1996...14 tahun sudah berlalu...kembara ilmu ke Pantai Timur (Terengganu)....tanggal 1 Januari 1996...mengorak langkah menyambung KPLI di bumi Terengganu...dengan meninggalkan suami tercinta...yang baru seminggu dinikahi.
Betapa walang hati hendak meninggalkan suami tercinta...namun demi cita-cita ...ku teruskan jua kembara ilmu...semata-mata untuk mendidik diri menjadi pendidik yang berjasa kepada anak-anak bangsa.
Setahun berlalu....dengan pelbagai ujian dan cabaran yang mendatang...tiga bulan di bumi Terengganu....disahkan mengandung...gembira,bimbang dan bermacam-macam perasaan menghantui diri..kerana dimaklumkan bahawa pelatih maktab dilarang mengandung walaupun dalam tempoh setahun.
Tapi bagiku itu semua adalah anugerah dan rezeki dari Allah SWT..mana boleh kita menafikan dan menidakkan kelahirannya di bumi ini...ku bersyukur ke hadrat Illahi...akan ku pelihara zuriatku ini dengan sebaik-baiknya dan akan kujadikan ia insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.Insya'Allah.
Namun..malangnya pada hari ini...anak-anak remaja di bawah umur....kembara ilmu di abaikan...menuntut ilmu yang merupakan suatu kewajipan dibiarkan...mereka kembara maksiat beramai-ramai...berseronok...tapi akhirnya...kelahiran di luar dugaan...bayi di tanam hidup-hidup,di bakar,dibuang ,di sumbat ke dalam lubang tandas dan bermacam-macam lagi kezaliman yang dilakukan kepada bayi yang tidak berdosa.
Dimanakah silapnya? Adakah kembara ilmu yang dikemudi oleh para ilmuan terdahulu sekadar menjadi sejarah?Kembara ilmu sudah bertukar menjadi "kembara maksiat"? "Kembara maksiat" bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak sekolah malah remaja pengajian tinggi juga melakukan kembara maksiat ini.
"Kembara maksiat" (haram) dan "kembara ilmu"(wajib)..janganlah sekali-kali dicampur-adukkan...haram tidak boleh bercampur dengan yang wajib..umpama mencampurkan air dan minyak..hanya "sia-sia".Begitu jugalah dalam menuntut ilmu...jangan sekali-kali mencampurkan dengan perkara maksiat...tiada keberkatan dan keredhaan dari Illahi...semuanya sia-sia dan lagha...dan mendatangkan dosa...sekira tiada keinsafan dan penyesalan. Sesungguhnya "pintu taubat" sentiasa terbuka bagi hamba Allah yang mengharapkan keampunanNya.
Jadikanlah diri kita seorang "pengembara ilmu" yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.Jangan biarkan hawa nafsu menguasai akal fikiran. Berfikir sebelum bertindak ...dan lorongkan segala tindakan dan perbuatan bersandarkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.Insya'Allah ...Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang mengharap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan