Kemenangan PASTI berlaku jika kita memerangi kejahilan dan kedangkalan hawa nafsu berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
AL-FATH US-SAKINA
KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!
Isnin, 21 Oktober 2013
Oktober-November 2013
Kepantasan masa berlalu ....tidak sampai satu purnama Nasyeha akan menduduki SPM.
Buat Nasyeha buatlah yang terbaik. Teruskan perjuangan untuk mencapai kecemerlangan. In sha Allah..di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.
Fateh pula akan mengambil peperiksaan akhir tahun.
Dalam kesibukan mengejar masa ...sudah hampir setahun Fateh di SMITA. Moga jaulah ilmu Fateh berterusan dengan keyakinan...ketabahan dan kekuatan. Moga Fateh terus cekal dan tabah.
Doa ummi dan abi sentiasa mengiringi Sakina dan Fateh....amin ya rab al-ameen
Sabtu, 13 April 2013
PRU 13
Demam PRU 13...melanda di setiap pelusuk negara...
Buatlah pilihan yang tepat dan bijak ...agar masa depan kita dan generasi akan datang sentiasa berada di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.
Pemilihan pemimpin mestilah berasaskan kepada yang tertera di bawah :
- Memilih pemimpin yang berakhlak mulia,beriman,bertaqwa merupakan ciri-ciri pemimpin yang digariskan dalam Islam.
- Disamping memastikan setiap perundangan dilaksanakan mengikut ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
Mudah-mudahan kita tidak kesasar dan tergelincir dalam memilih pemimpin..kerana undi kita yang akan menentukan masa depan negara.
Untuk menentukan sama ada negara kita terus berada dalam ke'sekular'an atau merubah ke arah kepimpinan dan pemerintahan Islam yang berlandaskan ajaran dan syari'at Islam sepenuhnya.
Moga kita diberikan hidayah untuk terus berada di jalan yang benar (Sirattal Mustaqim)...dan tidak sama sekali kesasar ke jalan yang sesat..Nauzubillah.
Moga ..Allah SWT ..terus memantapkan keimanan kita agar tidak berpaling ke jalan kesesatan.
Isnin, 21 Januari 2013
PadaMu Ku Bermohon...
Terasa sunyi ..bila anak-anak kembali ke asrama...meneruskan kembara ilmu.
Terasa sepi..bila suami keluar mengikuti program dakwah...
Begitulah realiti kehidupan..kan
Sunyi sepi...namun apa yang perlu kulakukan adalah melakukan sesuatu yang bermanfaat...
Doa ku...agar anak-anakku terus tabah dan kuat meneruskan jaulah dan kembara ilmu..walau di mana jua kita berada..menuntut ilmu itu adalah kefardhuan...
Waima bagi kita yang telah bertambah usia..juga wajib mencari dan menambah ilmu duniawi dan ukhrawi.
Orang yang berilmu tinggi darjatnya di sisi Allah SWT...
Alhamdulillah...kerana dengan ilmu kita dapat mengetahui ...mengenal dan beriman kepadaNya.(pencipta kita yang maha Agong@Allah SWT)
Moga kita terus berada di landasan dan jalan yang benar...amin
Anak-anakku ...tuntutlah ilmu dengan penuh keikhlasan...agar ilmu yang diperolehi berkekalan di hati dan sanubari...
Agar ilmu yang bermanfaat ini..dapat memartabatkan Islam di bumi tercinta kita.
Pedulikan kata-kata manusia yang tidak memberi impak dan kesan dalam diri kita...
Tabahkan hatimu anak-anakku...agar suatu hari nanti kalian menjadi pejuang Islam dan khalifah Allah yang menegakkan syari'atnya di muka bumi ini.
Moga anak-anakku .....menjadi mujahid dan mujahadah....amin
Ahad, 13 Januari 2013
Mujahadah & Kembara Ilmu
Hampir 2 minggu..anak-anak telah bermujahadah meneruskan kembara@jaulah ilmu.
Nasyeha as-Sakina akan meneruskan mujahadah dengan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
Muhammad Fateh Hamdan meneruskan mujahadah & kembara ilmu ke bumi Perak (SMITA)
Meredhakan anak-anak kembara ilmu di perantauan memerlukan pengorbanan dari sudut emosi....memang agak berat melepaskan mereka kembara jauh...namun atas kelangsungan untuk mencari dan menuntut ilmu yang diredhai.....maka hati ini perlulah penuh kesediaan meredhakan mereka.
Moga dengan keredhaan ini...Allah SWT akan terus memberkati kembara ilmu mereka...moga mereka juga dipermudahkan untuk menerima,mengingati ilmu yang diterima.
Seusai solat ...dipanjatkan doa agar kami sama-sama tabah....dan diberi kekuatan membendung rasa kerinduan yang menebal...
Moga anak-anakku...menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat...serta sentiasa diberkati ilmunya oleh Illahi...amin

Rabu, 12 Disember 2012
November - Disember 2012 ( Muharam 1434H)
Cuti sekolah...melancong...temuduga...konvokesyen.....walimah...
Percutian yang penuh warna-warni....penat memang penat..namun seronok berkumpul semua kaum keluarga dan sanak saudara pastinya amat menyenangkan jiwa.
Melancong @ Hari Keluarga ke Pulau Pangkor (27-29 November)....
Suka dan duka dirangkum sekali..namun ketentuan Illahi pastinya kami redha..dan pastinya ada hikmah ...
Buat Yun &Ayah Chik...In sha Allah pasti ada yang lebih baik dari Allah buat kalian.
Suka dan duka dirangkum sekali..namun ketentuan Illahi pastinya kami redha..dan pastinya ada hikmah ...
Buat Yun &Ayah Chik...In sha Allah pasti ada yang lebih baik dari Allah buat kalian.
Temuduga Fateh..kembara ilmu di bumi penuh sejarah
(Perak@25 November)..
(Perak@25 November)..
Alhamdulillah ,Fateh akan bersekolah di SMITA
(Sekolah Menengah Islam Tahfiz al-Amin)...
Sebuah sekolah yang terletak di perkampungan petani.... sawah padi menghijau...sungguh mendamaikan.
(Sekolah Menengah Islam Tahfiz al-Amin)...
Sebuah sekolah yang terletak di perkampungan petani.... sawah padi menghijau...sungguh mendamaikan.
Moga Fateh tabah dan terus bermujahadah dalam meneruskan kembara ilmu...mudah-mudahan segala ilmu diperolehi dan dicari mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya...amin..ya rab...
2 Disember ...konvokesyen UiTM@Syukry...
Alhamdulillah..moga kejayaan yang dinikmati beliau menjadi pencetus dan pembakar semangat buat Nasyeha As-Sakina...
Menjadi yang terbaik...dalam SPM 2013 & STAM 2015...moga cita-cita Che'a untuk kembara ilmu ke Mesir menjadi kenyataan...amin ..ya rab..
Menjadi yang terbaik...dalam SPM 2013 & STAM 2015...moga cita-cita Che'a untuk kembara ilmu ke Mesir menjadi kenyataan...amin ..ya rab..
22 Disember ...walimah Siti Hajar bt.Basiran & Muhamad Taufik
Moga kembara pernikahan dan perkahwinan memperoleh keberkatan dunia dan akhirat ...berkekalan hingga ke syurga..
Begitu juga doa buat kami (Abi & Ummi)....bersama hingga ke syurga..till Jannah..amin..ya ..rab
Begitu juga doa buat kami (Abi & Ummi)....bersama hingga ke syurga..till Jannah..amin..ya ..rab
Segala yang berlaku adalah dariNya..kita merancang ...Allah SWT juga merancang....namun perancang Allah adalah yang terbaik buat kita hambaNya...
Tidak Allah datangkan ribut dan hujan...semata-mata..namun Allah juga datangkan pelangi buat kita...tiada jalan mudah menuju "syurga" Illahi.
Pastikan kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaanNya.
Teruskan hidup dengan bermatlamat menjadi "jundullah" dan "khalifah Allah"..yang tidak pernah alpa dan lalai dengan kebobrokan dunia....In sha Allah.... amin ..ya..rab
Rabu, 17 Oktober 2012
UPSR...sudah berlalu...SMA sedang berlangsung
Kelangsungan hidup diteruskan...kesyukuran dipanjatkan buat Ilahi...masih ada ruang oksigen buat diriku...Alhamdulillah..amin...
Pantas sungguh masa berlalu...post lalu di bulan Syawal...hampir 2 bulan ...mendatang sudah Zulhijjah..bulan penuh mujahadah...
Bulan menguji ketahanan fizikal,emosi dan mental...apa pun anak ku Fateh sudah berakhir UPSR..nya.
Kini si sulung (Nasyeha)..sedang berjuang dan bertempur menduduki SMA...moga kedua-duannya memperoleh kecemerlangan...amin...
Mendamai di hati..oh ..tidak...masih panjang lagi ruang perjalanan dan perjuangan yang bakal di tempuh...
Mohon pada Allah SWT ..agar kami diberi kekuatan dan ketabahan...
Ya! Allah..berilah aku kekuatan...agar aku mampu menjadi yang terbaik...sebagai ummi,isteri,anak,menantu,kakak,sahabat dan pendidik....amanah yang besar...yang ada kalanya bagai tidak termampu untuk memikulnya...
Namun semua itu adalah amanah...yang wajib aku tunaikan...agar Allah SWT terus memberikan aku kekuatan,ketabahan,kekuatan iman,kecekalan dalam aku melaksanakan amanah ini...Amin Ya Rab

Selasa, 28 Ogos 2012
Syawal nan Indah...
Alhamdulillah..Syawal tahun ini cukup indah dan gemilang..semua berkumpul meraikan Syawal...
Kerenah anak-anak,telatah adik-adik...sukar untuk diucapkan...
Kerenah anak-anak,telatah adik-adik...sukar untuk diucapkan...
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)

.jpg)

.jpg)