Hari ini akan mematangkan kita? atau akan menjadikan kita terus-menerus...mencari haluan hidup? Jadikanlah hari ini suatu kepastian dan kenyataan untuk kita menjadi yang terbaik untuk hari seterusnya....
Kita ...sebagai manusia akan lupa apa yang berlaku pada hari ini...dosa yang dilakukan..kesilapan dan kesalahan yang ditinggalkan...namun Malaikat Rakib dan Atid tidak akan lupa segala tugas yang telah diamanahkan oleh Allah kepadanya...
Manusia sering lupa dan alpa...itulah sifat Insan...mudah lupa dengan apa yang telah dilakukan...ibu,ayah,kakak,abang,pernahkah kita bertanya..kemana pergi anak-anak kita,dengan siapa mereka berkawan,dengan siapa mereka keluar,apa aktiviti yang mereka lakukan apabila mereka keluar bersama rakan-rakan? Pernahkah terlintas di sudut hati kita...apakah akan terjadi pada anak-anakku jika mereka dilepas pergi tanpa kawalan,tanpa didikan dan tanpa asuhan yang mendekati rohani dan jasmani mereka?
Didikan akidah..adalah didikan awal yang wajib ibubapa sematkan di dalam lubuk hati dan jiwa anak-anak..agar anak-anak terus berada di landasan yang benar...biar setinggi mana ilmu mereka,setinggi mana kedudukan dan pangkat mereka...sesungguhnya mereka akan menyedari asal keturunan mereka dan asal kejadian mereka...dan siapa mereka...di atas muka bumi ini.
Fenomena hari ini dengan keributan maksiat,kegawatan akhlak dan tamadun manusia...menjadikan manusia hilang pertimbangan,kewarasan dan penuh dengan kejahilan...tidak kira anak remaja...waima golongan dewasa dan belia juga...telah menjadi suatu kebobrokan ketamadunan manusia...hilang segala keimanan,kewarasan dan nilai kemanusiaan.
Fitrah kejadian manusia...ingin kembali menjadi insan yang bertamadun...tetapi apabila ketamadunan ini tidak disertakan dengan keimanan dan akidah yang mantap terhadap kekuasaan dan keesaan Allah..akhirnya manusia terus hanyut dan sesat...di bawa arus kemodenan dan kejahilan yang semakin meribut dan mencanak...
Pemerkosaan terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan fitrah kejadian manusia...menjadi semakin melebar seperti lebarnya sesawang alam siber...tanpa sempadan. Kanak-kanak diperkosa..tatkala ingin mempelajari solat oleh gurunya (di India)...tiga beranak mati bunuh diri (di Malaysia)...masa ada lagikah ruang kewarasan...akal fikiran dibuang...hawa nafsu...diturutkan...syaitan bertepuk tangan...memang itulah janji syaitan kepada Allah SWT...tatkala dihumban keluar dari syurga...
"aku akan menyesatkan umat manusia...hingga ke akhirnya...hari kiamat"...betapa kita sudah menjadi sahabat syaitan...andai akal dan hawa nafsu di kendali oleh syaitan yang melalui...saluran darah...bertindak untuk menyesatkan manusia...kembalilah kepada ajaran Islam...jadikanlah al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan,sumber perundangan umat Islam..kenapa kita mesti hendak menafikan kemukjizatan Al-Quran ini? Fikir-fikirkanlah...walau pun tidak mahu menggunakan ...nas atau dalil nakli...gunakanlah logik akal kita.
Kita ini dicipta oleh siapa? adakah kita wujud dengan sendirinya? Siapa kita sebelum dilahirkan ke bumi ini? adakah kita terus menjadi dewasa dan berilmu? Jawapannya....
i. Kita telah dicipta oleh Allah dari sumber yang satu...nabi Adam a.s
ii. kewujudan kita dari percantuman ovum dan sperma ibu bapa kita...dari setitis air mani...yang mana manusia tidak mampu menciptanya..
iii. Kita bukan siapa-siapa...hanya embrio yang ditiup roh oleh Allah...bukan tercipta sendiri
iv.melalui alam bayi,kanak-kanak,remaja,dewasa dan tua..kitaran hidup yang dirancang oleh manusia? bukan tetapi Allah perancangnya.
Lihat sajalah asal kejadian kita..mampukan kita mencipta manusia sesempurna ciptaaan Allah...jawapannya pasti tidak mampu dan amat mustahil. Didatangkan al-Quran dan as-Sunnah melalui para Rasul...terkandung di dalam al-Quran segala aturan hidup untuk menjadi panduan manusia...datangnya dari Allah yang maha Pencipta,maha berkuasa...namun kenapa dinafikan hak undang-undang ciptaan Allah...di ambil juga undang-undang ciptaan manusia...yang sudah diketahui kelemahan jika tidak di bantu oleh Allah SWT.
Bila mana manusia tidak menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber undang-undang dan rujukan dalam permasalahan...maka segala keributan,kegawatan,keonaran dan kesesatan akan terus berlaku...kerana janji Allah..."Berpeganglah kamu dengan al-Quran dan as-Sunnah .sesungguhnya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya"....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan