Betapa besar pun pangkat kita,tinggi darjat dan keturunan kita,kaya dan miskinnya kita...kita hanyalah HAMBA ALLAH SWT...yang tidak punya apa-apa..kecuali keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
Semua manusia itu sama di sisi Allah kecuali bagi orang yang beriman dan beramal soleh.Hanya golongan ini yang akan diangkat darjatnya oleh Allah...Allah SWT pemilik sekelian alam...di langit dan di bumi. Manusia hanyalah sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab menunaikan segala amanahNya.
Jika kita engkar maka...balasan azab akan menanti kita...dan jika patuh segala suruhanNya..pasti ganjaran pahala akan menanti kita...itu janji Allah yang pasti...
Hatta.."gunung pun akan berkecai jika diletakkan amanah di banjaran mereka"kerana takut dengan kalimah dan ayat-ayat Allah...tapi manusia...yang dikurniakan akal fikiran,diutuskan rasul...masih membuta tuli..tidak mahu mengambil iktibar atas segala azab yang telah ditimpakan ke atas umat manusia dan hamba Allah yang menderhaka,sombong,bongkak dengan segala kekayaan,kemewahan,kesenangan,kebijaksanaan yang dimiliki...sedangkan semua ini adalah milik Allah...dipinjamkan kepada kita buat sementara..sampai masa ia akan kembali kepada PenciptaNya...(Allah yang maha berkuasa atas segala-galanya)
Syari'at dan perundangan Allah yang indah,cantik bersesuaian sepanjang masa dan tempat...ditolak dan dibuang...sedangkan Allah adalah Raja segala raja,pemerintah dari segala pemerintah...namun kerana akal fikiran dikaburkan dengan hawa nafsu dan didorong oleh hasutan syaitan...segala-galanya dikuburkan...
Sedarlah setiap amanah yang dipertanggungjawabkan akan di soal siasat....apabila dibangkitkan di muka pengadilan Allah di Mahsyar kelak...di sana tiada lagi rumah,tiada lagi gedung,tiada lagi TOKO ,tiada lagi mahligai,tiada lagi PARIS @ LONDON untuk kita melari dan menyembunyikan diri.Segala-gala akan terpapar di layar skrin...amat besar dan tiada tolok bandingannya dengan set TV 52" inci.Di kala dan di saat inilah ....segala amalan kita di dunia akan menjadi penyumbang terbesar kita sama ada menuju alam penuh keindahan,ketenangan,kedamaian atau kesasar jauh ke lubang yang penuh dengan api,nanah,darah...dan segala yang menyakitkan dan mengazabkan.
Kita hidup adalah ibarat pengembara atau perantau yang memerlukan bekalan untuk menuju ke alam yang kekal abadi...maka fikir-fikirkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan