AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Sabtu, 29 Mei 2010

Bermula Episod Baru Dalam Hidup....















Episod baru dalam hidup seorang insan....

Dari seorang anak menjadi ibu

Dari seorang gadis menjadi seorang Isteri
Dari seorang ibu menjadi nenek


Episod-episod hidup yang akan dilalui oleh setiap orang yang bernama insan...kitaran hidup manusia adalah SUNATULLAH yang tidak boleh disangkal dan ditolak ...kemanakah seterusnya untuk kita meneruskan episod hidup ini?


Episod hidup manusia adalah ibarat "pengembara" atau "perantau"....kehidupan di dunia adalah sementara dan akhirat adalah kekal selama-lamanya...namun adakah kelahiran kita di atas muka bumi akan dibiarkan berlalu tanpa ada sebarang amanah dan tanggungjawab yang wajib dilunaskan??

Adakah kelahiran kita sekadar sebagai "saudagar senja"...hanya menanti kehadiran pelanggan untuk mencari bekalan...menanti tanpa berusaha?????


Adakah kelahiran kita hanya sebagai seorang"bayi" dan disepanjang kehidupan kita...membiarkan orang lain di sekeliling kita...mencarikan sesuap nasi untuk kita?


Mampukah kita hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa????Sekadar menjadi "penonton" "penyokong" tanpa bersedia menyumbangkan tenaga,masa dan idea untuk mencetuskan sesuatu yang bernama "tamadun".....tamadun yang lahir dari keikhlasan dan kejujuran seorang yang bernama insan.....

Ketamadunan yang diseimbangi dengan keperluan rohani dan jasmani seorang yang bernama "insan"...yang tanpa perlu merosakan keaslian suatu tamadun manusia...ketamadunan yang dipegang dan diselaraskan dengan ajaran Islam berpandukan Al-Quran dan as-Sunnah.

Betapapun hebatnya manusia...walaupun ia seorang pemimpin...sedarlah kita hanya insan kerdil...yang tidak mampu melakukan apa-apa jika tidak dibantu oleh maha Agung..maha kuasa dan maha Esa (Allah Rab-ul-Jalil)...tiada apa yang kita miliki di alam ini....milik sempurna dan hak milik kekal kita...


Segala apa yang di atas muka bumi ini hatta di langit ...adalah milik Allah...hatta kita juga adalah milik Allah...segala milik kita di atas muka bumi ini...adalah milik Allah...kita hanya pemilik sementara sahaja...sampai masa andai Allah menghendakinya ia kembali kepada Allah...sesungguhnya tiada apa yang dapat menghalangnya...hatta harta sekapal...pun tidak mampu menghalang kekuasaan dan kekuatan Allah SWT.


Tidak perlu menongkat langit...kembalilah kepada fitrah manusia...yang kita hanya diamanahkan menjaga harta-harta Allah...dan bersedia untuk mengeluarkan zakat dan bersedekah...kerana di dalam harta yang kita miliki itu ada milik orang yang tidak berkemampuan...kenapa terlalu sukar untuk menghulurkan bantuan kepada insan-insan yang miskin dan dhaif?


Sedarlah....episod hidup kita mungkin baru bermula...dan mungkin...akan berakhir....mana mungkin kita mengetahui...kesudahan episod hidup kita?....mudah-mudahan kita terus tergolong dalam golongan orang yang beriman....apabila kita mengakhiri episod hidup ini...

Janganlah kita menjadi kaum Adh,Thamud,kaum Laut,Qarun dan Firaun...mengakhiri episod hidup mereka dengan episod penuh kehinaan,kedurjanaan dan kelaknatan dari Allah SWT.Nauzubillah.

Beramallah seolah-olah kita akan mati esoknya...bekerjalah seolah-olah kita akan hidup seribu tahun...hidup di dunia adalah untuk mencari bekalan untuk di bawa ke akhirat.

Bekalan????
Bekalan...adalah amalan,ibadat ...bekerja kerana Allah adalah suatu ibadat...tuntutan mencari harta juga adalah ibadat...tapi perlu diingat...bekerja dan mencari harta...yang seperti mana...dikira ibadat kepada Allah?
i. mencari rezeki dari sumber yang halal
ii. tidak sekali-kali meninggalkan ibadat fardhu ketika bekerja

Mudah-mudahan rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan dari Allah...
sesungguhnya episod hidup kita sebenarnya...baru bermula...sama ada kita melalui episod hidup kita sebagai hamba Allah yang taat kepadaNya...atau menjalani episod hidup kita sebagai hamba Allah yang engkar...

Bersama-samalah kita muhasabah diri...mudah-mudahan kita terus berada di landasan dan lorong yang benar...dan bersama-sama orang yang beriman.Amin ya rab-al-amin.

1 ulasan: