dan kemampuannya dalam berfikir. Manusia hanyalah makhluk Allah yang dicipta oleh Allah..bukan "terjadi" dengan sendiri.

Hakikatnya....undang-undang ciptaan manusia dan manusia itu sendiri terlalu banyak kelemahan dan kekurangannya. Kenapa perlu mendabik dada dan bangga? Jika Allah menghendaki sesuatu kebaikan atau keburukan..itu semua tidak mustahil bagi Allah SWT.

Fikir-fikirkanlah kembalillah kepada perundangan Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Tidak akan sesat umatku jika mereka berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah".

Jumaat, 23 Mac 2012

Ujian Itu Datang Lagi...

Pastinya manusia itu diuji...tiada Allah SWT datangkan ujian kepada kita...diluar batas kemampuan kita sebagai hambaNYa...

Pasti setiap kali ujian dan musibah yang mendatangi kita ..pasti ada hikmah yang kita tidak tahu...

Mulanya Allah akan menurunkan hujan dan ribut ...namun diakhirnya Allah SWT datangkan pelangi yang indah untuk tatapan kita...

Pastinya setiap ujian dan musibah yang mendatangi kita bukanlah tanda Allah benci atau marahkan hambaNya...tapi sesungguhnya ujian dan musibah yang mendatangi kita itu adalah tanda Allah kasih dan sayang kepada kita...

Bukti kasih dan sayang Allah dengan ujian yang diberi adalah menjadikan kita hambaNya yang sentiasa megingatiNya ...walau di mana jua kita berada dan bagaimana jua keadaan kita.

Allah SWT telah memberikan kita ruang untuk muhasabah diri dan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri...Allah tidak membiarkan kita terus hanyut ,leka,alpa dan lalai...

Bila Allah datangkan ujian ...sebenar-benarnya Allah hendak menguji tahap keimanan,ketabahan ,kesabaran,kekuatan dan keyakinan kita...mampukah kita menghadapinya...sesungguhnya Allah amat mengetahui  perjalanan hidup kita...

Tidak Allah datangkan sesuatu di atas muka bumi ini sia-sia..semuanya mempunyai fungsi dan peranannya...waima bakteria yang kecil dan halus..pun ada peranannya...
manakan lagi kita manusia yang dikurniakan akal...ini ..Pasti terlalu banyak amanah,tanggungjawab dan peranan yang perlu kita laksanakan....

Yakinlah dengan pertolongan Allah..setiap apa yang diberikan kepada kita...pasti ada hikmahnya....hadapilah segala ujian dana musibah itu dengan penuh ketenangan.

Insha'Allah kita akan menemui jalan kebahagiaan di hujungnya....

Khamis, 16 Februari 2012

Melepak dan Berpeleseran WAJIB Dijauhi


Ke kelas 5ST hari ini..memulakan P&P..dengan tajuk "Kehidupan Di Dunia Ibarat Perantau"..

Perantau sinonim "musafir" @ "penggembara"...

Maksudnya kita adalah hanya sebagai perantau @ musafir @ penggembara yang hanya singgah sebentar cuma di bumi Allah ini. Kehidupan yang kekal abadi hanyalah di akhirat...

Menarik....Tertarik dengan petikan "melepak dan berpeleseran..Wajib..wajib..wajib dijauhi"...

Ini bermakna..jika kita melakukan dua perkara di atas maka hukumnya..berdosa...kerana dua perkara ini adalah "lagha" @ sia-sia..yang boleh mendatangkan banyak keburukan berbanding kebaikan.

Maka...wajiblah kita menjauhi dan menghindarinya...daripada melepak baiklah kita penuhi masa senggang kita dengan perkara-perkara kebaikan...

Kedua-dua perkara ini juga pastinya akan menimbulkan "bunga-bunga fitnah dan zina".....Fitnah? Zina?

Ye-lah kalau dah melepak dengan golongan "ajnabi" (golongan lelaki dan perempuan yang bukan mahram) atau (golongan lelaki dan perempuan yang batal wuduknya bila bersentuhan)..

Pastinya akan menimbulkan FITNAH..diikuti dengan berpeleseran atau dengan kata lain "berfoya-foya" atau "merewang"..pastinya akan membawa kita kepada "dunia khayalan dan dunia fantasi"...

Bila berdua-duaan antara anak Adam dan Hawa yang bukan "mahram"..pastinya yang ketiga itu adalah "SYAITAN"...

Di sinilah bermulanya panahan SYAITAN dan Hawa NAFSU yang memainkan peranan...pastinya ia akan kecundang...dan apa-apa pun boleh berlaku...Nauzubillahi min zalik...

Di dalam ISLAM..sesungguhnya anak-anak tiada "BUDAYA COUPLE"..waima dalam tempoh pertunangan pun HARAM berdua-duaan..ini kan pula tiada langsung ikatan...


"BERCINTA selepas BERKAHWIN" sebenarnya lebih indah berbanding "BERCINTA sebelum BERKAHWIN"...

 Mencintai seseorang itu kerana ALLAH lebih bermakna daripada kita MENCINTAI seseorang itu kerana NAFSU...

ISLAM itu Cukup INDAH dan MUDAH..tidak pernah MENYUKARKAN..cuma kita sebagai UMAT ISLAM sahaja yang MENYUKARKAN ajaran ISLAM....

BACK to ISLAM...FAITH with IMAN....AL-QURAN dan HADIS sebagai PANDUAN ....

Pastinya hidup kita akan terus berada di LANDASAN YANG BENAR...dan INSYA'ALLAH jalan KESESATAN dan KEBATILAN akan jauh kita TINGGALKAN...

NIKMATILah hidup ini  sebagai MUKMIN cemerlang DUNIA & AKHIRAT.


Selasa, 3 Januari 2012

ANUGERAH TERINDAH BUAT DIRIKU

Tiada yang lebih indah...selain daripada dianugerahkan "cahaya mata" dalam kehidupan kita. Ia adalah anugerah terindah dan anugerah termahal dari Allah SWT buat hambaNya.

Didik,asuh dan peliharalah anugerah ini sebaik-baiknya..jangan sesekali dipersia-siakan hidup mereka.
Anugerah yang amat memberikan kesan dalam kehidupan kita...dan sesungguhnya kita akan mudah "terkesan" dengan segala apa tindakan dan tingkah-lakunya.

Kesabaran dan ketabahan jua yang mampu kita pupuk dalam diri..untuk mendidik Anugerah Terindah menjadi insan Terbaik dan Cemerlang..dunia dan akhirat.






Isnin, 26 Disember 2011

PMR 2011

Saat dan tika sebelum keputusan PMR...terasa degupan jantung terlalu kencang...aduhai..hanya Allah SWT saja yang tahu perasaan tika itu..

Menanti tarikh 22hb Disember 2011..umpama menanti pengisytiharan akan berlakunya Darurat...sukar untuk digambar dan dilakarkan...(fuh macam kita pulak yang nak ambil keputusan...)

Tepat jam 11.30 pagi sampai di sekolah anak...ke pejabat menemui guru S/U PMR...dup..dap..dug..dag...Alhamdulillah..walau tidak secemerlang anak sahabat dengan keputusan 9A,6A,7A...

Nasyeha As-Sakina memiliki keputusan 2A 3B 2C 2D...satu keputusan yang boleh membanggakan aku sebagai seorang "ummi"...Alhamdulillah...sepenuh kesyukuran dipanjatkan buat Illahi...Nasyeha mampu memiliki keputusan yang 'terbaik' buat dirinya.

Moga...Nasyeha akan meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar yang cemerlang..dan moga tiada perkataan "kecewa" dan "putus asa" dalam kamus hidupnya...

Moga...Allah SWT terus memberikan kekuatan,ketabahan dan keyakinan dalam diri Nasyeha...amin ya rab-al-amin


 * buat Fateh ..Tahniah! Mabruk dari Ummi kerana memperolehi 6A1B1C dalam UPKK

Sabtu, 19 November 2011

MUSIM CUTI BERMULA....

CUTI SEKOLAH...sudah bermula...banyak aktiviti telah dirancang...

tapi kena bereskan kerja...betul tu..kerjaya surirumah sepenuh masa...

Minggu pertama saja...sudah ada aktiviti...bermula esok 20hb...ke majlis "khatan" beramai-ramai...buat Fateh...jangan takut ..esok akan "masuk jawi"..apa-apa hal ummi dan abi yang gentar. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

21hb...ke sekolah seperti biasa...mengawasi pelajar yang mengambil kertas 1223(Pendidikan Islam)..mudah-mudahan para pelajar tingkatan 5 tahun ini (2011) akan memperolehi kecemerlangan dan memperoleh ketenangan  semasa menjawab.

Hujung minggu 26hb..majlis walimah adik..pastinya sepanjang minggu bermula dari 22hb-25hb pastinya aktiviti tertumpu di rumah mak...untuk menguruskan apa-apa yang patut...

Buat Yun...maaflah tak dapat nak tolong kemas rumah,cat rumah dan tolong buat "hantaran'...al-maklumlah kami "busy".... Insya'allah 21hb...kami balik rumah mak...di Kluang.."dekat tapi jauh"...


28hb.. Yah pulak...nak bertunang...nampaknya Yah akan terbang balik dari Sabah ke Kluang..naik "Keluang Air"@ "MAS"...mudah-mudahan peroleh ketenangan.


Buat insan istimewa dan diraikan sepanjang November ini terutamanya buat Fateh (khatan),Naqqiyyah (akikah),Yun (nikah) dan Yah (tunang)...moga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT...amin