AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Isnin, 12 Julai 2010

Sya'aban...Muncul Lagi


1 Sya'aban / 13 Julai 2010....esok bulan Sya'aban akan memunculkan dirinya lagi...ini

Bermakna hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak...betapa pantas masa terus berlalu....meninggalkan sesiapa yang alpa...mungkin juga diriku....


Terasa masa terlalu pantas berlalu...masih banyak lagi amanah pada Allah,amanah sebagai hambaNya...amanah sebagai ibu(ummi),amanah sebagai isteri,amanah sebagai anak dan amanah sebagai pendidik...yang belum terlaksana sepenuhnya....

Belum terlambat dan masih sempat ....untuk diri ini menghabiskan sukatan pelajaran...buat anak-anak didikku yang bakal menduduki peperiksaan percubaan hujung bulan Julai dan awal Ogos....

Ya!Allah...andai tidak bisa ku habisi sukatan pelajaran..bermakna diri ini berhutang...pada anak-anak didikku...dan bermakna juga segala amanah yang dipertanggungjawabkan pada diriku...belum terlaksana..

Ya!Allah,berilah kelapangan masa pada diri ini ...untuk mendidik dengan penuh keikhlasan...agar segala ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan dan keredhaan dariMu.

Pada anak-anak...fuh..banyak betul yang belum dilaksanakan..andai kita menghitung hari dan masa sebenar-benarnya..kita tertinggal dan ditinggalkan oleh masa yang terlalu pantas berlalu.. ...benarlah firman Allah dalam surah al-Asr (1-5);

"Demi Masa,sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian ...kecuali bagi mereka yang beriman,beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran(haq) dan bersabar"....


Subhanallah..sesungguhnya janji Allah itu memang suatu kepastian...maka kita kadang-kadang menafikannya...Maha suci Allah dari sebarang kekurangan...berpesan-pesanlah kamu kepada perkara kebaikan.

Sesungguhnya kita ini memang terlalu jahil dan amat kerdil di sisi Allah..namun Allah pasti akan mengangkat darjat hambaNya..jika mereka beriman dan bertaqwa...kerana " semua manusia itu sama kecuali bagi mereka yang beriman dan bertaqwa"...


Jesteru itu...manusia yang diangkat darjatnya di sisi Allah,dimuliakan Allah adalah golongan yang beriman (berpesan-pesan kepada kebaikan ) dan bertaqwa...



Tidak Allah mengangkat darjat hambaNya kerana kecantikan,harta atau pangkat dan kedudukan seseorang...tetapi diangkat darjatnya kerana ketaqwaan kita kepada Illahi...

Jumaat, 2 Julai 2010

Rejab....Sya'aban...Ramadhan...


Rejab sudah masuk hari ke-22...1 Sya'aban..bakal tiba...berakhir Sya'aban ...Ramadhan.Akan menjelma.Betapa pantasnya masa berlalu.Adakah ini tanda-tandanya kiamat akan menjelma..sesungguhnya tanda-tanda Hari Kiamat ialah masa berlalu terlalu pantas...Subhanallah.

Bersediakah aku menerima kehadirannya...??Masih terlalu banyak rasanya...amanah dan tanggungjawab yang belum dapat kutunai dan kulunaskan...

Tersedarkah aku dari lamunan...amanah yang kupikul selama ini...belum bisa ku tunaikan? Ya! Allah....

Masya'Allah...takut rasanya untuk menghadapi hari-hari ...terlalu banyak maksiat yang berlaku pada hari ini...seolah-olah terlalu sukar untuk dibendung dan dicegah...anak zina,judi,pemerkosaan,penzinaan,arak...segala-galanya mencanak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

APAKAH PERANAN KITA SEBAGAI IBUBAPA?

Kemanakah arah anak-anak kita? Siapakah mereka yang kita hendak tuding di atas segala apa yang telah "golongan remaja"ini lakukan???

Banyak sekali permasalahan yang didedahkan...rata-rata membabitkan golongan remaja.Ayah ibu...di manakah amanah dan tanggungjawab kita? Dimana kita letakkan amanah ini? Jangan biarkan diri kita menyesal yang tiada penghujungnya....pastinya kita yang mencorakkan masa depan anak-anak kita.

Kita tidak perlu menuding kesilapan ini di bahu "orang lain"...kerana kitalah yang mencorakkan "AMANAH" ini menjadi ISLAM,NASRANI atau YAHUDI..."AMANAH"kita adalah "kain putih" yang naif ...dan "tangan kita" yang mencorak,mencanting kain putih ini menjadi sutera dengan lakaran yang indah atau menjadi "gombal@ kain buruk" di pijak dan di buang merata-merata.

Jangan biarkan airmata kita menangis kerana menyesal tidak dapat mencorak indah "AMANAH" kita...masih ada ruang dan masa lagi untuk kita mencorak "AMANAH" ini menjadi Sutera waima selimut untuk melindungi dan menjaga kita tatkala kita...sudah tidak berdaya untuk bangkit dan bersuara.

Anak-anak adalah "AMANAH" dari Allah kepada kita...andai "AMANAH"ini kita abaikan masa depannya...jangan bimbang suatu hari nanti kita akan bersedia menerima segala musibah yang kita cipta,yang kita lakar...hasil dari asuhan dan didikan kita.

Didiklah "AMANAH" ini dengan penuh kasih-sayang dan didikan agama...tanpa kedua "aset" ini ...mungkin "aset yang terlalu bernilai" ini akan menjadi "aset tetap"yang hanya menunggu kehancuran dan kebobrokan....

Kehancuran dan kebobrokan yang dicipta dan dilakar sendiri oleh "JURUTERA dan ARKITEK" rumahtangga yang gagal mempertahankan "ASET BERHARGA" mereka dari di rampas oleh anasir-anasir kulapuk,parasit yang akan membarah...dalam institusi "KEKELUARGAAN"

HANYA ALLAH SAHAJA TEMPAT PENYELESAI MASALAH KITA

Kembalilah kepada ajaran Islam...muhasabah diri jalan terbaik untuk menginsafi setiap apa yang kita lakukan setiap hari. Mudah-mudahan Allah memberikan yang terbaik buat kita...jadilah seorang JURUTERA dan ARKITEK yang beriman di dalam membentuk dan membina sebuah rumah yang kukuh dan segala "ASET" di dalamnya dengan keimanan dan ketaqwaan yang mantap terhadap PENCIPTA yang ESA.

Selasa, 22 Jun 2010

"Blackout" Kali Ke-2


Hari ke dua persekolahan (22/6/2010)..."balckout" masih melanda sekolah tercinta.
Melangkahkan kaki ke pejabat dan bilik guru..suasana gelap...
Ada para sahabat terpaksa mengeluarkan "torchlight a.ka. lampu picit" dari telefon bimbit masing-masing...bagi menerangi "kawasan jajahan"....

Menyaksikan keadaan gulita di awal pagi ditambah dengan cuaca mendung dan hujan mula turun...terasa seketika seperti berada di awal 50-an...sebelum MERDEKA...

Begitulah agaknya suasana di awal MERDEKA...ibu-ibu dan bapa-bapa kita memulakan hari mereka dengan lampu pelita...bagi yang berada...mereka menggunakan "lampu" yang dipam...dan diisi dengan minyak...

Blok A sahaja yang menempatkan bilik guru,pejabat,bilik mesyuarat dan bilik peperiksaan sahaja yang tiada bekalan elektrik...namun apakan daya hingga ke tengahari...keadaan masih belum berubah...

Blok A yang menempatkan "kawasan" yang teramat penting terutamanya "bilik peperiksaan" yang dilengkapi dengan "komputer" bagi mengisi markah-markah anak-anak didik....bagi peperiksaan pertengahan tahun.


Mengisi Markah Di Komputer Tergendala Buat Seketika

Segala kerja jadi tergendala...hendak "masukkan markah" peperiksaan pertengahan tahun...jadi tergendala...

Kasihannya kami...Nampaknya untuk tahun ini sudah dua kali kami mengalami "ketiadaan elektrik"...

Namun tugas dan amanah tetap diteruskan kerana Blok B dan C tidak mengalami kepanasan dan ketidakselesaan.Apa-apa pun..perjuangan tetap diteruskan walaupun....suasana cuti masih...melanda diri...

Amanah dan tanggungjawab...pasti akan kami laksanakan dengan penuh keikhlasan...

Teruskan perjuangan...walaupun kepanasan dan kehangatan melanda bilik indah milik kami...para PENDIDIK di SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang

Ahad, 20 Jun 2010

HalaTuju Remaja Kita


Kemanakah arah kaki hendak ku bawa?
Kemanakah arah diri hendak ku jadi?
Kemanakah arah hati hendak ku pasti?

Tanpa arah
Tanpa tujuan

Pastinya..
Hidup kita
Ada Tujuan
Ada Matlamat

Jalan Mana Yang Hendak Ku Tuju
Jalan Lurus
Atau Jalan Bengkuk

Jalan Penuh Liku
Jalan Penuh Duri
Jalan Penuh Angan-angan
Jalan Penuh Khayalan

Tepuk Dada
Tanya Hati
Tepuk Dada
Tanya Iman

Mampukah Kita Menjadi Yang Terbaik?
Mampukah Kita Menjadi Insan Mulia?
Mampukah Kita Mengubah Dunia?
Mampukah Kita Mempertahankan Maruah Kita?
Mampukah Kita Membangunkan Negara?
Mampukah Kita Melakukan Perubahan?
Mampukah Kita Menjadi Hamba Allah Yang Beriman?

Terlalu Banyak Persoalannya...
Mampukah kita Menjawab
Setiap Persoalan ini
Dengan Keyakinan
Dengan Keikhlasan
Dengan Kebijaksanaan
Dengan Kematangan Fikiran

Atau
Kita Menjawab Setiap Persoalan Ini
Dengan Kecelaruan
Dengan Kegoyahan
Dengan Ketidakan
Dengan Dolak Dalik

Segala-galanya..
Memerlukan Ilmu
Memerlukan Akal
Memerlukan Iman
Memerlukan Akhlak

Barulah Kita Mampu Menjawab Setiap Persoalan Ini
Tanpa Perlu Keraguan
Tanpa Perlu Kecelaruan

Kerana Ilmu
Kerana Iman
Kerana Akal
Kerana Akhlak
KITA....
Telah memberikan Jawapannya

"Umat Islam Adalah :Sebaik-baik Umat Di Dunia"

كنتم خير امة ءاخرجت للناس

Ujian Itu Indah...


Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu......
Yang Menciptakan Segalanya
Yang Menimpakan Ujian
Yang Menjadikan Airmatamu Mengalir
Yang Membuatkan Keinginanmu Terhenti
Serta akan Meresahkan Hidupmu

Pasti akan Damailah Hatimu
Kerana Masakan Allah....
Sengaja Mentakdirkan
Segalanya Untuk Sesuatu Yang Sia-sia

Bukan Allah Tidak Tahu.....
Deritanya Hidupmu
Retaknya Hatimu

Tapi.....
Mungkin Itulah Yang Dia Mahu....
Kerana....
Dia Tahu....
Hati-hati Yang Sebeginilah....
Yang Selalunya..
Lebih Lunak Dan Mudah
Untuk....
Dekat Dan Akrab kepadaNYA.

p/s; Buat diriku,suami dan anak-anak...moga kita terus tabah dengan ujian dari Allah SWT...tiada Allah datangkan ujian ini diluar batas kemampuan hambaNya...

Buat suami tercinta...pasti ada hikmah di setiap apa yang Allah datangkan kepada kita.Kita merancang...Allah jua merancang...namun perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita.


Allah...
datangkan kepada kita ribut,taufan dan hujan...
namun...rupa-rupanya...
Allah hendak berikan kita ...PELANGI yang cukup indah...
Pasti ada sinar keindahan dan kesenangan dihujung ujian dan musibah ini.

Redha dan pasrahlah dengan ketentuan Illahi....

* moga abang cepat sembuh dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah.....amin

Selasa, 15 Jun 2010

Sepi Itu Indah??????



Kesepian kadang-kala melanda hati kita? Mengapa kesepian ini dibiarkan menjalar dihati dan sanubari? Sepi itu Indah?

Benarkah kesepian itu Indah? Indah dalam konteks apa ye?
Sepi jika kita muhasabah kekurangan diri...keinsafan akan menjelma...

Namun jika kesepian akan menjadikan hati dan naluri kita di amuk kesengsaraan dengan bisikan syaitan dan runtunan hawa nafsu jangan biarkan kesepian itu menghantui diri dan naluri kita...

Kesepian yang mencanak tanpa bimbingan rohani dan keimanan yang mantap dan utuh pastinya akan menjadikan kita insan yang tidak mempunyai haluan.

Haluan hidup yang ditentukan oleh Allah pasti akan dipandang sepi oleh kita yang bernama insan...jika kesepian itu tidak dikawal oleh emosi yang waras.

ISI JIWA DENGAN NUR DAN HIDAYAH ILLAHI

Mereka yang kesepian akan mencari jalan keluar....melalui jalan yang salah kerana mereka yang kesepian ini tidak memerlukan ihsan dan nasihat orang lain.

Jiwa mereka kosong sebenarnya..kosong kerana mereka tidak mencari nur dan hidayah Allah...kosong kerana tiada tazkirah,tiada bimbingan,tiada penyucian jiwa dan rohani,kosong kerana hati-hati ini tidak disirami dengan ayat-ayat al-Quran dan zikrullah.

Kekosongan dan kesepian hati yang mencanak ini hendaklah diisi dengan zikrullah,berselawat,membaca al-Quran dan mencari nur dan hidayah Allah SWT.

Persoalan sekarang manusia sering menyalahkan orang lain di atas apa yang menimpa diri mereka...namun sebenarnya kekhilafan dan kesilapan itu sebenarnya datang dan berpunca dari diri kita sendiri.

JANGAN BIARKAN HIDUP KITA TIDAK MEMPUNYAI HALUAN

Jangan biarkan hidup kita diselubungi kesepian kerana Islam mengajar kita membina ukhuwwah dan menjalin mahabah antara umat Islam...

Jangan biarkan saudara-saudara seIslam kita terus dihujani peluru dan bom,dibiar kelaparan,terdampar hina tanpa bantuan dan jangan jadikan diri kita sebagai penyumbang atau sebagai penyebab "kematian"saudara seIslam kita.

Setiap umat Islam di dunia ini adalah bersaudara...jangan sampai satu saat dan ketika kita akan menyesal kerana membiarkan nyawa-nyawa yang tidak berdosa dihenyak,dihancur dan disemadikan dengan sifat kezaliman manusia.

Sifat kezaliman manusia yang tidak mengenal erti keperitan dan penderitaan orang lain.

SETIAP UMAT ISLAM ITU BERSAUDARA

Nyawa saudara se Islam umpama...tiada harganya...namun "kesyahidan"mereka memperjuangkan kesucian Islam adalah tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.

Betapa mereka mengimpikan "SYUHADA"...anak-anak di Bumi Palestine (GAZA),di bumi Afghanistan,di bumi Narathiwat,di bumi Pakistan...adalah lambang "Pejuang Mujahid"...yang berani...menegakkan kesucian Islam...rela SYAHID..kerana ganjaran yang amat besar di sisi Allah. Subhanallah.

Andai kita ditempat mereka...mampukah kita bersama mereka....????

Jiwa mereka tidak pernah sunyi dan kesepian kerana hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah SWT.Masha'allah.....

KITA??? Terlalu sukar rasanya untuk menjawab persoalan ini???

BERSAMA KITA MEMERANGI @ MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL

Namun...andai kita tidak mampu...marilah kita bersama-sama menghindarkan segala unsur ISRAEL (YAHUDI) yang menjadi kekuatan ekonomi dunia...

kita buang dan singkirkan terus dari diari hidup kita....KFC ada penggantinya RFC @ RCH...banyak lagi produk umat Islam yang sudah setanding dengan buatan Yahudi...

kenapa mesti katakan YA...mulai sekarang katakan "TIDAK" kepada buatan YAHUDI (ISRAEL)....ini...andai umat Islam berganding bahu...pasti...ekonomi mereka akan lenyap....

Isnin, 14 Jun 2010

Aku,Dia dan Kenangan......




Hari ini benar-benar memberikan aku satu kekuatan untuk ku meneruskan perjuangan. Pelbagai ujian dan dugaan yang kuhadapi benar-benar memberikan aku ruang untuk muhasabah diri. Betapa besar dan kecilnya ujian dan dugaan yang didatangkan oleh Allah kepada kita adalah semata-mata untuk melihat ketabahan dan kekuatan kita dalam menghadapi ujianNya.

Sesungguhnya setiap ujian yang didatangkan kepada kita..adalah mengikut batas kemampuan hambaNya...aku benar-benar pasrah dan redha dengan ketentuanmu ...Ya!Allah...betapa tiada yang kau datangkan itu diluar batas kemampuan hamba-hambamu..dan sesungguhnya pasti ada hikmah..di sebalik segala ujian dan dugaan yang Kau berikan kepada kami.

Ya!Allah..tabahkanlah hati hambamu ini dalam menghadapi segala ujian dan dugaan darimu...


Kau Penyeri Hidup Kami


Tanggal 22 RabiulAkhir 1428 bersamaan 10 Mei 2007...tatkala kami masih memerlukan kau..kau pergi ...Pergi yang tidak akan kembali.

Ayah...pergimu tidak akan kembali
Pemergiannya yang tidak sama sekali boleh kami rancang
Kerana ajal maut di tangan Tuhan
Ajal maut adalah kehendak dan ketentuan Illahi

Betapapun kami...
masih merasakan bahawa pemergianmu
hanya suatu mimpi...
Namun hakikatnya ia adalah suatu kenyataan
Yang tidak boleh kami tidakkan

Pergimu...
tanpa sebarang pesan
tanpa ada tanda-tanda kesakitan

Namun ....
Allah..lebih menyayangi dirimu

Ayah....