Matangkah tindakan aku meninggalkan anak-anak didikku di dalam kelas semasa mereka sedang menduduki peperiksaan?Apakah tindakan ini suatu yang rasional untuk insan biasa seperti aku? Adakah tindakan ini terlalu mengikut perasaan ?Ya! Allah..apa yang telah aku lakukan?
Kebersalahan ini menggugat masa lenaku...kenapa aku bertindak sedemikian? Sebagai manusia biasa ,aku merasa cukup sedih dengan tindakan anak-anak didikku...seolah-olah telah hilang rasa hormat mereka kepada guru...di tegur salah ...tidak ditegur lagi salah...tetapi mengulang semula teguran dalam nada sindiran oleh pelajar...menyebabkan "keteguran" itu menjadi suatu gurauan yang memangnya tidak pernah diendah oleh para pelajar.
Berada di situasi yang begini memang memberi tekanan emosi...bagi diriku...waima selama ini aku cuba untuk membuat sesuatu yang terbaik...mungkin aku belum mampu menjadi yang terbaik untuk mendidik anak-anak didikku menjadi insan yang terbaik dan terdidik...masih banyak lagi kekurangan yang perlu aku tambah untuk...menarik minat pelajar untuk belajar dan menduduki peperiksaan dalam keadaan yang harmoni dan tenteram
Menduduki peperiksaan bagiku suatu masa dahulu...merupakan satu medan pertempuran yang perlu di hadapi dengan pelbagai peralatan ....minda,fizikal dan emosi...suasana ...akan tenteram...kerana kita bersedia untuk menjawab...segala soalan yang akan dikemukakan...tidak akan kedengaran suara walaupun suara batuk ...itu pun akan kedengaran dalam keadaaan keterpaksaan....tapi pada hari ini...segala-galanya seolah-olah mimpi...di siang hari...yang tidak mungkin menjadi kenyataan.
Adakah salah aku sebagai guru kerana tidak tegas? Ketegasan memang perlu ...bukan marah tanpa usul periksa...namun di sebalik ketegasan dan teguran ...masih lagi di pandang remeh...dimarah,ditegur ,tegas : guru akan dilabel "guru garang" "guru tidak sporting"...semuanya akan menjadikan guru berada dalam suasana keserba-salahan. Namun ketegasan dan hukuman perlu dilakukan kepada pelajar yang sudah mula mempamerkan keegoan mereka.
Keeogan dan kesombongan yang perlu diajar dengan hikmah...namun ada pepatah "bodoh tidak boleh di ajar,pandai tidak boleh diikut"...namun pelajar seperti ini apa yang perlu dan tindakan apa yang sewajarnya kita lakukan? Tiada lagi rasa hormat pada guru,tiada lagi rasa cinta pada ilmu? Perlukah aku sebagai guru menyalahkan diriku atas sikap kebiadapan mereka?
Terlalu banyak persoalan yang tidak mampu di jawab oleh guru...dan hanya kesalahan yang akan dituding semula kepada guru...guru tidak pandai mengajar...pelajar memang macam tu..perlukan didikan dan tunjuk ajar...walaupun begitu guru tetap sabar untuk melangkah ke sekolah...menyampaikan ilmu...walau di akhir-akhir ini...profesion perguruan menjadi bualan di kedai-kedai kopi dan kemantapan ilmuan kami dipertikaikan.
Amanah kami sebagai guru...mendidik,mengasuh ,menegur ....andai teguran,asuhan dan didikan kami...tidak diambil perhatian...masih salahkah kami? Wahai! anak-anak didikku...kemana sebenarnya arah hidup dan masa depan yang kamu damba dan harapkan? Andai kamu merasakan ke sekolah sekadar untuk memenuhi masa lapangmu...ini merupakan satu kesilapan terbesar yang akan kamu lakukan sepanjang hayat kamu? Kenapa dan mengapa ? Kerana menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi umat Islam (lelaki dan perempuan)...dan ini bermakna jika kamu tidak menunaikan kewajipan ini...kamu sudah berdosa.
Untuk mendapat keberkatan ilmu ,sesungguhnya kamu mesti menghormati guru...jangan sekali-sekali bersikap "kurang ajar" "kurang adab" kerana doa seorang guru...adalah antara doa yang dimakbulkan selain dari kedua ibubapa....kembalilah mencari ilmu melalui landasan yang betul. Sesungguhnya Allah masih menyayangi diri kita...kerana kita masih diberi ruang untuk bernafas dan bernyawa....
Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad...moga kamu tidak akan menyesal di sepanjang kehidupan dan hayat kamu...sesungguhnya ilmu yang bermanfaat akan menjadikan kita manusia yang dihormati dan disanjung sepanjang hayat kita....tanpa ilmu kita akan hanya menjadi gelandangan...yang tidak punya apa-apa...hanya menjadi cemuhan masyarakat....
Walau sekaya mana pun kita,secantik mana pun kita,sekacak mana pun kita...jika tiada ilmu di dada...kita hanyalah sekadar penghias suratkhabar....dibaca,dibuang dan dibuat bungkusan ....tetapi jika berilmu...walaupun kita tidak berada "miskin",capuk "tidak cantik atau jelita"...namun dengan ilmu yang kita miliki akan menjadikan kita ....sentiasa disenangi dan menjadi rujukan walau di mana jua kita berada...kita adalah gula,kita adalah harta,kita adalah raja,kita adalah guru,kita adalah mawar kerana sentiasa dicari kerana keilmuan yang kita miliki.
Pastinya kita akan sentiasa dikenang dan disanjung dengan ilmu yang kita miliki...jangan sesekali kita menyakiti hati para guru...kerana ilmu yang dimiliki tidak akan diberkati...sehubungan itu sepandai mana pun kita...jika guru tidak memberkati ilmu...maka sampai bila-bila pun ia sekadar melekat di kepala...bukan di lubuk hati....Wa'allahu'alam
As Sobru minal Iman
BalasPadam