AL-FATH US-SAKINA

KEMENANGAN ITU PASTI DAN JANJI ALLAH JUGA PASTI...JIKA KITA MENOLONG AGAMA ALLAH!

Isnin, 31 Mei 2010

Kepanasan Tahap Maksima....


3 hari bercuti hujung minggu...sementelah cuti umum (hari Wesak)...melangkahkan kaki ke sekolah...se awal jam 7.05 pagi...suasana masih lengang dengan kehadiran guru dan para pelajar...al-maklumlah hari Isnin...segala-galanya bergerak perlahan.

Menjejakkan kaki ke pejabat setelah mendaki anak tangga..ke tingkat 4 blok B...pejabat gelap..."punch card" tidak berfungsi...bekalan elektrik tiada rupa-rupanya...di sangka tingkat atas sahaja...tidak berletrik...masuk ke bilik guru..hendak memetik suis lampu dan kipas...oh...memang bekalan letrik terputus...


Untuk kesekian kalinya ..sejarah buat kami kerana...seluruh blok tiada mempunyai bekalan elektrik...fuh..pastinya panas sepanjang hari...disangka sampai ke tengahari...rupa-rupanya sampai 3 hari...kabel letrik bermasalah....


Peperiksaan pertengahan tahun dijalankan dalam suasana ketidak-selesaan...pelajar merungut,berkipas...nak buat macam mana kesilapan teknikal...bersabar sajalah...


Maka dengan ini ....bersiap sedialah dengan kipas buatan tangan untuk menangani masalah kepanasan ...banyakkan bersabar,ingat Allah,berzikir sentiasa...mudah-mudahan angin-angin sepoi bahasa...dapat mengurangkan suasana yang hangat dan terhangat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan