AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Rabu, 12 Disember 2012

November - Disember 2012 ( Muharam 1434H)

Cuti sekolah...melancong...temuduga...konvokesyen.....walimah...

Percutian yang penuh warna-warni....penat memang penat..namun seronok berkumpul semua kaum keluarga dan sanak saudara pastinya amat menyenangkan jiwa.

Melancong @ Hari Keluarga ke Pulau Pangkor (27-29 November)....

Suka dan duka dirangkum sekali..namun ketentuan Illahi pastinya kami redha..dan pastinya ada hikmah ...
 Buat Yun &Ayah Chik...In sha Allah pasti ada yang lebih baik dari Allah buat kalian.

Temuduga  Fateh..kembara ilmu di bumi penuh sejarah
 (Perak@25 November)..
Alhamdulillah ,Fateh akan bersekolah di SMITA
 (Sekolah Menengah Islam Tahfiz al-Amin)...
Sebuah sekolah yang terletak di perkampungan petani.... sawah padi menghijau...sungguh mendamaikan.

Moga Fateh tabah dan terus  bermujahadah dalam meneruskan kembara ilmu...mudah-mudahan segala ilmu diperolehi dan dicari mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya...amin..ya rab...


2 Disember ...konvokesyen UiTM@Syukry...

Alhamdulillah..moga kejayaan yang dinikmati beliau menjadi pencetus dan pembakar semangat buat Nasyeha As-Sakina...

Menjadi yang terbaik...dalam SPM 2013 & STAM 2015...moga cita-cita Che'a untuk kembara ilmu ke Mesir menjadi kenyataan...amin ..ya rab..


22 Disember ...walimah Siti Hajar bt.Basiran & Muhamad Taufik

Moga kembara pernikahan dan perkahwinan memperoleh keberkatan dunia dan akhirat ...berkekalan hingga ke syurga..

Begitu juga doa buat kami (Abi & Ummi)....bersama hingga ke syurga..till Jannah..amin..ya ..rab

Segala yang berlaku adalah dariNya..kita merancang ...Allah SWT juga merancang....namun perancang Allah adalah yang terbaik buat kita hambaNya...

Tidak Allah datangkan ribut dan hujan...semata-mata..namun Allah juga datangkan pelangi buat kita...tiada jalan mudah menuju "syurga" Illahi.

Pastikan kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaanNya.

Teruskan hidup dengan bermatlamat menjadi "jundullah" dan "khalifah Allah"..yang tidak pernah alpa dan lalai dengan kebobrokan dunia....In sha Allah.... amin ..ya..rab


Tiada ulasan:

Catat Ulasan